webnovel

BAB 5

aku sudah menggigil ketakutan apabila pintu sudah berjaya di buka, pantas aku memejamkan mata dengan rapat sekali. "Hanan, are you okay" aku mendengar suara Aira, terus mata aku bukak dan memandang wajah Aira dengan air mata yang sudah mengalir.

"Hanan, kenapa menangis ni" Aira belari mendapatkan aku, "Hanan please jangan diam sahaja, kalau Hanan tak bagitahu apa masalah Hanan, Kak Aira tak boleh tolong" Aira memujuk aku, tetapi aku masih mendiamkan diri.

"Kalau Hanan terus diam macam ni, biar Kak Aira pergi tanya Along" Aira laju melangkah keluar daripada bilik aku. aku tidak sempat menahan Aira.

Dang! Dang! Dang!. bunyi ketukan pintu sangat kuat. Danial yang sedang berehat di dalam bilik agak terkejut dengan ketukan pintu yang sangat kuat. "siapa yang ketuk ni, buang tebiat ke?" Danial melangkah mendekati pintu dan membuka pintu biliknya itu.

terpapar wajah bengis adiknya itu, "baik along cerita dekat adik benda betul, apa yang along dah buat dekat Hanan!!" suara Aira agak tinggi. "kau ni dah buang terbiat ke apa, aku tak apa apa pun dekat dia" balas Danial tak puas hati.

"adik langsung tak percaya, tak akan lah semalam tak jadi apa apa, kalau tak Hanan tak macam tu lah" marah Aira. "yang kau ni dik, tak percaya sangat kat along ni kenapa?, along ni abang kau tau tak. Hanan tu orang luar!!!!" marah Danial.

"sebab adik kenal along lah, adik tak percayakan along, walaupun 2 bulan ni hubungan kita baik, tak semestinya adik dah bagi 100 peratus kepercayaan adik pada along" Danial menayang muka bengis.

"korang berdua ni tak habis lagi ke?, bergaduh" Tan Sri Malek tiba tiba muncul. "Papa tengok adik ni daripada tadi nak salahkan Along pasal Hanan bekurung dalam bilik" adu Danial dengan nada yang tidak puas hati.

"Aira bukan apa Papa, Aira rasa ada sesuatu yang jadi semalam, sebab Hanan bukan seorang yang macam tu. tadi Aira masuk bilik Hanan guna kunci pendua. Papa tahu Hanan tengah menagis teresak esak" Tan Sri Malek mengeluh.

"Aira, kenapa Aira syak sampai macam ni dekat along?" tanya Tan Sri Malek. "sebab semalam along dengan Hanan tak balik rumah. bila diorang ni balik pagi tadi. Hanan terus kurung diri dia dalam bilik. mustahil tak ada apa apa yang jadi" Tan Sri Malek memandang anak bujangnya.

"Danial tak balik rumah semalam, Danial bawak Hanan pergi mana?" Danial mati kata tidak tahu mahu menjawab apa. "semalam kereta Danial rosak area Putra Jaya, so Danial decide tidur rumah Danial jer." bohong Danial.

"semasa di rumah Danial tu, tak ada apa apa yang berlaku ?" tanya Tan Sri Malek lagi. "Papa, kak Aira. Encik Danial tak salah pun" semua orang memandang ke arah aku. "Hanan, boleh terangkan dekat Papa?" lembut sahaja suara Tan Sri Malek.

"sebenarnya Hanan cuma trauma jer, semalamkan tayar Encik Danial kan pancit. Hanan trauma dengan tayar pancit, sebab dulu masa arwah ayah hidup kami berdua nak pergi pasar malam tiba tiba tayar kereta ayah pancit. ayah nak tukar tayar kereta time tu pulak Malam gelab jalan tu pun kurang orang lalu, tiba tiba ada satu kereta berhenti di belakang kereta kami ingat dia nak tolong, tapi sebaliknya diorang rompak kami dan ayah kena pukul dengan teruk" cerita Hanan sedih sehingga mengeluarkan air mata.

"kenapa Papa tak tahu pun Hanan?" Tan Sri Malek agak terkejut. "ayah tak kasi bagitahu Papa, sebab tak nak menyusahkan Papa" Aira mendapatkan aku dan terus memeluk tubuh aku.

"bukan salah aku tau adik, dah dengar penjelasan Hanan kan. sekarang mintak maaf dekat aku" arah Danial. "Aira mintak maaf dekat along sekarang" arah Tan Sri Malek.

"along mintak maaf" sangat tidak ikhlas Aira ucapkan.

aku mahu melangkah masuk ke dalam bilik, aku terlihat Puan Sri Katrina berada tidak jauh daripada bilik aku, aku terus melangkah laju masuk ke dalam bilik. pintu di tutup terus di kunci. terus aku melepaskan tangisan. kejadian tadi teringat kembali.

aku mahu mengejar langkah Aira tetapi Tangan ku di tarik oleh puan Sri Katrina. "Mama" panggil aku.

"ish geli aku mama mama, kau tak layak panggil Aku mama faham tak!!!!!!!" tengking Puan Sri Katrina. "maaf Puan Sri" aku menukar panggilan.

"aku nak kau pergi dekat diorang, kau bagilah apa apa alasan sekali pun aku tak kisah. asalkan anak aku tak disyak apa apa oleh suami aku dan Aira. pasal apa yang Danial buat dekat kau semalam, aku nak kau simpan rahsia tu kalau aku tahu ada orang lain yang tahu mati aku kerjakan kau faham!!!!" Puan Sri Katrina memberi amaran kepada aku.

"Papa maafkan Hanan, sebab berbohong maafkan Hanan" Aku menagis teresak esak nasiblah kelas aku bermula lusa, jadi tidaklah aku hadir dengan mata yang bengkak.

************************

sudah sebulan kejadian itu berlalu, dan selama sebulanlah aku elak jumpa dengan Danial, kalau boleh muka dia pun aku tak nak tengok. aku langsung berasa tidak selamat apabila dekat dengan dia.

lepas sahaja makan malam bersama Papa dan Aira aku mahu masuk ke bilik untuk tidur, harini aku mahu tidur awal sebab aku berniat untuk bangun malam untuk bertahajud. ouh kenapa kami dinner bertiga jer sebab Danial sudah seminggu tinggal di penthouses dia manakala Puan Sri Katrina pulak memang jenis tidak lekat rumah ada sahaja aktivitinya.

rutin aku sebelum tidur aku mesti tengok gambar aku, papa, dan ibu. ya aku rindu mereka berdua. Aku teringin untuk berjumpa ibu, sejak aku berumur lima tahun aku sudah tidak dapat kasih sayang seorang ibu, ibu aku lari daripada rumah. walaupun ibu aku pergi meninggalkan aku dan ayah, apa yang aku bangga dengan ayah. ayah selalu mengingati aku agar jangan sesekali menbenci ibu apabila topik ibu dibangkitkan oleh aku.

Danial balik rumah Tan Sri Malek pada hari itu, Danial masih waras jadi dia balik dalam keadaan normal walaupun sebenarnya dia baru sahaja balik daripada club, semasa Danial ingin masuk kedalam biliknya. sewaktu Danial melalui bilik Hanan, Danial terdengar alunan bacaan yang sungguh merdu, Danial mendekati pintu bilik Hanan. Danial melekapkan telinganya di pintu bilik itu. entah mengapa Danial berasa tenang apabila mendengar alunan bacaan itu. lama Danial berada di situ mendengar alunan itu. tanpa Danial sedar air mata sudah mengalir di pipinya. "dah lama hati aku tak rasa setenang ini" kata danial. akhirnya Danial membuat keputusan untuk masuk ke dalam biliknya.

pada keesokan pagi aku terlihat kelibat Danial yang masuk ke dalam ruang makan, terus aku menundukkan pandang. "Danial bila kamu balik?" tanya Tan Sri Malek.

"ouh malam tadi, tiba tiba rindu nak balik sini" aku terasa Danial memandang ke arah aku. "ouh jom sarapan sekali" ajak Tan Sri Malek.

"hmmm Danial, boleh tolong Papa hantarkan Hanan ke kolej" tersedak aku mendengarnya. "eh Papa tak apa, Hanan boleh jer naik grab. tak payah susahkan Encik Danial" kau kalau boleh tak nak langsung berdua duaan dengannya.

"boleh jer Papa, lagipun Danial tak ada meeting penting pun" Danial tidak menolak. tangan aku mula menggigil, ya aku takut untuk naik kereta bersamanya lagi, kejadian dulu terus terlayar di fikiran aku.

"Hanan naik dengan Danial ye, Papa pergi dulu ada meeting penting. assalammualaikum" Tan Sri Malek meninggalkan aku dengan Danial di meja makan. Aira awal lagi dia dah pergi sebab Ada meeting pagi. Puan Sri Katrina pulak masih di buai mimpi.

"Hanan punya class pukul berapa?" aku tercengang. 'eh mamat ni kena sampuk hantu ke, dah kenapa tiba tiba layan aku baik' hati aku berkata.

"pukul 9:30, hmmm Encik Danial tak payah susah susahlah nak hantar saya. kejap lagi saya booking grab" aku beharap sangat dia setuju dengan cadangan aku.

"no, Papa dah amanah kan aku untuk hantar kau. jadi cepat aku tunggu dalam kereta" aku melihat pemergian Danial daripada meja makan. "eh mamat ni tadi elok jer, huh" omel aku nak tak nak kenalah ikutkan.

aku hanya mendiamkan diri sahaja di dalam kereta. "aku nak mintak maaf" aku terkejut mendengar kata kata keramat itu keluar daripada mulut Danial.

"baik" itu sahaja yang aku boleh katakan, aku masih lagi trauma dengan kejadian itu. sampai sekarang masih menjadi mimpi buruk aku. selepas itu masing masing mendiamkan diri sehingga aku sampai di kolej. "Terima Kasih hantar saya Encik Danial" terus aku keluar daripada kereta itu

turun sahaja daripada kereta aku melihat susuk tubuh Aiman yang sedang melambai lambai ke arah aku. Aiman melangkah mendekati aku. "morning cantik" aku dah lali dengar sebab setiap hari Aiman akan berkata begitu.

"awak tak bosan ke, hadap muka saya hari hari?" tanya aku. "tak, suka adalah sebab dapat lihat bidadari" aku ternampak sengih Aiman. "kelas awak mula pukul berapa?" Aiman masih ralit memandang aku.

"Aiman!!!, Janganlah pandang saya macam tu" aku malu bila Aiman memandang aku begitu. "sorry sorry, Aiman cuma terpegun jer dengan wajah cantik Hanan ni" luah Aiman

bush!!!

"hello sayang, i miss you" dengan selamba Tessa masuk ke dalam pejabat Danial. "maafkan saya Encik Danial saya dah halang dia!!!" kata Laila PA Danial.

"is okay Laila, awak boleh keluar" kata danial keluar sahaja Laila. terus Tessa mendekati Danial punggungnya di labuhkan di atas peha Danial. "i miss you sayang" ucap Tessa Ariana.

"i miss you too Tessa" tubuh seksi itu Danial peluk. dan lama mereka bertentangan mata. lama lama wajah mereka semakin dekat tup bibir mereka bersatu.

"Danial Firdaus!!!!!!!!!!" laung Tan Sri Malek. terus aktivitinya terkendala akibat terkejut dengan jeritan itu. terbuntang mata Danial memandang wajah marah Papanya itu.

'Pa Danial boleh explain" Danial mendekati Papanya itu. "jumpa Papa dekat rumah!!!!!!!" cukup tegas, Tan Sri Malek tajam memandang wajah Tessa sebelum keluar daripada pejabat Danial.

"sayang you okay?" tanya Tessa bodoh. "you boleh tanya, sah sah lah tak okay. Papa i marah tau tak" Danial memicit micit kepalanya. "Papa you marah sekejap jer tu, nanti okay lah" pujuk Tessa.

"you tak kenal papa i Tessa, dia boleh buat i hilang segala-gala yang i ada ni" tension Danial memikirkan nasibnya sekejap lagi. "you boleh keluar sekarang Tessa" halau Danial, terbuntang mata Tessa." what, you halau i Danial?" tanya Tessa tidak puas hati.

"i cakap keluar, keluarlah!!!!!!!" tengking Danial. terhinjut bahu Tessa mendengarnya. "okay fine" Tessa mencapai handbagnya dan berlalu meninggalkan Danial di pejabatnya. "tak guna punya orang tua, kacau mood aku betul, kalau bukan di sebabkan kau konfem aku dah pau si Danial tadi" rungut Tessa Ariana.

************************

kini Tan Sri Malek, Puan Sri Katrina dan Danial Firdaus berada di bilik kerja Tan Sri Malek yang terletak di tingkat tiga di rumah agam Tan Sri Malek.

"apa pulak yang Danial buat kali ni awak?" tanya Puan Sri Katrina.

"Danial Firdaus, kamu langsung tak ambil serious pasal amaran papakan?" tegas suara Tan Sri Malek.

"Pa apa yang papa nampak tu, bukan macam apa yang papa fikirkan" terang Danial. "what?!!!!! bercumbu di dalam pejabat, kamu fikir orang akan fikir apa? Danial" tegas Tan Sri Malek.

"okay sebenarnya, itu di luar kawalan Danial, dia tiba tiba datang dan kiss Danial tak sempat Danial nak tolak. Papa dah sampai" bohong Danial lagi.

"huh, jangan fikir Papa bodoh Danial, kamu ingat Papa tak tahu kamu pergi lagi club, lepastu tukar tukar perempuan kamu ingat Papa tak tahu ke Danial?" berubah pucat muka Danial.

"alah awak ni, orang muda biasalah" sampuk Puan Sri Katrina. "apa nak jadi dengan kamu ni Katrina, anak buat dosa kamu langsung tak marah?, kali ni Papa tak boleh berdiam diri, Papa nak kamu kawin Danial" terkejut wajah Danial.

"haaaa Danial, Papa suruh kawin. tu Tessa Ariana kan ada ajak jelah dia kawin" cadangan Puan Sri Katrina. "bukan kawin dengan pilihan awak Katrina, tapi pilihan saya!!" tegas Tan Sri Malek

"Pa Danial terima Papa suruh Danial kawin, tapi biar Danial cari calon Danial sendiri" Danial memberi cadangan. "siapa calon kamu?, perempuan perempuan club tu. papa tak akan terima" Danial mengeluh.

"yang nak kawinkan Danial bukannya awak Malek, biarlah dia nak cari calon dia sendiri. yamg awak nak sibuk kenapa?" langsung tiada rasa hormat Puan Sri Katrina bercakap.

"lebih baik awak diam jelah Katrina, Papa nak Danial kawin dengan Hanan. dia calon yang terbaik buat kamu" terkejut puan Sri Katrina "awak gila ke?, nak anak kita kawin dengan perempuan kampung tu" Puan Sri Katrina langsung tidak setuju.

"PAPA TAK KIRA WALAU MACAM MANA PUN PAPA NAK KAMU KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA JUGAK" TEGAS TAN SRI MALEK

"NO PAPA DANIAL TAK KAN KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA SEBAB DANIAL ADA PILIHAN SENDIRI!!!" TEGAS DANIAL FIRDAUS

"YANG ABANG SIBUK SANGAT NAK ANAK KITA KAWIN DENGAN BUDAK TU DAH KENAPA" SAMPUK PUAN SRI KATRINA

"NAK TAK NAK KAMU TETAP KENA KAWIN DENGAN HANAN TU JUGAK PAPA TAK KIRA PAPA HANYA AKAN TERIMA CUCU DARIPADA RAHIM PEREMPUAN BERNAMA HANAN SOFEA SAHAJA MUKTAMAT, JIKA DANIAL INGKAR ARAHAN PAPA SATU SEN HARTA PAPA PUN DANIAL TAK AKAN RASA SEMUANYA PAPA AKAN SERAHKAN KEPADA ADIK KAMU AIRA ERDINA" KATA MALEK KEPUTUSAN MALEK KALI INI MUKTAMAT

"SAMPAI MACAM TU SEKALI PAPA BUAT DANIAL OKY FINE DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN TU!!" KATA DANIAL SUARA DAH NAIK SENOKTAH

"MAMA TAK SETUJU YANG DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN KAMPUNG TU, ABANG PLEASE LAH WARAS SIKIT BUDAK KAMPUNG AWAK NAK KAWINKAN ANAK KITA" KATA KATRINA GERAM

"AWAK SETUJU ATAU PUN TAK SETUJU ITU BUKAN MASALAH SAYA YANG SAYA TAHU DANIAL DAH SETUJU UNTUK KAWIN DENGAN HANAN" KATA MALEK TEGAS PADA ISTERINYA KATRINA

**********************

AGAKNYA MUDAH KE HANAN NAK TERIMA?

KALAU SUDI KOMEN KOMEN LAH SIKIT, JANGAN LUPA FOLLOW IG @AINA_KHAILEEDA

次の章へ