Ruth tidak sampai hati setelah melihat keadaan yang menimpa Quan sangat parah,kedua kaki Quan dikatakan lumpuh dan tidak boleh bergerak lagi,ahli keluarga Quan sangat sedih sekali,kerana anak emas mereka di sahkan lumpuh selamanya,sudah tiada harapan untuk Quan mengunakan kedua kakinya,Quan tidak dapat menerima pengesahan dari doktor,emosinya tidak terkawal lagi,Quan tidak mahu menerima pelawat,dia juga tidak mahu melihat Ruth,Ruth hadir kerana simpati padanya,dia tahu Ruth patah hati dan tidak mahu bersamanya,jadi ini alasan terbaik bagi Quan dan Ruth berpisah selamanya,Quan tidak mahu Ruth menyusahkan diri untuk menolong atau simpati,apalagi dia sudah kurang upaya.
TIGA BULAN KEMUDIAN
Ruth kembali berkerja di syarikat Quan,kerana keluarga Quan memerlukan orang yang boleh di percayai mengurus syarikat serta menolong Quan,pada mulanya Quan tidak menerima,tapi Ruth benar² ingin menolongnya,Ruth tahu kerjaya Quan sangat penting baginya,semua itu dari hasil titik peluhnya dari dulu sendirian,Quan masih lagi dalam tekanan,dia tidak dapat menerima keadaan yang dia tidak boleh berdiri dengan mudah,segalanya sulit sejak dia lumpuh,dia harus berdikari dari mula dan belajar mengurus kehidupan harian,sukar dan menyakitkan hati hingga dia terasa berputus asa.Quan hampir menoreh tangannya sendiri saat dia terjatuh di bilik air,kebetulan Ruth datang waktu itu untuk berbincang soal kerja,Ruth sempat menahan sepihan gelas dari menlukai tangan Quan dan tercucuk di tangan Ruth,waktu itu Quan rasa bersalah melihat tangan Ruth berdarah dengan banyak,dari itu egonya sedikit kurang,kerana dia tahu Ruth ikhlas ingin menolongnya.
Hubungan mereka juga semakin baik setelah beberapa ketika bersama,Ruth selalu berada di sisinya hingga Quan berani menerima keadaannya sekarang,sejak kejadian itu segalanya seperti sediakala,tiada masalah lain lagi,kerana mereka berdua fokus kepada satu sama lain dan kerja,melihat hubungan mereka kembali baik,papa dan ibu Quan menyarankan anaknya melamar dan menikah dengan Ruth untuk menolak bala,tapi Quan menberi alasan kerana dia takut Ruth tidak akan menerimanya kerana hal lalu,sedangkan kedua orang tuanya sudah berpakat untuk mereka berdua kembali bersama dan terus berkawin,mereka tidak mahu seperti dulu menangguh sesuatu yang baik dan akhirnya menjadi huru-hara.
DI RUMAH ABOY
Sejak Aboy dan Ruth berkerja di kuala lumpur,encik Tan juga sering berkunjung ke rumah Aboy,melihat kedut di wajah tua encik Tan,anaknya menyaran agar dia berehat di rumah,tapi encik Tan masih boleh bergerak dan berat hati untuk menlepaskan kedai runcit usang miliknya,kerana kenangan encik Tan dan mediang isterinya banyak di kedai itu,susah senang mereka berdua dari mula bersama hingga anak dewasa dan isterinya pergi meninggalkan dia selamanya,dia berkata lagi lima tahun,lima tahun pun masih belum tutup lagi,tapi Ruth menyarankan agar salah satu dari abangnya berkawin dan menberi kedai itu kepada isteri mereka sebagai hadiah perkawinan.Encik Tan bersetuju setelah mendengar kata Ruth,Aboy mengaru kepala sebab mustahil perempuan mana nak meneruskan peniagaan seperti itu,Aboy angkat tangan dia masih patah hati dan tidak bersedia untuk mencari jodoh lagi,jadi Ate mangsa seterusnya,mereka semua satu kepala,sedangkan Ate si keras kepala mana ada gadis yang berani nak mendekatinya walaupun hemsem.Ate masih ingin hidup bujang dan puas bermain,baginya lelaki tidak perlu kawin awal kalau masih tidak puas bermain,sebab dia tahu dia tidak akan boleh menjadi seorang suami yang baik,dia takut menlukai hati perempuan,melihat adiknya tersiksa kerana seorang bernama lelaki sangat memeningkan kepala,Ate lemah dengan air mata.
AWAL PAGI
Seperti biasa Ruth akan memandu awal pagi pergi ke rumah Quan untuk menjemputnya ke tempat kerja,ahli keluarga Quan juga telah tinggal bersamanya sejak dia kemalangan hari itu,mereka tidak mahu Quan sendirian selagi Quan masih bujang,rancangan mereka pergi berbincang lagi ke rumah Aboy,mereka tahu encik Tan ada di sana,hari ini ibu-bapa Quan dah nekad yang Ruth akan menjadi menantu mereka,Quan di bawa Ruth pergi ke tempat kerja,dalam perjalanan Ruth akan menerangkan banyak perkara dan apa saja yang melibatkan kerja,Ruth seperti Achong berkerja sebagai pembantu pribadi,Achong akan pergi awal mengurus hal pejabat dan pelanggan,mana kala Ruth menlakukan hal kerja penting Quan seperti jadual kerja dan fail untuk ditanda tangan,sebelum Quan menanda tangan,Ruth akan meneliti dengan telili agar tidak ada kesilapan dan sebotaj,sebab itu Quan sangat bersyukur Ruth berada di sisinya.
DI RUMAH ABOY
Sedang beristirehat pintu di ketuk,encik Tan menuju ke pintu lalu menbuka,dia terkejut melihat orang tua Quan tetiba datang,dah sebulan mereka tidak bertemu,pintu pagar di buka kuncinya menjemput mereka masuk,encik Tan tinggal sendirian,kerana kedua anaknya pergi berkerja,encik Tan menpersila kedua orang tua Quan duduk,wajah keduanya berseri dengan senyuman,heran encik Tan melihat,apalagi papa Quan.Mereka dah kenal sejak puluhan tahun lagi,ini pertama kali rasanya dia melihat senyuman papa Quan yang paling manis.Encik Tan tidak mahu berteka²,lalu bertanya...
"jangan buat saya tak selesa,berterus terang saja,apa hal kamu berdua sengih tak berhenti?"
"hmm,betul kata kamu,kami datang nak berbincang soal anak kita,hubungan mereka dah baik sekarang,apa yang kamu fikir?"kata papa Quan.
"saya harap sangat Ruth menjadi menantu saya Tan,tampa Ruth...Quan pasti sedih lagi."kata ibu Quan.
Encik Tan berfikir,memang Quan kaya,tapi dia tak boleh berdiri,boleh ke Ruth bahagia menjaga Quan seumur hidupnya,lagi dia nak cucu,boleh ke Quan bagi cucu kepadanya,bermacam² yang encik Tan fikirkan,jadi dia berkata yang dia harus bertanya pendapat Ruth sekarang,dia tidak boleh buat keputusan,sebab ini soal masa depan dan kebahagiaan anaknya.
MAKAN MALAM BERDUA
Quan dan Ruth menikmati makan malam romantik berdua di sebuah hotel lima bintang,di temani musik dan pandangan malam yang indah,serta hidangan yang enak,Quan dan Ruth menlagakan gelas wain,mereka berjaya lagi mendapat kontrak baru,bisnes semakin baik.Quan dengan senang hati nak belanja Ruth makan malam,sedang menikmati hidangan mereka berbual soal kerja,Quan terpaksa menukar topik perbualan.
"saya yakin papa dan mama menemui papa kamu...kata Quan sambil makan.
"ah...Ruth tercegang.
"orang tua saya nak saya melamar kamu lagi...perlahan sudu dan garfu di letakan diatas pinggan Quan.
Ruth kaku terberhenti dari makan,dia kelu tidak tahu nak menjawab apa,hatinya bedebar²...dia tidak menyangka kalau hubungan mereka jadi perhatian lagi,memang jadi perhatian sejak Ruth kembali berkerja,tapi kebanyakan kakitangan lebih suka Ruth kembali dari Diana.
"Ruth,kalau saya melamar kamu sekarang,adakah kamu akan terima?"tanya Quan.
Ruth tersenyum dan menjawab...
"mana ada orang tanya bila nak melamar,tak ikhlas langsung."
Quan mendapat persetujuan,hatinya gembira sangat,betul ke atau mimpi Ruth menerima,dengan segera sebentuk cincin yang sama dikeluarkan dari kotak yang di simpan di tepi baju Quan,cincin belian yang berkilau,harga puluhan ribu.Quan mengambil tangan Ruth dan menyarungkan lagi cincin itu di jari manis Ruth,Ruth yang terkejut tidak tahu beraksi apa,gembira dan malu semua ada,sebab ada banyak mata yang memandang.
"maaf,sebab saya tak boleh melutut."sambil mengemgam tangan Ruth.
"takpe,sebelum ni u sudah melututkan...Ruth sebak sangat hampir nak menangis.
Hubungan mereka berdua seperti kapal di tengah lautan,seperti air laut yang ada pasang,surutnya.Ruth bangun dan pergi memeluk Quan.
DI RUMAH ABOY
Encik Tan serba salah nak menbuka mulutnya,tapi Ruth nampak gembira,menlawa dan mewangi di pagi hari,sikapnya menbuat Aboy dan encik Tan heran,mungkin naik gaji kot.
"Ruth,kamu ok?"tanya Aboy.
"okaylah,kenapa?"
"Ruth,semalam orang tua Quan datang...kata encik Tan.
Aboy dan Ruth saling pandang dan memandang encik Tan,encik Tan terpaksa berterus terang,sepuluh minit kemudian mereka semua faham,mengapa Ruth gembira sangat.Ruth dah menerima lamaran dari Quan lagi,sebab Ruth sedar yang dia tidak boleh kehilangan Quan,semasa dia tahu dari Villiam,Quan terlibat dalam kemalangan,jantungnya berhenti terlalu terkejut sebab tak mahu memikirkan selanjutnya,sejak dia kembali memaafkan dan melupakan segala perkara lepas,Ruth lebih gembira dan tenang,biarpun Quan tidak boleh berdiri,itu tak penting bagi Ruth,sebab Quan masih bersama dengannya.