"Cepat bergerak!! Mereka yang lemah akan ditinggalkan di tengah Greeny Forest ini".
"Tuan Muda membayar anda semua dengan harga mahal!! Cepat bergerak. Itu tidak jauh lagi dari sini! ".
Mentari pagi telah mula menerangi permukaan Greeny Forest. 60 batu dari Hunner, sekumpulan manusia sedang bergerak menuju ke kaki gunung. Kumpulan hampir 30 orang ini rata-rata adalah manusia fana. Beberapa manusia yang berpakaian armor lengkap kelihatan berteriak, memberi arahan supaya kumpulan itu bergerak lebih laju.
Di pertengahan kumpulan, seorang immortal dengan angkuh duduk di atas mount yang berbentuk kura-kura sebesar hampir 6 meter lebar, bergerak perlahan namun setiap langkah menghasilkan sebuah dentuman yang mengegarkan kawasan sekitar.
Bagi setiap keluarga bangsawan, memiliki seekor mount adalah perkara biasa. Walaupun ianya hanyalah binatang buas pada peringkat Ferocious beast, ianya tetap di anggap mewah bagi semua manusia fana. Dan hanya para immortal yang memiliki kemampuan untuk mengawal seekor mount.
"Tuan Muda, kita akan tiba sebentar lagi. Apakah perlu untuk mempercepatkan lagi pergerakan? ".Pengawal yang berada di samping Tuan Muda itu tiba-tiba mengajukan pertanyaan, pemuda immortal yang berada di atas kura-kura gergasi itu hanya membuka sedikit matanya yang tertutup. "Tidak perlu. Simpan tenaga semua orang. Kita akan mengali satu kawasan apabila tiba nanti. Itu memerlukan lebih tenaga, dan kita harus menyiapkan semua itu secepat yang mungkin".
"Baik Tuan Muda".
Kumpulan itu mula menghela nafas lega. Mereka telah berjalan selama beberapa hari merentasi kawasan hutan dan beberapa dari mereka telah berpatah balik ke Kota Starlight tanpa sebarang gaji. Tuan Muda Oswald hanya akan menawarkan mereka gaji setelah selesai melakukan kerja, namun dia tidak memberitahu pekerjaan apa yang harus mereka lakukan.
Bagi sesetengah orang, mereka bukan pertama kali mengikuti Tuan Muda Oswald menyelesaikan beberapa misi dan setiap kali berjaya, Tuan Muda Oswald pasti akan menunaikan janji dengan bayaran gaji yang setimpal. Bagi manusia fana, beberapa keping koin emas adalah satu jumlah yang besar dan itu akan memudahkan mereka menempuhi kehidupan seharian.
Tuan Muda Oswald adalah salah satu dari putera yang berasal dari keluarga Dyren.Persaingan mendapatkan 'gelaran' di dalam keluarga bangsawan adalah amat penting. Bagi Tuan Muda Oswald, perjalanan kali ini jauh lebih penting baginya. Dia harus mendapatkan sisa rangka Divine Beast yang ditemuinya beberapa bulan lalu semasa melakukan satu misi. Namun itu tertanam separuh di dalam tanah, mungkin telah ditinggalkan ribuan tahun lalu.
Sisa rangka Divine Beast merupakan artifak penting yang sering dianggap mewah oleh para immortal. Tuan Muda Oswald ingin menghadiahkan sisa rangka ini kepada moyang keluarga Dyren bagi mendapatkan lebih perhatian untuk mengukuhkan kedudukannya didalam keluarga. Namun itu tidak mudah, setiap anak muda yang bersaing dalam heirarki keluarga Dryen memikirkan perkara yang sama.
Beberapa jam kemudian, kelompok Tuan Muda Oswald berhenti di pinggir gunung. Di depan terdapat sebuah gua yang telah ditinggalkan, mungkin beribu tahun dahulu. Permukaan gua telah ditumbuhi oleh semak samun yang tumbuh subur, tumbuhan menjalar memanjat dinding gua yang diliputi oleh lapisan selut yang menghijau.
Tuan Muda Oswald bangkit berdiri di atas mountnya. Memandang ke arah gua yang gelap. Dia telah menjumpai gua ini secara tidak sengaja apabila dikejar oleh beberapa binatang buas semasa melakukan sebuah misi.
"Bersihkan seluruh kawasan ini. Kita akan mula mengali apabila seluruh kawasan dipasang dengan array pelindung".
Tuan Muda Oswald kemudian mengeluarkan beberapa orb dan menyerahkan kepada pengawalnya untuk memasang array di setiap penjuru kawasan.
Di kedalaman gua, sepasang mata memerhatikan setiap pergerakan kelompok Tuan Muda Oswald. Darah biru mengalir di setiap penjuru tubuhnya. Jelingan matanya yang tajam tertumpu kepada setiap tubuh manusia yang bergerak di depannya. Tapi, dia tetap membatu tanpa ada pergerakan sedikit pun. Seakan takut kepada sesuatu. Air liurnya mula meleleh membasahi tepi mulutnya yang ditumbuhi oleh gigi tajam yang tumbuh secara acak.
Kelompok Tuan Muda Oswald melakukan kerja-kerja pembersihan tanpa menyedari sedang diperhatikan oleh 'seseorang'. Tuan Muda Oswald yang hanya berdiri di atas mountnya memerhatikan setiap pergerakkan kelompoknya. Dia mungkin seorang immortal, namun hanya pada pertengahan human immortal. Dia langsung tidak menyedari sepasang mata sedang memerhatikannya.
Gua itu hanya mempunyai kedalaman beberapa puluh meter. Berkemungkinan telah runtuh beribu tahun dahulu, hanya menyisakan tumpukan tanah yang telah membentuk dinding gua. Hanya bahagian belakang rangka Divine Beast itu tertonjok ke permukaan tanah, dan Tuan Muda Oswald mengenalinya sebagai Rextor, burung pemangsa yang lebih besar dari seekor gajah. Kebanyakan spesies ini berada jauh di tengah kawasan gurun.
Di sebelah pergunungan, Hunner berdiri di atas pohon gergasi, meninjau kecantikan Greeny Forest. Dia tidak pernah melihat pemandangan ini sebelumnya semasa melakukan misi di Greeny Forest. Dari jauh dia dapat melihat ufuk yang menghijau, rata membentuk seperti dataran luas.
"Itu Bottomless Pit". Hunner mengenyitkan matanya, berusaha untuk melihat jurang Bottomless Pit yang terkenal. Dia tidak pernah menghampiri jurang itu kerana takut akan bertemu immortal yang menjelajahi kawasan itu.
"Jurang Bottomless Pit itu seperti mengalirkan satu energy yang misteri. Hmm.. energy yang terasa familiar".Yoda merasakan satu tarikan yang mendorongnya untuk memasuki jurang itu. Seakan magnet yang menarik sisa energy corenya.
"Kamu tidak akan menyuruhku masuk ke dalam jurang kan? Aku pasti mati jika terjatuh ke dalam jurang Bottomless Pit".
"Haha sudah tentu tidak. Apakah kamu memerlukan apa-apa lagi di sini? Atau kembali ke kota dan bersiap untuk pergi ke beberapa tempat lain ".
"Tidak ada apa-apa lagi. Kita akan kembali ke kota dan menyerahkan beberapa tumbuhan spiritual ini dan membeli keperluan lain".Hunner memikirkan untuk membeli beberapa pakaian untuk menganti pakaiannya yang telah lusuh, serta beberapa keperluan lain.
Hunner memperkemaskan ikatan rambutnya dengan seutas urat kayu yang telah di oles hingga menjadi tali yang fleksible. Tubuh kurusnya dengan otot-otot menonjol menunjukkan kerja kerasnya selama ini. Jika dipandang dengan hanya sekilas, perwatakan tubuh Hunner tidak berbeza dengan orang miskin yang banyak terdapat di Kota Starlight.
Setelah sudah, Hunner melompat ke permukaan tanah, bersedia untuk melangkah kembali ke kota.
"Mulakan pengalian. Lakukan dengan cepat. Lebih cepat, lebih baik dan kita akan kembali ke kota dengan segera".
Angin senja bertiup melewati kelompok Tuan Muda Oswald yang berusaha mengali permukaan gua. Keringat membasahi setiap penjuru tubuh mereka. Beberapa tulang telah dikumpul di hadapan Tuan Muda Oswald. Kegembiraan jelas terpampang di wajahnya. Dia mula membayangkan akan mendengar pujian dari moyang keluarganya. Dan dia boleh berjalan dengan gah melewati setiap saudaranya yang lain.
Aroma keringat manusia mula berkumpul memenuhi sekitar kawasan gua. Tanpa ada yang menyedari, satu sosok yang bersembunyi di sebalik kegelapan gua meronta 'kelaparan'. Tubuhnya yang dipenuhi luka-luka memancutkan darah biru ke sekitar tubuhnya. Wajahnya menyerupai kelawar dengan gigi taring yang berceranggah timbul dari mulutnya. Tingginya seperti manusia normal namun ianya dipenuhi kulit gelap yang menggerutu dengan sedikit bulu di belakang.
"Darah..... darah.... darahhh... "
Jiwanya mula meronta, ketakutannya kepada kematian perlahan menghilang diganti kepada ketamakan dan kelaparan. Sosok itu perlahan menyelinap di sebalik batuan besar, menghampiri seorang pemuda yang berusaha mengali lubang di sekitar kerangka binatang buas.
Tiba-tiba teriakan halus terdengar. Semua yang ada di sekitar terkejut, memandang antara mereka sesama sendiri. Tuan Muda Oswald turut tersentak, berdiri dan memeriksa sekitarnya.
"Seseorang telah hilang!! Itu Max... Max.. Dia hanya berdiri di sebelahku tadi. Ada 'orang' lain di sini!! Itu bersembunyi di sana!! ".Seorang pemuda yang kelihatan pucat menunding jarinya ke arah bongkah batu besar di sebalik kegelapan. Kerumunan mula riuh. Ada yang mula berundur beberapa langkah. Pengawal Tuan Muda Oswald bergerak maju ke arah bongkah batu itu. Walaupun ketakutan menguasai diri, namun mereka harus memeriksa keadaan sekitar.
Setelah beberapa langkah melewati bongkah batu, teriakan nyaring terdengar.
"Demon..... lari...arrrghhhhh... tidak!!"
"Cepat lari Tuan Muda.... arghhh..!!! "