webnovel

Bab 5

Aara membuka pintu itu , tatapan Karl Aidyn sudah ada untuknya.. Kaki Aara melangkah masuk , dia membalas tatapan mata Karl Aidyn..

"Hmmm.. ini kerja you dekat kilang.. makan bersuap dengan jantan."

Karl Aidyn mula bersuara.. Aara menjeling.. memang itu niat dia , mahu menyakiti hati Karl Aidyn.. Bagus sekali kalau lakonan dia tadi menjadi..

"I mendatangkan masalah untuk bisnes kita ke ? Rasanya tak , I dah buat kerja dengan betul.. pasal tadi urusan peribadi I.. sejak bila pulak you berminat dengan urusan peribadi I ?"

Aara menjawab tenang.. sengaja menduga lelaki itu.. Dia senyum seketika melihat muka baran Karl Aidyn..

"You jealous ?"

Sambung Aara lagi.. Tiba tiba saja Karl Aidyn ketawa , dia menyandarkan kepalanya pada kerusi empuk itu.. berlagak tenang..

"Jealous ? Dalam mimpi you pun tak akan terjadi benda tu.. Orang yang cemburu ni sebab sayang , cinta.. You tak ada langsung dalam hati I.. mati hidup balik pun perasaan sayang tak akan ada untuk you.. You jangan nak perasan boleh tak ?"

Panas telinga mendengar sindiran Karl Aidyn untuknya , boleh gila jika dia menghadap lelaki ini lama lama.. Aara membalikkan diri , ingin keluar dari bilik itu..

"Waitt !"

Karl Aidyn bersuara lantang..

"What ?"

Sebaik saja Aara kembali berpaling ke arahnya , Karl Aidyn melemparkan sampul itu ke arah Aara.. sampul itu akhirnya jatuh ke lantai.. Aara memejamkan matanya , menahan sabar dengan sikap buruk Karl Aidyn..

"You boleh tak jangan berperangai budak budak macam ni ? Tunjuklah sikap matang sikit !"

Bentak Aara.. sakit hati melayan perangai gila suaminya sendiri.. Karl Aidyn senyum sinis.. suka mengusik Aara.. dia sengaja melakukan itu.

"Sikap matang ? Tunjuk dekat you ?"

Karl Aidyn kembali ketawa.. Aara memijak sampul itu dengan kakinya , menunjukkan protes dengan sikap Karl Aidyn.. Tiba tiba lelaki itu berhenti dari ketawanya , wajah Aara di pandang serius.. dia bangun dari kerusi itu menuju laju ke arah Aara.. lengan Aara di tarik laju.. Wajahnya merah menahan marah dengan sikap berani Aara.. Aara senyum membalas..

"Kenapa ? Penting sangat ke sampul tu ? Kalau penting sangat , you tak akan campak macamtu.. kan ?"

Aara menarik kasar lengannya dari pegangan Karl Aidyn..

"Lepaslahh , tangan tu tak layak pegang I , tangan tu layak pegang perempuan murahan je !"

"Aaraa !"

Karl Aidyn mengangkat tinggi tangannya..

"What !!? You nak pukul I ? Pukul la kalau berani.."

Aara berkata tegas.. Karl Aidyn mengempal tangannya , matanya mencerlung memandang Aara.. Aara menolak kasar dada itu menjauh dengannya..

"You ingat Karl , I bukan perempuan you.. yang you boleh tampar , tendang bila mahu.. tengok I baik baik.. I Aara Adriana.."

Aara menatap tajam sebelum membalikkan diri ke arah pintu keluar , Karl Aidyn mengangguk angguk.. dia menghantar pandang pemergian wanita itu.. Aara Adriana , kerana nama itu , dirinya terasa tercabar , kerana nama itu , dia tak mampu melakukan wanita itu seperti semua wanita murahannya.. kerana nama itu , keegoan lelakinya di cabar , sungguh dia tidak rela.. Dia tak mampu memperlakukan Aara seperti perempuan lain , yang mampu berada di bawah kakinya , itu yang membuatkan Karl Aidyn begitu membenci Aara.. Karl memandang sampul yang berisi detail percutian mereka itu di lantai.. Dia memukul meja itu sekuat hati , melepaskan amarahnya..

Diego meluru ke arah Aara , langkah Aara yang laju dia cuba saingi..

"Cik Puan Aara.. stik dah siap.."

"Cancel , I nak balik sekarang..."

***********

Raffa mencari kelibat Aara , di ruangan itu tiada pun pengawal Aara , Diego.. pintu bilik itu di buka oleh Raffa , wajah lain yang muncul di matanya , Raffa mengawal riaknya.. matanya bertatapan dengan Karl Aidyn..

"Kau tak reti nak ketuk pintu dulu ke ?"

Marah Karl Aidyn setelah melihat wajah Raffa muncul di sebalik pintu itu..

"Sorry , aku ingatkan Aara ada.. kau buat apa kat bilik Aara ?"

Soal Raffa pelik..

"Suka hati aku lah , bilik isteri aku.. aku nak ada sini ke tak ada ke , bukan masalah kau.."

"Sejak bila pulak kau pandai anggap Aara tu isteri kau.."

Sinis soalan Raffa.. saja mahu menduga amarah Karl Aidyn..

"Anggap or tak anggap sekali pun , kau kena sedar , dia tu isteri aku , so kau tak boleh buat apa apa selagi dia isteri aku.."

Karl Aidyn senyum sinis , melawan Raffa.. Raffa senyum jua.. menahan sabar.

"Aku cari dia sebab hal kerja , yang kau mengarut sampai ke situ kenapa ? Kau dah syok kat isteri sendiri , sampai lelaki lain cari dia sebab kerja pun kau nak cakap macam ni ? Kalau kau tu tak ada rasa apa apa kat Aara , tak payah la kecoh hal dia.."

Balas Raffa sinis.. Karl Aidyn yang bersandar tadi bangun dari kerusi , sampul di atas meja tadi di ambilnya..

"Kau ni kan , kalau aku tak ingatkan Uncle Abbas , dah lama kau kena kat tangan aku ni.."

Ucap Karl Aidyn tenang , sampul itu di tunjukkan ke arah Raffa.. Raffa memandang binggung.. Karl Aidyn mendekat ke arahnya..

"Ni hadiah dari Uncle Abbas , nak aku puaskan Aara , honeymoon... cuma nak ingatkan kau , aku boleh buat apa apa pun kat Aara , kau tak mampu... sooo , jangan kacau Aara untuk minggu depan , dia ada kerja nak buat dengan husband dia , lebih penting dari kerja dengan kau.."

Karl Aidyn senyum sinis sebelum merepuh sedikit badan Raffa untuk keluar dari bilik itu.. puas hatinya , saja mahu memanaskan Raffa , dia tahu Raffa menyukai Aara sejak dulu lagi , jelas di pelakuannya pada Aara selama ini.. Karl Aidyn yakin benar... Raffa terdiam , lidahnya kelu tiba tiba.. matanya di tatap ke lantai itu , hatinya kini tak tenang.. selepas dua tahun , mereka pergi bercuti bersama ? Kerana papa angkatnya , Uncle Abbas.. Raffa mengempal tangannya , cuba mengawal marahnya..

次の章へ