Sebaik sahaja Adrian melihat isterinya yang nyenyak tidur, dia terus menyelimutkan isterinya dan keluar dari bilik, ingin mengambil angin malam.
Tiba-tiba,
"Abang Adrian!" Panggil Ashraf.
"Yes?" Balas Adrian and memandang wajah Ashraf.
"Ashraf buat ape kat sini? Tak tidur lagi, dah lewat malam ni." Soal Adrian.
"Ashraf nak borak dengan abang." Jawab Ashraf.
Adrian tertawa kecil, "Nak borak dengan abang? Abang ni boring la orangnya. Tak seronok ajak borak." Ujar Adrian.
"Boring? Abang tak boring la. Ashraf bangga tau ade abang ipar macam abang. Yerla, abang kan pandai, sado, pastu semak pulak tuh." Ujar Ashraf dengan bangga.
"Semak?" Soal Adrian and tersenyum sinis. 'Oh! Aku semak rupanya.' Bisik hati Adrian.
"Erh! Abang! Abang! Bukan macam tu, maksud Ashraf, handsome, orang kat sini bahasakan semak means handsome." Terang Ashraf dengan wajah takut.
Adrian mengangguk tanda faham. 'Aku ingatkan semak yang serabut tu, rupanya handsome rupanya.' Bisik hati Adrian. Adrian tertawa kecil.
"Abang sure ke nanti abang nak lepaskan kak Eka?" Soal Ashraf dengan menundukkan kepala menahan sebak.
Adrian mengeluh. "Abang takde pilihan." Jawab Adrian.
"Ashraf bukannya nak menyibuk hal abang and akak, tapi please la abang. Mesti Eka takleh hidup tanpo abang." Terang Ashraf.
"Abang tak sempurna." Keluh Adrian dengan serba salah.
"Bang, kat atas dunia ni, takde orang yang sempurna, kak Eka pun tak sempurna dulu bang, dia ambik dadah disebabkan tekanan hidup." Terang Ashraf.
"Kak Eka jadi macam tu disebabkan dia tertekan dengan kisah lampau dia. Yerla, disebabkan nenek and Syaza, and you know what? Nenek ngan Syaza tak ambik peduli langsung pun pasal ni. Akak ambik dadah masa form 1, tapi lepas dia kenal Idham mase form 2, dia dah berubah. Idham dah ubah akak untuk jadi manusia yang bagus." Terang Ashraf.
Adrian terasa seperti hatinya dicarik-carik oleh kerana mendengar kata-kata Ashraf.
'Ya Allah! Aku tak tahu menahu langsung pasal benda ni? Suami jenis ape aku ni?' Bisik Adrian didalam hati.
"Abang, Ashraf nak bagitau, kalau ade orang tak sukakan kita, mesti ada orang yang sayangkan kita. Ikhlas dengan kita! Mesti ada! Tak semua orang nak buat jahat dengan kita abang Adrian." Beritahu Ashraf and menepuk-nepuk belakang badan Adrian. Adrian terdiam seketika. Ada betulnya juga apa yang dikatakan budak ni.
" Kak Eka, Demi Allah, kak Eka memang sayangkan abang, abang nak tahu? Dia cuba sehabis baik untuk faham abang Adrian." Beritahu Ashraf dan menoleh ke arah Adrian yang masih tidak bersuara.
"Kak Eka hari-hari bercerita tentang abang Adrian ni jenis yang macamana, tak pernah satu hari pun dia tak bercerita pasal abang Adrian. Malah, dah jadi macam hobi dia pulak. Selalu call Ashraf malam-malam disebabkan nak bercerita pasal Abang Adrian. Memang betul kadang-kadang ade la jugak dia cakap abang annoying gila, tapi kan, disebalik perkataan annoying tu, mesti terselit perkataan sweet." Beritahu Ashraf dan tersenyum. Adrian turut tersenyum.
"Betul ker? Dia tak benci abang ker?" Soal Adrian cuba menidakkan kata-kata Ashraf.
"Benci? Haha, kak Eka susah nak benci orang bang. Tapi kalau orang tu buat dia rasa benci, memang dia akan benci. Tapi, Ashraf tak rasa yang dia benci kan abang." Terang Adrian.
"Abang, ade satu benda yang abang tak tahu lagi, tapi, Ashraf tak dapat nak bagitau, Ashraf rasa, kak Eka akan beritahu abang pasal satu benda ni apabila dia dah ready nanti. So, Ashraf harap yang Abang akan terima dengan hati yang terbuka dan abang jangan sia-siakan dia. Dia susah nak percayakan orang, so kalau dia dah mulai sayangkan seseorang, memang susah untuk dia melupakan orang itu." Terang Ashraf.
"Erh! Ashraf bagitau la! Pasal ape?" Soal Adrian dengan hairan.
"One day abang akan dapat jawapannya, sorry, Ashraf takleh bagitau." Ujar Ashraf dan tersenyum.
"Urm, Bang. Ashraf dah ngantuk, Ashraf masuk dulu ea. So, Ashraf harap, ape yang Ashraf bagitau tadi membantu abang la." Ujar Ashraf dan berlalu pergi.
'Agak agaknya pasal ape erh?' Bisik Adrian didalam hati.
Haa! Korang mesti tertanya-tanya kan? Ape yang Ashraf cuba untuk rahsiakan tu? Kenapa dengan Ireka? So, kalau korang nak tahu, teruskan baca yer.😊