webnovel

DEBU EMAS?

"kau-" Terkedu Zya apabila Niel memandang tepat ke dalam iris matanya.Tanpa berlengah Niel terus berlalu pergi meninggalkan mereka yang masih berdiri di situ..

"Nielll..!! Tunggu..!" jerit Zya apabila melihat Niel yang mula bergerak pergi dari situ apabila mereka sempat bertentangan mata buat seketika.

Niel hanya berjalan perlahan namun tidak terdetik dalam hatinya untuk berhenti mahupun berpaling ke arah Zya apabila tanpa henti namanya dipanggil oleh Zya dengan suara yang lantang begitu juga dengan pandangan pelajar sekeliling mereka yang memandang aneh terhadap mereka berdua.

Zya tanpa lelah mengejar Niel yang berjalan agak pantas baginya. Apabila melihat Zya yang masih mengejar dirinya, Niel bercadang untuk meneruskan langkahnya tanpa hala tuju sehingga Zya berputus asa untuk mengekorinya.

Hampir semua kawasan yang ada di sekolah telah mereka lalui namun dilihatnya Zya masih lagi setia mengekorinya di belakang walaupun Zya sudah agak berpeluh dan tercungap-cungap mengejar dirinya yang masih lagi belum mengeluarkan walau setitik peluh di badannya.

Terbit rasa kasihan di hati, Niel berhenti di kawasan halaman belakang sekolah apabila yakin bahawa tiada pelajar yang akan lalu di kawasan tersebut.

Niel berhenti dan berpaling ke arah Zya yang sudah pun jatuh melutut di hadapannya akibat kepenatan setelah 30 minit berjalan tanpa henti.

Niel mengerling ke arah jam tangannya untuk memeriksa keadaan 'dirinya' yang sedang berada di dalam kelas. Bukannya dia berniat hendak menipu cikgu tetapi dia terpaksa apabila melihat Zya yang sepertinya ada perkara penting yang perlu dibicarakan.

"huff huff.. Niel--" Dengan nafas yang tidak teratur, Zya cuba untuk mengatur gaya percakapannya dengan seorang jejaka yang sedang merenung tepat ke arahnya.

Niel hanya menaikkan kening kirinya yang ditujukan khas kepada Zya. Dengan perlahan Zya cuba bangkit berdiri di hadapan Niel.. pelbagai gaya serta isyarat meminta tolong yang dilakukan oleh Zya namun Niel hanya memandang kosong terhadapnya. Sakit hatinya apabila Niel hanya berpura-pura tidak memahami isyarat tangan serta mimik muka yang ditunjukkannya.

'Ishh!! takde hati perut langsung mamat ni awek hot nak minta tolong pun kau tengok je.. tapi tak apa aku akan cuba dapatkan kau, Niel' Desis hati Zya apabila cubaannya untuk meraih perhatian Niel gagal.

"Aku cuma nak tanya.. betul ke apa yang aku dengar tadi?" Dengan berhati-hati Zya bertanya kepada Niel.

Niel menaikkan kening kirinya kerana hairan apabila Zya sanggup mengejar dirinya semata-mata untuk bertanya tentang hal remeh seperti itu.

"Itu memang suara kau ke? Maksudnya kau boleh bercakap? Kenapa selama ni kau tak pernah bercakap? Ermm.. aku orang ke berapa yang pernah dengar suara kau?" Bertubi-tubi soalan diajukan oleh Zya kepada Niel apabila dia menganggap bahawa isyarat kening yang ditunjukkan oleh Niel ialah isyarat 'apa dia?'

Buat seketika Niel mengeluh apabila soalan-soalan seperti itu yang hendak ditanya tanpa memikirkan masa yang sedang bergerak pantas sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan selain daripada menjawab soalan 'bodoh' seperti itu.

Tanpa berkata apa Niel hanya meletakkan jari telunjuk di bibirnya dan memandang tepat ke dalam mata Zya. Perlahan anak matanya berubah menjadi warna keemasan yang sangat cantik sehingga mampu untuk memukau orang yang melihatnya. Serentak dengan itu anak mata Zya juga berubah menjadi keemasan namun agak pudar jika hendak dibandingkan dengan Niel.

Pelbagai gambaran yang dapat dilihat oleh Niel melalui anak mata Zya. Dari kecil hingga ke remaja Niel sudah lihat dalam masa 5 saat. Dalam masa itu juga tanpa sedar mata Niel sudah dibajiri dengan air matanya yang jernih dan berkilauan apabila menyaksikan kisah-kisah Zya sewaktu dirinya kecil dan sekarang dia mengerti mengapa Zya berkelakuan seperti itu. Apabila sudah selesai memadamkan memori Zya untuk satu jam yang lepas dengan pantas Niel memutuskannya semula dek kerana tidak sanggup untuk teruskan menonton sedikit lagi baki memori Zya yang masih belum dilihatnya.

Sementara Zya masih belum sedar sepenuhnya, Niel terus teleportkan diri ke tempat 'lepak' yang juga antara tempat untuk dia menenangkan dirinya. Tempat lepak yang dimaksudkan ialah di atas puncak bukit. Dari pemandangan atas dia dapat melihat pelbagai karenah manusia yang ada di bawah yang telah mengajarnya erti hidup dalam diam.

Di atas puncak bukit itu juga telah menjadi seperti rumah keduanya pada waktu sang senja tiba. Perlahan Niel melabuhkan punggung di atas bangku yang berada di hadapan rumah kecil yang dibina oleh dia sendiri. Jauh dia termenung memikirkan tentang kehidupan Zya yang dilihatnya sebentar tadi. Perlahan matanya tertutup dan dia pun tertidur dalam keadaan dirinya masih lagi duduk.

Zya's Pov

"Erghh sakitnya kepala aku. Apa yang dah jadi? Kenapa aku ada kat sini? Macam mana aku boleh ada kat sini? Mana diorang ni? Sekarang pukul berapa? Bukan patutnya rehat ke sekarang ni? Kenapa macam sunyi je sekolah?" Monolog Zya sendirian tatkala melihat dirinya yang keseorangan berada di belakang sekolah.

Sedang Zya cuba untuk mengingat semula apa yang telah terjadi dia terlihat ada debu emas yang jatuh di atas tanah tersebut. Perlahan tangannya cuba untuk menyentuh namun ianya hilang secara tiba-tiba.

"Cantiknya.. apa tu? Dari mana dia datang? Apa yang dah jadi? Macam mana boleh hilang?" Pelbagai persoalan yang bermain di kepala Zya dan ianya membuatkan kepalanya bertambah sakit. Dengan segala kudrat yang masih ada Zya gagahkan kakinya yang juga terasa agak sakit serta lenguh untuk berjalan ke bilik sakit sekolah dan meminta pertolongan nurse yang bertugas di situ untuk merawatnya.

End Zya's POV

Jam tepat menunjukkan pukul 1 tengah hari Niel terjaga apabila kepalanya terasa diketuk-ketuk oleh sesuatu.

"Auww..!! Sakitlah..!" Marah Niel dengan matanya yang masih tertutup kemas.

"Kashi pashiii..! (Dah lambat!)" kata seekor makhluk yang comel, gebu dan berbulu lebat berwarna biru keungguan serta mempunyai jalur-jalur berwarna putih pada bulunya manakala matanya berwarna keemasan dan berkilauan walaupun di dalam gelap. Bentuk badannya pula tidak ubah seperti bebola yang bergerak dan tangannya juga memegang kayu kecil yang mempunyai bintang di hujung belah atasnya.

"Michi janganlah kacau aku. Aku nak tidur sekejap je okay?" kata Niel yang masih mamai.

"Pashi kashii..! pæp clerè ßhàhmmm..! (Lambat dah..! Nanti diorang cari tuan..!)" kata Michi dengan tangannya yang tidak henti memukul kepala Niel menggunakan tongkat kecilnya.

"Ehhh..??!! Pukul berapa dah??" Tanya Niel apabila sudah memahami situasi yang dihadapinya sekarang. Dengan pantas Niel mengemaskan dirinya dan mencuci mukanya di kawasan mata air yang berdekatan.

Baru sahaja Niel hendak pergi dari situ tiba-tiba..

"Siapa kau?!"

-To Be Continue

次の章へ