webnovel

BAB 12:

Aku, Yaa dan Yahh masuk ke dalam dorm kitorang.

Ecah and Ash buat muka sedih.

"What's going on?" Soalku dengan hairan.

"Our phone and ipod" Jawab Ash dengan menangis.

"OMG!" Jerit Yaa dan dia terus mencari handphone nya.

"Nasib baik ade." Ujar Yaa dengan lega.

Yahh pun berlari mencari handphone nya.

"Alhamdulillah, ade." Ucap Yahh dengan lega.

"WHERE IS MY IPHONE?" Jeritku. Nak nangis pun ada ni.

"Geng seven rampas." Jawab Ecah dengan simpati.

"Cikgu Aiza arahkan diorang selongkar dorm kita sebab isya bagitau cikgu kita bawak benda terlarang." Terang Ecah.

"What the heck! Kenapa korang ade? Aku dengan Ash takde?" Soalku, suara ku dinaikkan satu oktaf.

"Tengku Adrian rampas phone kau and Ash. Dia tak ambik aku punya sebab Rykal pujuk dia tadi. Pastu Irshad pun pujuk dia jangan ambik Phone Yaa. Pastu Delen, pujuk dia jangan ambik phone yahh." Terang Ecah.

"What? Eh,jap. Kalau Irshad and Rykal pujuk dia, aku faham. Sebab korang couple. Yang aku tak faham, kenapa Delen pun pujuk dia? Delen dengan yahh ade apa-apa ker?" Soalku.

Terus terkejut Yahh.

"Eh engkau! Memang tak la!" Jawab Yahh.

"Memang betul aku crush dekat delen tu, tapi aku takde apa-apa dengan dia." Terang Yahh.

"Macamtu pulak. Aih, apa-apa jer la. Yang penting sekarang ni, aku nak Phone aku balik. Tak kira apa jadi, aku nak." Marahku.

"OMG! Kalau dia bukak Phone aku, mesti dia tengok gambar aku dengan ex lama aku dulu. Oh Gosh!!!" Jerit ku.

"Jom, Ash. Ikut aku. Korang tunggu sini!" Arahku.

Aku pun mengheret Ash pergi ke dorm geng seven. Sesampainya kitorang di sana, aku pun menghayunkan tangan ingin mengetuk pintu. Tetapi tangan ku tergantung di udara akibat terdengar alunan suara Tengku Adrian menyanyi.

"Kenapa tak ketuk?" Soal Ash.

"Kau balik dorm kiter boleh? Aku janji aku akan dapat kan Phone kiter." Ujarku.

Ash mengangguk dan terus beredar dari situ. Aku pun duduk di atas kerusi di hadapan pintu itu. Sebenarnya aku nak dengar Tengku Adrian menyanyi, haih! Gatal la kau ni Eka!😜

"Pertama kali aku bertemu

Seorang gadis seperti dirimu

Senyum tawamu, riak wajahmu

Sungguh ayu

Andai ku ingin berterus terang padamu

Adakah engkau mahu menerimaku

Kerna engkau tak pernah mengenaliku

Ini kali pertama kita bertemu

Jika memang kau tercipta untukku

Maka izinkan aku mengenalmu

Izinkanlah aku menjadi sebahagian hidupmu

Dan aku berharap

Semoga kali ini akan menjadi

Cinta yang sejati oh sayang

Jika memang kau tercipta untukku

Maka izinkan aku mengenalmu

Izinkanlah aku menjadi sebahagian hidupmu

Dan aku berharap

Semoga kali ini akan menjadi

Cinta yang sejati oh sayang

Cinta yang sejati oh sayang

Suaranya sangat merdu, sehinggakan aku tertidur. Hahahah.

"Eh, kenapa pulak perempuan ni ade kat sini?" Soal Delen.

"Wei! Korang! Dah kenapa ireka tidur kat depan pintu ni?" Soal Delen kepada semua orang didalam.

"Hah!" Terkejut Tengku Adrian. Dengan pantas dia keluar dan pergi ke arah aku.

'Buang tebiat ke minah sewel ni?' Bisik hati Tengku Adrian.

"Ireka! Wake up!" Jeritnya.

"Huh? Hah? Ape?" Soalku.

"Kau dah kenapa tidur kat sini?" Soal Tengku Adrian dengan hairan.

"Eh! Ape yang aku buat kat sini?" Soalku dengan hairan.

Tengku Adrian menggeleng kepala melihat perangai clumsy Ireka.

"Ha! Baru aku ingat!!! Tengku Adrian!!! Where is my Phone?" Bentakku.

"Ade dengan aku. Kenapa?" Soalnya.

"Tolong jangan bagi kat cikgu. Aku merayu." Rayuku. Dan aku pun berlutut di kaki nya.

"Erh! Kau buat ape ni? Bangun!" Arahnya.

Aku pun bangun.

"Kau nak phone boleh, tapi ada syaratnya." Ujar Tengku Adrian.

"Syarat ape? Aku ikut." Ujarku dengan terdesak.

"Ikut aku belakang jap." Arahnya.

Aku pun mengekorinya ke belakang.

"Kiss aku." Arahnya.

"Kau gila?????? No way!!!!!" Bentakku. Gila ker mamat ni? Memang tak la!!!

"SIAL! PASTU KAU KISS IDHAM TU DAH KENAPA?" Bentak Tengku Adrian.

"Macamana kau tahu aku kiss dia? And macamana kau kenal Idham?" Soalku dengan terkejut.

"Aku nampak semuanya dalam telefon kau." Jawab Tengku Adrian.

"How dare you! That is my privacy!" Marahku.

"Aku tak kesah. Aku just nak tanya, kenapa kau buat macam tu?!" Marahnya.

OMG! Nak jawab ape ni? Help me!!!!

"Sebab dia boyfriend aku masatu." Terangku.

"What? Kau ni memang nak kena!" Bentaknya.

Dia menolak aku hingga terjatuh.

"Aduh." Aku mengaduh sakit.

"Aku takkan bagi Phone kau! Selagi kita tak kahwin!" Marahnya.

"WHAT? SIAL! KAU INGAT AKU HADAP SANGAT KER? SETAKAT HANDPHONE, AKU BOLEH BELI 10 LA!" Ujarku dengan bangga.

"Okey, fine. Kau masih cintakan dia?" Soal Tengku Adrian dengan bengang.

"YES! AKU CINTAKAN IDHAM... SAMPAI MATI AKU AKAN CINTAKAN DIA!" Jeritku dengan kuat.

Pangg!!!

Tamparan kuat terasa di pipi ku.

"SHIT!" Jeritku.

"AKU PUN TAK HADAP LA PEREMPUAN MACAM KAU NI! DASAR PEREMPUAN MURAHAN! MAK BAPAK KAU TAK AJAR KER? ERH! AKU LUPA! ANAK ORANG KAYA KAN! MESTI TAK DAPAT DIDIKAN YANG SEMPURNA!" jerit Tengku Adrian.

"KAU JANGAN NAK LIBATKAN MAMA AND PAPA AKU!" marahku.

"KAU TAKDE KAT TEMPAT AKU MASA TU! KAU TAK SEPATUTNYA HUKUM AKU MACAM NI!" Jeritku dengan air mata mengalir.

Tersentak Tengku Adrian mendengar kata-kata ku. Ape yang Eka lalui masa tu?

"AKU STRESS MASA TU! AKU STRESS! AKU HAMPIR BUNUH DIRI! NASIB BAIK ADA IDHAM! DIA YANG ADE DENGAN AKU! DIA SORANG JE YANG FAHAM AKU MASA TU!" Jeritku. Terkedu Tengku Adrian. Kalau la Ireka tahu Idham tu sape sebenarnya. Dengan egonya, dia memandang aku dengan tajam.

"DAH! AKU TAKNAK DENGAR! AMBIK PHONE KAU AND KAWAN KAU NI! BALIK DORM KAU!" Jeritnya.

Aku pun merampas phone yang ade di tangannya dan terus berlari ke dorm ku.

"Kenapa kau kesah sangat dia nak kiss dengan sape pun? Tu hak dia." Soal Irshad dengan hairan.

"SEBAB DIA HAK AKU!" Jerit Tengku Adrian. Geng seven memandang Tengku Adrian dengan terkejut. Gitar yang dipegang Delen jatuh.

'Hak? hak ape?' Persoalan itu timbul di dalam benak fikiran diorang.

次の章へ