webnovel

BAB 12

Aira belari turun daripada tangga mendapatkan Hanan, "Kaklong okay?" tanya Aira. Tajam mata Aira memandang ke arah Danial. "apa yang Along buat ni?" tanya Aira pada Danial. "yang kau bela perempuan curang ni apa pasal?" suara Danial agak kuat. "apa yang Along cakap ni, sejak bila pulak Kaklong curang dengan Along?" Aira sebal dengan perangai Danial.

"Aira, kau adik aku tau. Sepatutnya kau bela aku, bukan perempuan murah ni!!!!!!!!" tengking Danial. "Along, sekarang ni, kenapa Along nak lebalkan Kaklong dengan perempuan murah?, Kaklong ni isteri Along tau. Sedar tak" Aira cuba menyedarkan Danial yang sedang mengamuk macam orang gila. "aku tak ada isteri yang curang belakang aku, lepastu curang dengan kawan baik aku sendiri" Aira cuba hadam apa yang Danial cuba sampaikan.

"Kaklong curang dengan Along, maksudnya Along nak cakap yang Kaklong ada hubungan dengan Ridzwan?, itu maksud Along?" tanya Aira dengan serius. Aku hanya melihat dua beradik itu bertengkar. "tak guna aku nak cakap dengan kau Aira, aku tahu kau akan bela perempuan murah ni!!!!" tengking Danial. "stop Along!!!!!!!!!" tengking Aira, kali ini kesabaran Aira sudah hilang. "stop lebalkan Kaklong dengan perempuan murah. Jangan bertindak guna kepala lutut!, gunalah akal tu sikit. Sekarang ni apa bukti Along yang nak cakap Kaklong curang" Aira meminta bukti pada Danial. "kau nak bukti eh?" Danial mengeluarkan iphonenya daripada poket seluar. Aplikasi photo di buka, gambar yang Tessa hantar padanya di buka dan ditunjukkan kepada Aira.

Aira melihat gambar tersebut, Aira tergelak melihat gambar tersebut. "ni jer ke?, siapa yang bagi dekat Along gambar ni?" Tanya Aira. "tu bukan urusan kau, gambar ni dah terbukti yang perempuan ni curang belakang aku" tajam mata Danial memandang Hanan. "kalau Aira cakap gambar tu, tipu macam mana?" Aira memandang tepat ke arah Danial.

"Aku tahu kau tak akan percaya, kau lagi percayakan perempuan ni daripada Along kau sendiri?" tajam Danial memandang muka Aira. "Along ingat, Aira tak tahu yang Along kahwin dengan Hanan sebab harta?" pucat muka Danial mendengar kata kata adiknya itu.

"apa yang kau cakap ni?" Danial cuba berdalir. "plan Along dengan Mummy, lepas sahaja Along dapat bolot harta Papa, Along nak ceraikan Hanankan?" Aira tersenyum sinis pada Danial. Aku sedikit terkejut dengan kenyataan itu.

"baguslah kau dah tahu, tak payah aku nak belakon depan kau" kata Danial. "bestkan kalau Papa tahu?" ugut Aira. "baik kau tutup mulut kau Aira" amaran Danial "kau ingat aku akan berdiam diri, tak!!!!" tegas Aira. "korang berdua ni memang pembawa sial!!!!!!" Danial melangkang keluar daripada rumah itu dan pergi meninggalkan rumah itu.

Aira mendapatkan Hanan, "Kaklong sabar ye" tubuh itu Aira peluk. "Aira akan bagitahu dekat Papa semua pekara, jangan ingat Along tu akan terlepas. Ingat lepas kahwin perangai nak berubah. Tapi sama jer" luah Aira dengan tidak puas hati.

"Aira, boleh tak Kaklong nak mintak sesuatu?" minta aku. "Kaklong nak mintak apa?" aku menarik nafas panjang. "bagi Kaklong masa nak ubah Along?" minta aku. "boleh berubah ke Along tu?" tanya Aira pada aku.

"Kaklong yakin yang Along tu boleh berubah, tapi makan masa" jawab aku. "boleh, Aira boleh bagi Kaklong masa untuk ubah Along. Hanya lima bulan, lepas tempoh lima bulan Along masih tak berubah. Aira tak teragak agak akan bagitahu papa semua pekara" Tegas Aira Erdina.

Tubuh itu ku peluk, "terima kasih Aira, faham Kaklong. Inshaallah Kaklong cuba ubah Along, kita sama sama berdoa agar hati Along tu terbuka terima Kaklong" kata aku. "kita sama sama doa" balas Aira.

Aku masih menunggu Danial pulang walaupun jam sudah menunjuk pukul tiga pagi, "Kaklong tak tidur lagi ke?" Aira yang terlena diruang tamu itu tersedar daripad lenanya. "Kaklong tunggu Along kamu ni haaa, risau pulak dah pukul tiga pagi tak balik lagi" kata aku sedikit sedih.

"Alah, pandai pandalah Along tu jaga diri dia, Kaklong tu tak payahlah risaukan dia, esokkan Kaklong ada kelas. Nanti mengantuk pulak" Aira memujuk aku agar tidur. "tapi" Aira menarik tangan aku agar duduk bersamanya di atas sofa. "tak ada tapi tapi, tidur" aku mengalah.

Iphone Aira tiba tiba berbunyi, tanda ada panggilan masuk. Aira melihat siapa yang menelefonnya pagi pagi buta ini. "Papa call lah" Aira menekat punat hijau. "Hello Pa, ada apa call Aira pagi pagi buta ni?" tanya Aira tidak lama lepastu Aira memandang aku. "okay Aira kesana sekarang" Aira mematikan panggilan.

"kenapa Papa call?" tanya aku. "Along kemalangan" terkaku aku mendengarnya, "sekarang ni, Papa ada dekat hospital, keadaan Along masih belum tahu lagi sebab Along masih lagi dirawat." Akhirnya air mata aku mengalir. Walaupun Dania tidak pernah melayan aku dengan baik tetapi aku sudah berjanji pada diri aku. Untuk belajar mencintainya sejak ia melafazkan akad nikah.

"Kaklong nak tengok Along Aira" minta aku. "kita siap siap, lepastu kita pergi hospital" aku dan Aira cepat cepat siap dan bergegas pergi ke hospital yang merawat Danial dirawat. Hampir dua puluh minit masa yang di ambil untuk kami sampai.

Aku dan Aira mencari kelibat Tan Sri Malek, nampak sahaja kelibat itu belari kami mendapatkannya. "Papa Along macam mana?" tanya Aira pada Tan Sri Malek. "masih dalam rawatan, Doktor tak keluar lagi" kata Tan Sri Malek lemah.

"siapa waris Danial Firdaus" dengar sahaja nama itu kami bertiga cepat cepat mendapatkan doktor itu. "saya bapak dia" kata Tan Sri Malek. "okay, keadaan encik Danial sekarang dah stabil Cuma tunggu dia sedar sahaja. Hentakan di bahagian kepala tu agak teruk. Kita sama sama doa agar encik Danial bangun nanti hentakan di kepala itu tidak ada kesan yang serius" terng Doktor yang merwat Danial itu.

"terima kasih banyak banyak doktor, boleh saya melawat anak saya?" tanya Tan Sri Malek. "kejap lagi kami nurse akan pindahkan encik Danial di wad biasa. So boleh melawatlah" kata doktor.

"baiklah, terima kasih lagi sekali Doktor," ucap Tan Sri Malek lagi. "kalau tak ada apa apa, saya mintak diri dulu" Doktor itu meminta diri untuk berlalu pergi. "Hanan sabar ye, kita sama sama doa untuk Danial ye" Tan Sri Malek memberi semangat kepada Hanan.

***************************

Sudah tiga hari Danial tidak sedarkan diri, tiga hari jugaklah aku tidak pulang kerumah, Papa dan Aira sudah banyak kali minta aku pulang berehat tapi aku tidak mahu, aku mahu semasa Danial sedar aku ada bersama dengannya. Aku tidak henti untuk menunggu Danial.

Aku melihat tangan Danial sudah begerak, cepat cepat aku keluar untuk mendapatkan Doktor. Apabila aku sudah datang bersama doktor Danial sudah sedar mulut aku tidak henti mengucapkan syukur. Doktor membuat pemeriksaan kepada Danial.

"macam mana encik rasa?" tanya Doktor pada Danial. "saya rasa okay, tapi saya rasa tak selesa pada kaki. Saya macam tak rasa apa apa" kata Danial. Doktor mu memeriksa di kaki Danial.

"okay macam ni, saya rasa ni kesan sampingan daripada kemalangan tu, encik Danial lumpuh separuh badan" terang Doktor. "apa!!!!!!, tak tak tak mungkin saya lumpuh, tak mungkin!!!!!!!" jerit Danial. "sabar Encik Danial, ni mungkin dugaan daripada ALLAH untuk Encik Danial, lagipun lumpuh ini bukan lumpuh kekal, encik Danial boleh pulih dengan menjalani rawatan" terang Doktor.

"yang lumpuh tu aku, senang kau cakap ni ujian. Aku nak kaki aku!!!!!!" marah Danial. "bawak bertenang Encik Danial, kita sama sama iktiar untuk Encik Danial pulih. Saya mintak diri dulu" Doktor itu melangkah meningglkan wad itu.

"Encik Danial" panggil aku. Tajam Danial memandang aku. "semua ni salah kau!!!!" tengking Danial, terhenjut bahu aku. "kalau bukan sebab kau, aku tak akan jadi macam ni. Kenapa kau perlu muncul dalam keluarga aku!!!!!, kau ni memang bawa sial!!!!!" jerit Danial Lagi.

"Danial Firdaus!!!!" Tan Sri Malek muncul di wad Danial. "apa yang kamu terjerit jerit marah pada Hanan?" tanya tegas Tan Sri Malek. "kalau bukan sebab perempuan ni, Danial tak akan lumpuh Pa" akhirnya air mata Danial jatuh juga.

Tan Sri Malek mendapatkan anaknya itu, "Danial kena bersabar, ni ujian Daripada ALLAH, papa yakin Danial boleh pulih Percayalah" Tan Sri Malek memeluk anaknya itu. "Danial lumpuh Pa, Danial dah tak bolh jalan" Danial menangis Dalam pelukan Tan Sri Malek. "sabar nak. Papa akan buat apa sahaja, agar anak Papa ni boleh jalan. Kita sama sama iktiar"

"Danial, Papa balik dulu ye, esok Papa datang lagi. Hanan Papa balik dulu ye" Tan Sri Malek meminta diri untuk beredar. Aku melihat Danial seperti mahu turun daripada katil dan mahu duduk di atas kerusi roda. Danial mengesot ngesot. Aku belari mendapatkannya.

"awak nak kemana, biar saya tolong" pelawa aku. "kau ni boleh berambus tak, aku boleh buat sendiri" Danial menolak pelawaan aku, Danial masih berusaha untuk duduk di atas kerusi roda. Dan akhirnya jatuh kebawah.

Terkejut aku melihat tubuh Danial sudah selamat jatuh ke bawah, "Awak, kan saya dah cakap" baru sahaja tangan Hanan na membatu Danial,cepat Danial menepis tangan itu. "aku cakap tak payah tak payahlah, aku jijiklah dengan kau" kata Danial pada aku.

Danial berusaha, untuk naik atas kerusi roda itu, tapi tetap tidak berjaya. Akhirnya aku tetap datang untuk membantu Danial. "biar saya tolong awak" minta aku " kau ni tak faham bahasa ke, aku cakap tak payah tak payah lah!!!!!!!" marahnya

"huh, izinkan saya jaga sampai awak sihat Danial, lepas sahaja awak sihat. Saya janji dengan awak saya tak akan kacau hidup awak lagi. Tolonglah bagi saya jaga awak sepanjang awak sakit ni. Bagi saya kumpul pahala sebagai seorang isteri. Lepas awak sihat, saya sendiri akan undur diri. Pasal harta tu awak jangan risau. Saya akan buat apa sahaja agar awak dapat miliki hak awak. Tapi saya nak mintak izin dengan awak benarkan saya jaga awak untuk sementara waktu ini. Tak lama sampai awak sihat jer.lepas sahaja awak berjalan tanpa menggunakan tongkat saya akan pergi daripada hidup awak buat selamanya" pinta aku padanya.

************

DAH SAKIT PUN MASIH BELAGAK LAGI TAH APA APA DANIAL NI

次の章へ