webnovel

Yoda

"Aku? Aku hanyalah insan lemah yang terdampar di dalam lautan jiwamu". Sosok seorang lelaki dengan pakaian lengkap berperisai, berambut biru, dan otot-otot kekar yang menonjol di setiap permukaan kulitnya duduk di sebuah persada mewah di tengah lautan jiwa Hunner.

"Lautan jiwa? Apa itu? Hmm.. apakah kamu memiliki niat yang jahat terhadapku? Aku hanya seorang rakyat biasa dan tidak akan mampu memenuhi permintaanmu". Hunner bangkit berdiri, bersedia untuk melarikan diri jika ada apa-apa yang berlaku.

"Haha aku dapat melihat itu. Kamu hanya rakyat biasa yang lemah. Apakah kamu tidak ingin menjadi sekuat wanita immortal yang baru sahaja berlalu pergi? Atau ingin menjadi lebih kuat? ".

"Erkk.. Setiap manusia yang hidup di alam ini akan mengimpikan untuk menjadi immortal, termasuk aku. Namun, itu tidak mudah dengan hanya mengimpikan sesuatu. Aku ingin menjadi seorang immortal yang hidup selamanya dan menjelajahi setiap ceruk alam ini. Meskipun, aku tidak tahu bagaimana caranya untuk menjadi immortal sejati".Pandangan Hunner bersinar-sinar. Dia akan sering menjadi teruja jika mengatakan mengenai niatnya untuk menjadi seorang immortal. Tapi, pengetahuannya amat terbatas. Hanya niatnya yang kukuh, dia langsung tidak mempunyai petunjuk untuk menjadi seorang immortal.

"Hehe itu normal. Sebuah gunung yang tercipta akan bermula dari satu niat yang kukuh. Selebihnya akan disempurnakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Apakah kamu bersedia untuk menjadi seorang immortal? Aku ingin mengingatkan, jalan immortal tidaklah indah. Ia penuh dengan persaingan dan kesungguhan".

"Aku sentiasa bersedia, malah aku telah bersedia sejak pertama kali aku melihat kehebatan seorang immortal".

Sebaik Hunner menghabiskan ayatnya, kesedarannya di tarik, tubuhnya terkulai dan dia jatuh pengsan di atas ayunannya.

"Aku Yoda. Mulai dari saat ini, aku adalah temanmu yang akan menemani mu sentiasa. Kamu tidak akan mampu menolaknya. Hanya saja aku akan sentiasa berada di sini, di lautan jiwamu".

Sebaik membuka matanya, Hunner melihat sosok seseorang yang sedang terapung duduk di atas kerusi yang besar di atas persada mewah. Sosok yang mengatakan namanya Yoda, merenung Hunner sambil menongkat dagunya dengan tangan kiri, merenung Hunner yang acuh tak acuh. Gelombang kabut gelap memenuhi latar di belakang Yoda, auranya yang ditekan masih memberi sedikit kesan kepada Hunner.

"Ini bukan mimpi kan? Kamu adalah seorang immortal. Bagaimana seorang immortal berada dalam tubuh ku? " Hunner yang masih kebingungan memandang Yoda ,tanpa matanya berkelip. Dia sedikit teruja, namun perlahan menerima satu per satu kenyataan yang muncul di depannya.

"Kamu mungkin bertuah. Aku telah lama terkubur di bawah tanah, mungkin jutaan tahun telah berlalu. Kamu secara tidak sengaja menyerap jiwaku yang telah lama terkubur. Kamu pasti masih ingat semasa terperangkap di bawah runtuhan tanah.. kan? "

"Lombong Helskey? Ohh itu kamu. Jelas aku seperti pernah mendengar suaramu. Terima kasih kerana telah membantu aku dan temanku semasa terperangkap pada masa itu".Hunner kini faham suara yang didengarnya semasa berada di dalam runtuhan Lombong Helskey adalah Yoda.

"Itu hanya perkara kecil. Sekarang, apakah kamu bersedia ingin menjadi seorang immortal dan akan mengikuti setiap jalur yang telah aku lalui? ".

"Apa maksudmu dengan jalur yang kamu lalui? Maafkan aku, pengetahuanku terlalu cetek mengenai jalur immortal".Hunner mengaru kepalanya yang tidak gatal. Kebanyakan immortal di Kota Starlight mendapat pimpinan dari kerabat keluarga bangsawan mereka, ada yang mempunyai guru yang dilantik oleh keluarga mereka dengan bayaran tinggi. Hanya bagi rakyat biasa, itu adalah mustahil. Mereka hanya didedahkan oleh cerita yang disebarkan dari individu ke individu.

"Hmm.. Jalur immortal tidak sama. Di alam ini, para immortal akan membentuk energy core masing-masing dalam bentuk element. Wanita yang kamu lihat tadi mempunyai energy core yang mempunyai element api. Walaupun sebahagian immortal mempunyai element yang sama, namun ciri-cirinya agak berbeza,bergantung bagaimana kamu mengembangkan energy coremu. Dan apa yang aku maksudkan dengan jalur immortalku adalah energy core dengan element dark energy".

"Dark energy? Apakah setiap element akan menentukan immortal terkuat? ".

"Sudah tentu tidak. Kekuatan seorang immortal bukan disebabkan oleh element yang di ikuti.Ramai yang tersesat disebabkan fahaman ini. Pengalaman, keberuntungan dan kekuatan dasar energy core yang akan menentukan kekuatan seseorang immortal. Hanya dengan fondasi yang kukuh, seorang immortal mempunyai dasar yang cukup kuat untuk menjadi immortal yang kuat, namun itu memerlukan masa yang lebih lama".

"Apakah kamu tergolong seorang immortal yang kuat? ".

"Hahaha aku hanya seorang yang lemah, namun cukup kuat untuk membunuhmu sekarang".Yoda tersenyum melihat gelagat Hunner yang acuh tak acuh bertanyakan soalan.

"Erkkk.. Kamu tidak akan membunuhku kan? Kamu baru sahaja mengatakan aku adalah temanmu".

"Jika aku ingin membunuhmu, itu telah lama berlaku dan aku tidak perlu mengatakan panjang lebar mengenai jalur immortal. Jika kamu telah bersedia, kita akan bermula sekarang. Ini agak menyakitkan, tapi ia hanya akan sementara". Botol hijau dengan simbol gabungan beberapa binatang buas menyerupai ular dan sedikit bentuk manusia pada bahagian atas tubuh muncul di depan Yoda.

"Ini akan membentuk energy core mu, perlahan minum dan serap energy sebanyak yang kamu mampu, jumlah yang kamu serap akan membentuk fondasi awalmu. Ingat, ini akan menyakitkan. Tapi, seperti yang aku katakan sebelumnya, jalur immortal memerlukan kesungguhan yang tinggi, ini hanya permulaan".

Botol itu kemudian melayang ke genggaman tangan Hunner, aura tajam dengan sedikit kabut hitam merembes keluar dari penutup botol. Tanpa memikirkan terlalu banyak, Hunner dengan pantas meminum sebotol penuh 'elixir' di dalam botol itu. Seketika, bahang panas terasa pada mulutnya, perlahan meresap sehingga ke perutnya. Itu seperti dibakar dengan api, wajah Hunner menjadi merah padam, keringatnya mula mengalir di seluruh tubuh.

"Serap itu. Pastikan kamu berada dalam keadaan sedar. Terima segala kesakitan dan sentiasa tenang. Ini hanya permulaan, aku akan sentiasa melihatmu".Yoda dengan tenang memerhatikan keadaan Hunner, baginya itu normal, dia juga pernah merasakan kesakitan itu suatu masa dahulu. Bagi Hunner, itu adalah sekadar 'elixir' biasa, namun Yoda tahu lebih terperinci. Namun, itu terlalu awal baginya untuk memberitahu Hunner.

Hunner yang duduk bersila mula memancarkan aura gelap di sekitar tubuhnya. Kesakitan yang mula mengigit tubuhnya mula terasa, dan menjadi semakin sakit setiap saat yang berlalu. Pakaiannya telah basah dengan keringat, terasa kepalanya akan meletus bila-bila masa. Kini terasa tubuhnya seakan dihimpit oleh sebuah bebola hitam yang beratnya ribuan kilogram, dan itu semakin berat.

Tulang-tulangnya menjadi retak satu per satu, jalur-jalur darahnya pecah satu per satu, dan setiap otot-ototnya hancur menjadi serpihan-serpihan kecil. Jantungnya semakin perlahan berdegup namun Hunner masih sedar akan keadaannya. Dia ingin menjadi seorang immortal, kesakitan yang sedikit tidak akan menghalangnya. Tubuhnya perlahan menyerap energy yang terhasil dari 'elixir' yang di minumnya.

Jauh di kedalaman Greeny Forest, immortal wanita yang melewati Hunner sebelumnya berhenti bergerak, dia berdiri di atas binatang tunggangannya dan memandang tepat ke arah kedudukan Hunner yang berada ratusan batu darinya.

"Apa itu? Energy yang sangat kuat dan terlalu asing. Apakah itu milik seorang immortal? Ini terlalu asing. Apakah ini... Dark energy? Itu tidak mungkin. Tidak ada immortal yang mempunyai element dark energy.. Itu hanya mitos".Dia dengan pantas berbalik dan bergegas ke arah laluan yang di lalui sebelumnya, tujuannya adalah ke arah kedudukan Hunner.

次の章へ