Hari demi hari berlalu dengan pantas, sedar tak sedar hari ni aku dah berpakaian serba putih, eh! Korang jangan ingat aku pakai kain kafan pulak.🤣 Maksud aku, hari ni aku dalam berpakaian pengantin. Aku merenung wajah ku di dalam cermin dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
"Amboi!! Berseri-seri kawan aku harini." Tegur Yahh.
"Uhukk! Aku memang selalu berseri." Balasku.
"Eleh! Melebih pulak!" Balas Yahh dan membuat muka menyampah.
"Harini kau memang nampak berseri wei. Tak macam perkahwinan tak jadi kau with Idham dulu tu." Puji yaa.
"Ehehe, korang asal puji melebih lebih ni? Ade pape ker?" Soalku dengan senyuman manis.
"Erh, takde. Takde." Balas Yaa and Yahh serentak.
"Kitorang ade hadiah untuk kau." Ujar Ash and Ecah serentak.
"Hadiah apa? Erh! Takyah susah-susah." Balasku. Tapi dalam hati nak melompat lompat dah. Hadiah wei!!!
Ash and Ecah menghulurkan kotak hitam kepada ku.
"Boleh bukak sekarang?" Soal ku.
"Bukak lah." Jawab mereka dan tersenyum.
Sebaik sahaja aku bukak kotak pemberian Ash, terus tergamam aku.
"Handbag!!!" Jeritku dengan teruja. Handbag ni sumpah nampak cute do! Warna purple, warna favourite aku.
"Thanks Ash." Ucap ku dengan senyuman manis.
Ash membalas dengan senyuman.
Aku pun bukak kotak Ecah, sebaik sahaja aku bukak, terjerit kecil aku.
"Woww!! Handwatch!!" Jerit ku dengan teruja. Handwatch mahal ni, jenama Rolex Oyster.
"Thankyou so much Ecah!" Jeritku dan terus memeluk Ecah and Ash. Teruja gila wei bila member bagi hadiah.
"Kitorang pun ada jugak." Ujar Yaa and Yahh serentak.
Aku pun meleraikan pelukan dan memandang ke arah Yaa and Yahh.
Yaa and Yah pun memberikan kotak kepada ku.
Aku dengan laju bukak kotak kotak yahh. Bukan spesies aku jenis yang suka tunggu lama-lama.🤣
"Woww!!! Rantai leher emas!!" Jeritku dengan terkejut. Bapak besar rantai leher tu do! Terkejut beruk aku.
"Thanks yahh." Ucapku.
"No hal." Jawab Yahh dan tersenyum.
Aku pun melirik ke arah yaa. Nampak dah tersengih tu. Aku pun dengan laju bukak kotak dia pula.
"Fuyoo!!! Gelang tangan emas!!! Ni tak silap aku emas yang nama pulut dakap tu kann?!!" Soalku dengan teruja. Wohoho!!!
Yaa mengangguk. Lepas aku mengangkat gelang tangan tu, ada sekeping gambar yang terjatuh di atas lantai. Aku pun dengan laju duduk mencangkung mengambil gambar itu.
Gambar bersama aku and Yaa.
Kat belakang gambar tu ada tulisan, aku pun baca,
"Thanks for being my friend. I love you, my friend." Terus terjatuh air mata ku. Aku terus memeluk diorang.
"Thankyou korang, thankyou. Thankyou atas hadiah ni and thankyou sebab jadi kawan aku yang terbaik." Ucapku dengan berjuraian air mata.
"Eka!!" Jerit yaa.
"Hadoi! Kau nangis dah kenapa? Cair makeup ni kang." Ujar yaa dengan risau.
"Eleh! Takyah runsing, bukannya aku guna mekaup kat kedai dua hinggit tu." Balasku dan tertawa kecil.
"Yer tak yer jugak kan! Hahaha!" Meletus ketawa diorang.
"Aku tak sangka kau dah nak jadi isteri orang do! Aku harap kau dapat jalankan tugas kau sebagai seorang isteri kepada Tengku Adrian. Yang mana, merupakan lelaki yang annoying but sweet kau tu." Ujar yahh dengan senyuman.
"Insyaallah, amin." Balasku.
"Aku doakan korang dipanjangkan jodoh and cepat sikit dapat anak. Bukan ape, aku tak sabar nak dengar anak kau panggil aku akak Yaa cantik!!" Sakat yaa.
"Akak yaa cantik?? Banyak songeh kau! Memang tak lah wei! Yang sepatutnya anak eka kena panggil kau nenek. Baru kena." Balas Ash.
"Erh perempuan ni kang! Aku terajang jugak nanti!" Marah Yaa.
"Erh! Nak mula lah tu! Dah la korang! Takkan nak gaduh masa perkahwinan eka?!" Soal Yahh dengan letih. Letih dengan perangai dua orang ni.
"Ecah! Muka kau tapung la!" Ujar Yahh kepada Ecah.
"Erh! Cakap betol betol la yahh! Betul Ker Tapung? Tapung bedak banyak sangat ker?" Soal Ecah dengan gelisah.
"Hahahahahah" Meletus ketawa kitorang. Actually takde pun, tapi saje jer nak sakat Ecah. Bukan ape, setiap kali kitorang pandang jer muka dia, mesti dia tanya, 'muka aku tapung ker?' Itu jerla soalnya. Naik muak dah kitorang. 🤣
Tok! Tok! Tok!
(Pintu bilik diketuk)
"Pengantin perempuan dah siap ker? Pengantin lelaki dah sampai." Ujar mama dengan senyuman lebar. Mana tak lebar, aku kahwin dengan menantu pilihan dia.😂
"Dah nak siap ni aunty." Jawab Yahh.
"Oh, ok. Wow! Banyaknya hadiah!" Ujar mama dengan teruja.
"Ehehe! Dah orang bagi ma." Jawab ku dengan tersengih.
"Eka taknak bagi hadiah kat mama and kawan-kawan ker?" Soal mama dengan sengihan nakal.
"Hadiah ape ma?" Soalku.
"Anak la." Jawab mama.
"Hahahahhahhaha" Meletus ketawa diorang.
"Ape ni?!!" Soalku dan memuncungkan bibir.
"Kalau yang tu yaa setuju tu aunty. Hahaha" Sokong Yaa dan ketawa.
"Kann!! Aunty dah tak sabar nak timang cucu." Jawab mama tersengih.
"Hahahaha" Meletus ketawa kawan-kawan ku.
Mama aku pun keluar dengan ketawa yang masih tersisa.
"Anak? Lambat lagi." Ujarku dan meletakkan kedua-dua tanganku diatas bahu dan mata ku naik ke atas. '🙄'
"Eleh! " Balas Yaa.
"Better kau yang kahwin dengan Irshad do! Beranak ramai-ramai! Hahahah" Ujarku dan aku kawan-kawan ku ketawa terbahak-bahak.
Wajah yaa sedikit sedih. Erh! Kenapa pulak ni? Nak cakap aku salah cakap, aku rasa macam tak. Emm, aku rasa macam ade something wrong ni. Dia lain macam sejak dua menjak ni, gaduh dengan Irshad kot.
"Yaa, are you okey?" Soalku dengan nada lembut.
"Yes, i'm okey." Balas Yaa dengan senyuman paksa.
"Erh! Dah boleh keluar ni! Jom!" Ajak Yahh.
Kitorang mengangguk. Kawan-kawan ku mengiringi aku keluar dari bilik.
Sebaik sahaja kami menuruni anak tangga, mataku tertumpu pada seseorang lelaki yang sangat handsome. Yes, Adrian.
Dia memandang aku dengan tidak berkelip. Seolah-olah terpukau.
'DUP! DAP! DUP! DAP!'
Sebaik sahaja aku mengambil tempat di belakang,
Tok Kadi and Adrian bersalaman.
"Tengku Adrian Bin Tengku Haris, aku nikahkan dikau dengan Nur Ireka Binti Hafiz dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." Lafaz tok kadi itu.
"A_ A_ku terima nikahnya-" Kata-kata Adrian tergantung. Maybe sebab terlebih nervous. Kawan-kawan aku dah tekup mulut menahan ketawa. Aku nak jer join diorang, tapi malu la pulak kalau orang nampak 🤣
"Ok, sekali lagi." Ujar Tok kadi itu.
"Kau jangan la nervous sangat!" Arah Delen and mengelap peluh Adrian di wajahnya.
"Kau tengok bini kau tu, manalah tahu hilang segala nervous." Arah Rykal.
Adrian berpaling ke arah ku. Aku tersenyum manis. Dia pun turut tersenyum.
"A-aku terima nikahnya... Aihh! Tak boleh!" Ujar Tengku Adrian dengan wajah takut.
"Hahahahahahha" Meletus ketawa kawan-kawan aku. Hadoii!!
"Aku terima nikahnya Nur Ireka Binti Hafiz dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." Lafaz Tengku Adrian. Wow! Dengan sekali lafaz sahaja, aku sudah bergelar isteri kepada Tengku Adrian. Rasa cam tak percaya aje.
"Sah?!" Soal Tok kadi.
"Sah!" Semua orang menjawab.
"Alhamdulillah!" Ucap Tok Kadi dan menadah tangan membaca doa, semua orang turut menadah tangan membaca doa, including me.
Usai itu, Adrian ke arah ku untuk upacara pembatalan air sembahyang.
"Assalamualaikum!" Bisik Tengku Adrian.
"Waalaikumussalam!" Balas ku kembali dengan segan silu.😜
"Izinkan aku untuk bertakhta di hati mu." Ujarnya dengan lembut dan senyuman manis yang tak pernah aku tengok. Auwwww!!! Kang pengsan aku kat sini!! Hahaha.
Aku membalas dengan senyuman.
"Cepat la kiss dahi!! Aku nak tangkap gambar ni!!!" Arah Delen dengan tak sabar menyabar.
"Ha'ah! Cepat lah!!" Arah Yahh dengan teruja. Tapi, aku nampak wajah yaa macam lain. Macam entah, aku tak tahu nak cakap macamana, tiba-tiba mataku melihat Irshad and Ash yang rapat gila, nampak macam sepasang kekasih, diorang tengah sibuk ambik gambar aku. Yaa hanya memandang Irshad and Ash dengan pandangan menyampah. Erh! Ape kes?!!
Adrian terus menyarungkan cincin di jari aku dan mengucup dahi ku dengan lembut.
Kami saling berpelukan.
Oh! Tengku Adrian! Tak sangka kau jadi milikku jugak akhirnya!🤪