webnovel

6-Kucing

"Kerja aku memang pergi kedai je ke apa"

Aleeza yang mahu pergi ke kedai untuk membeli sedikit barang untuk diri sendiri.

Dari jauh Adrean yang sedang menunggang motor dan melihat Aleeza yang lengang lengkok jalan ke kedai tapi jarak diantara mereka jauh.

Tiba-tiba jejaka itu melihat Aleeza ditarik masuk ke kereta.

Adrean terkejut lalu mengikuti kereta tersebut.

Situasi Aleeza.

"Ishh lepas lah sakit tahu tak sakit"

Tangan Aleeza yang digenggam kuat oleh salah seorang lelaki disitu kemudian seorang lelaki lagi terus menarik Aleeza ke dalam pelukannya.

"It's me"Lelaki itu rupanya adalah Prince.

Aleeza melihat wajah Prince kemudian memeluknya.

"Perlu ke culik"Ucap Aleeza dengan nada serius sambil memeluk Prince.

"Kene,nanti nak jumpa kau taknak"Prince menjeling Aleeza.

"Turunkan aku"

Aleeza dengan nada serius dan tatapan tajam baru nak berangan tadi waktu jalan pergi kedai.

"Kau benci aku"Prince dengan nada sedih.

"Haaaaaa turun kan lah Prince kau tak turunkan aku keluar sendiri"Aleeza dengan yakin.

"Macam mana nak turun sendiri pintu kunci"Prince senyum.

Pak

Pintu yang dibuka Aleeza dengan senang.

Aleeza senyum sambil mengangkat keningnya.

"Okay aku turun kan but cium dulu"Prince senyum nakal.

"Bye"Aleeza membuka pintu sewaktu kereta itu sedang berjalan.

"Haih berhenti"Prince membuat muka muak.

Kereta itu berhenti dan pengawal Prince mencampak Aleeza keluar seperti ada dendam dengan gadis itu.

Aleeza jatuh di tanah.

"Oi sakit dia"

Prince memarahi pengawal itu kemudian menutup pintu dan menyambungkan perjalanan.

"Adoii"

Aleeza bangun tiba-tiba mendengar bunyi motor lain dari yang lain.

Aleeza menoleh ke bunyi itu dan melihat Adrean yang laju ke arahnya.

"Ha sudah"Aleeza membuat muka redha

Adrean berhenti dan membuka helmet kemudian laju datang kearah Aleeza.

"Aleeza kau okay dia ada buat apa-apa kat kau"Tanya Adrean dengan cemas.

"Dia tadi salah culik orang"Aleeza senyum seperti kerang busuk.

"Kalau aku boleh peluk kau ish"Kata Adrean dengan nada pelan supaya Aleeza tidak mendengarkan apa yang dikatakannya.

"Ha apa kau cakap aku tak dengar"Berkerut dahi Aleeza.

"Aku cakap penculik tu pun taknak kat kau"Adrean menjeling.

"Ehh dah lah"Aleeza memandang benci Adrean.

"Hemm Aleeza luna..."Panggil Adrean sambil senyum tipis.

"Apa?!"Jawab Aleeza dengan muka rimas.

"Ouhh marah ni hmm kau marah ke?"Adrean membuat muka tanda tanya.

"Ehh dah lah kau ni takkan nak berdiri tengah jalan"

Mereka berdua yang berdiri ditengah jalan dengan motor yang di biarkan di merata tempat.

.......

"Adrean.."Panggil Aleeza sambil memegang air sirap limau ais ikat tepi di tangan.

"Hmm why"Adrean sedang melihat telefonnya.

"Bukan sepatutnya kau buli aku ke?"Tanya Aleeza seperti takut tapi perlu ditanya.

"Malas nak buli milik aku"Adrean busy melihat telefon.

"Aku bukan milik kau"Ucap Aleeza dengan sungguh tenang.

Adrean setelah mendengar ayat itu dia terus menutup telefon dan memandang tajam ke Aleeza.

Aleeza memandang kembali dan cuba meniru tatapan tajam Adrean.

"Kau milik aku"Kata Adrean sambil membuat tatapan tajam.

"Tak"Aleeza yang juga membuat tatapan tajam.

Tanpa menghiraukan apa-apa mereka berdua cuba untuk menang dengan tatapan tajam siapa lagi bagus.

"Kau kalah"Senyum tambah dengan tatapan tajam jejaka yang memandang Aleeza seperti budak kecil.

Aleeza laju membuat muka kesal.Asyik dia je menang.

Adrean melihat muka kesal Aleeza.

"Aku salah kau menang"Kata Adrean tiba-tiba.

Pelik juga dari tadi mereka bergaduh dengan tatapan tajam kerana Aleeza membantah yang gadis itu miliknya.

"Jadi aku bukan milik kauu"Aleeza dengan nada gembira terukir senyuman di wajah gadis itu.

Air sirap limau yang dipegang gadis itu di minum perlahan-lahan Aleeza.

Adrean hanya mampu menggelengkan kepalanya lalu senyum menghadap tempat lain.

"Betul an haaa haaa"Aleeza yang cuba pura-pura menggedik di depan Adrean.

"Nak aku buli kau ke"Adrean dengan tatapan dingin.

Aleeza yang ceria tadi terus membuat muka tiada perasaan dan senyap.

"Ahhh stress"Adrean menghentak-hetak kakinya dan membuat muka tertekan.

"Adrean kau dah gila ke apa ni ha"Aleeza yang Berkelip-kelip mata melihat kelakuan jejaka itu.

"Now beria cepat"Suruh Adrean sambil melihat ke Aleeza.

Berkerut dahi Aleeza.Rasa seperti mahu menelefon rumah sakit jiwa.

"Aku balik dulu"Senyum gadis itu lalu perlahan-lahan berjalan mahu pergi dari Adrean.

"Kau nak pergi mana aku suruh kau beria kann jom aku tarik kau ikut aku balik"Adrean mengejar Aleeza.

"Makkk eh lupa takde mak makcikkkk tolongggg!"Jerit Aleeza lalu laju lari daripada Adrean.

"Nanti aku ikat kau bagi dekat harimau"Adrean laju mahu menarik beg Aleeza tapi tidak dapat.

"Makcik tolong ada kucing gila dekat sini!"Aleeza laju lari.

........

KEESOKAN HARINYA..

"Heh asal kau tak datang semalam"Nissa sambil duduk di atas meja Aleeza yang sedang menulis.

"Aku tak datang semalam sebab nak jadi mak tiri kau"

Aleeza yang menumpukan perhatian ke karangan yang sedang ditulisnya.Entah bagaimana terkeluar ayat itu.

"Kau sekarang dah berani ha woi betina kau tak payah nak tunjuk hebat sangat"Nissa menarik rambut Aleeza.

"Berani dari kau duduk atas meja orang macam buta tak nampak kerusi"Aleeza memegang rambutnya yang di tarik Nissa.

Nissa dengan ganas menarik rambut Aleeza sekuat mungkin.

Aleeza sudah tidak tahan dia bangun kemudian menolak Nissa dari duduk di meja itu.

Nissa jatuh.

"Ahh sakit"Kesakitan Nissa.

"Woi kau gila ha"Seorang perempuan yang itu dari geng Nissa menolak-nolak bahu Aleeza.

*Sabar*Bisik Aleeza dalam hati.

Perempuan itu menolak-nolak Aleeza sehingga ke dinding.

Semua yang lalu di kelas mereka berhenti dan melihat dari pintu dan tingkap kebetulan Adrean ada disitu.

Prince yang melihat dari sudut mejanya hanya senyap.

"Kau kalau dah murahan murahan je lah tak payah buat Nissa macam tu"Perempuan itu memandang benci Aleeza.

Semua disitu hanya melihat mereka.

Perempuan itu laju pergi ke Nissa yang masih lagi berada di lantai.

"Mampos je menyusahkan"Ucap salah seorang budak lelaki disitu.

*Perlu nangis ke Cosplay yeen ke macam mana*Soal Aleeza dalam hati.

"Aleeza lapar"Kata Adrean yang masuk kelas itu tiba-tiba.

*Good Adrean aku kene berlakon lemah sikit ha macam ada part tu dia kene tunggu watak lelaki selamat kan ushh*

Bisik gembira Aleeza dalam hati.

"Ohh yah ni duit kau"Adrean membaling segulung duit yang Nissa berikan padanya untuk membuli Aleeza.

"Ha?"Pelik Nissa.

"Duit tak cukup harga diri kau pun dapat beli guna duit tu so tak cukup"Adrean mengelengkan kepalanya.

"Apa maksud kau duit tu lebih dari cukup"Terkejut Nissa.

"Aku dah kaya"Senyum terpaksa Adrean lalu memandang tajam Aleeza.

"Kau"Nissa yang mahu marah.

"Aleeza jom"Adrean dengan suara dingin terus keluar dari ruangan itu.

Aleeza dengan wajah nak taknak terpaksa juga ikut.

......

次の章へ