webnovel

BAB 9

"Lambat!" suara Waney sedikit keras apabila Dania dan Damia baru muncul. Dua kembar itu hanya menunjuk gigi mereka apabila melihat beberapa orang dalam perpustakaan itu memandang ke arah mereka.

"Sorry lah.. Perut aku tetiba buat hal lah Waney." Damia beri alasan apabila melihat Azim senyum sinis kepadanya.

"Iya iya lah kau tu.. Kau pula? Perut kau pun tetiba sakit?" Mata Waney melihat ke arah Dania pula.

"Tak lah. Aku terjumpa kawan aku tadi." Jujur Dania.

"Ada ja alasan kau orang. Duduk cepat, aku tak ada banyak masa lah." Waney mula menyimpan barang-barangnya.

"Eh, Baru pukul 4:40 p.m takkan kau dah nak balik?" Tanya Dania sambil melihat di jam di tangannya.

"Dah 2 jam 30 minit aku duduk sini tunggu kau orang. Kan aku cakap, pukul 5 aku dah nak balik." Waney balas tanpa menoleh melihat wajah Dania mahupun Damia.

"Alaa.. Aku mana sengaja nak buang air besar lah." Balas Damia.

"Next time ja kita study. Lagipun kau orang boleh tanya Fauzan, Dia boleh tolong kau orang." Balas Waney lagi. Dia senyum kepada Fauzan dua saat sebelum dia mula bangun dari kerusi.

"Aku pergi dulu.. Jumpa di sekolah esok.. Bye Nia, bye Mia." Waney berjalan perlahan ke pintu keluar sebelum melambai tangannya dan menghilang sebalik pintu utama.

"Aduh.. Kau lah ni Nia." Damia mendengus perlahan, sebelum dia kembali tolak buku teksnya ke tepi.

"Aku pula.. Kau yang nak sangat jumpa Danish lepas tu tipu Waney pula kata sakit perut." Balas Dania geram. Dia pun tutup buku teksnya yang tadi baru buka sebelum Waney masih dengan mereka.

"Yang salahnya tu kau orang." Azniz menyampuk apabila mendengar dua beradik bergaduh di hadapannya.

"Dah apa pasal kau orang jumpa si Danish? Tak boleh jumpa di sekolah ka?" Fahmi pula menyampuk.

"Sampai dua jam setengah? sembang apa lama sangat?" Fauzan pula yang tanya dua sahabatnya.

Diam.

"Ish.. Kau orang berdua ni janji dengan Waney. Tau kan Waney tu orang yang menepati janji dan masa." Fauzan sambung kata apabila tiada jawapan dari Dania dan Damia.

"Kau orang dah lama kawan dengan Waney tak kan tak tahu Waney tu jenis macam mana?" Balas Azniz pula.

"Tadi dia punya lah lama tunggu kau orang. Siap ajarkan aku add mate lagi." Balas Farhan.

"Lain kali jangan pentingkan diri sendiri. Kena utama yang penting, bukan kah kau orang nak Waney macam dulu?" Fauzan pula membalas cuma kali ini dia bersuara sambil tangannya masih mengerjakan kerja sekolahnya.

"Aku tengok. Dulu dengan sekarang tak ada bezanya ja. Dia tetap belajar sendiri juga." Balas Azniz pula.

"Dia mesti tak nak sahabat dia gagal dalam exam, sebab itu dia ajak kau orang ke sini belajar dengan dia. Tak ada lah dia capai kejayaan sorang-sorang." Balas Fauzan lagi dengan mata tajam memandang Dania dan Damia.

"Kau orang nak masuk UNIMAS tapi usaha langsung tak ada." Masih kedengaran suara Fauzan.

"Itu dah bukti dia sayangkan kau orang. Dia nak kau orang capai impian korang dengan cara dia ajar kau orang."

"Tapi apa yang dia buat, korang langsung tak ada usaha nak berubah. Cuma tahu main ja, tapi mulut tu asyik cerita pasal UNIMAS." Kini suara Azniz pula.

"Kalau tak nak belajar, jangan lah cakap pasal UNIMAS depan dia." Fahmi pula dah panas hati. Punya lah Waney berusaha menunggu mereka berdua sampai kerja sekolahnya tidak di usiknya lagi.

"Maaf." Jawab dua beradik itu serentak, dengan kepala mereka menunduk.

"Bukan dekat kami kau orang patut minta maaf." Azim bersuara tetiba. Dia lebih suka memerhati dan mendengar daripada menyampuk.

"Dengan Waney." Kata Dania dan Damia serentak. Mereka berdua mula cepat-cepat mengemas barang mereka dan langsung pergi meninggalkan Fauzan dan Kawan Fauzan di meja mereka study tadi.

"Macam mana lah kau boleh ada kawan macam tu Zan?" Tanya Azniz dengan gelengan apabila melihat Dania dan Damia berlari anak keluar dari perpustakaan.

"Aku lagi kesian dengan Waney sebenarnya." Balas Azim tanpa melihat wajah kawan-kawannya.

"Itu ja yang kau selalu cakap." Balas Fahmi di sebelahnya. Azim pasang wajah tanpa riak.

===

Fauzan keluar dari kereta dan kakinya terus melangkah menuju ke pintu rumah. Semasa dia berada di hadapan rumahnya, pintu rumahnya terbuka luas dan beberapa kasut berada di luar rumahnya. Dia memberi salaam sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya dan matanya melihat dua pasangan suami isteri kemungkinan kawan kepada papa dan mamanya. Dia melihat wajah mamanya yang lagi senyum manis kepadanya yang turut berada di ruang tamu dengan dua orang pasangan suami tadi.

"Kamu baru balik Haris?" Puan Farida melihat jam di dinding yang sudah hampir 6:38 p.m.

"Ya ma.. Haris study dengan kawan di library tadi." Balas Fauzan dengan melangkah ke arah mamanya di ruang tamu dan salam tangan mamanya dan seorang lelaki yang agak tua sedikit dari papanya.

"Rajin ke perpustakaan ka?" tanya wanita yang berada di sebelah lelaki yang dia salam tadi. Matanya melihat wajah wanita itu yang mungkin muda mamanya beberapa tahun.

"Tak juga.. Setiap hari Khamis dan sabtu, ahad saya dengan kawan akan pergi library." Jawabnya dengan berdiri di sebelah mamanya.

"Oh.. Nanti boleh lah bawa anak auntie belajar bersama." Puan Anna senyum kepada Fauzan yang hanya berdiri di hadapannya.

"Kalau dia rajin belajar boleh lah join sekali, tapi kalau nak cuci mata sahaja.. Saya tolak awal-awal ya." Balas Fauzan dengan senyumannya terukir. Kakinya mula melangkah menuju ke anak tangga menuju ke biliknya.

"Kenapa cakap macam tu Haris?" Puan Farida melihat anak ketiganya yang menaiki tangga.

"Haris tak minat nak jaga budak perempuan yang tau bercinta." Balasnya tanpa melihat kearah mamanya. Kakinya langsung menaiki dan ingin masuk ke dalam biliknya dengan segera.

Fauzan tidak hiraukan kata-kata mamanya dia lanjutkan sahaja kakinya menuju ke biliknya. Sementara tiba di depan biliknya dia ternampak seorang lelaki dan seorang perempuan yang baru keluar dari bilik di hujung sana. Dia hanya senyum kepada pasangan suami isteri itu sebelum menghilang diri ke dalam biliknya. Dia keluhannya perlahan, sebelum menuju ke meja belajarnya. Bingkai gambar di atas meja belajarnya di capai, Dia senyum melihat tiga sekawan yang lagi senyum. Matanya hanya tumpu seorang gadis yang berada di tengah. Senyuman milik Waney membuatkan jantungnya berdegup. Gambar Dania, Waney dan Damia yang dia dapat dari Dania dua bulan lepas dia langsung cuci gambar ini dan di letak dalam frame. Senyuman mati apabila pintu biliknya di ketuk oleh seseorang, dengan malas dia menuju ke pintu biliknya dan buka sedikit melihat seseorang yang ganggunya.

"Abang. Kak Dania datang tak malam ni?" Suara milik Farisya adik bongsunya.

"Entah, nanti dia muncul lah kalau dia datang. Yang kau kenapa tetiba tanya pasal dia?" Fauzan jeling sekilas adiknya sebelum membuka pintu biliknya untuk adiknya.

"Tanya pun tak boleh." Balas Farisya dengan senyuman. Kakinya mengikut langkah abangnya, dia duduk di birai katil sambil melihat abangnya yang lagi duduk di meja kerjanya sambil memandangnya.

"Kau ada apa? Aku tak ada mood nak cakap dengan kau." Fauzan bersuara apabila melihat adiknya hanya meneliti biliknya. Macam tak pernah masuk bilik aku pula budak ni.

"Ala abang ni. Nak lepak dengan abang pun tak boleh ke?" Tanya Farisya dengan cebikan di bibirnya.

"Kalau tak ada apa kau nak cakap, baik kau keluar ja. Aku nak mandi ni." Balas Fauzan yang sedikit rimas.

"Eh? Tu gambar kak Dania kan?" Farisya mula bangun dan menuju ke arah abangnya. frame di atas meja belajar abangnya di capai.

"Ni siapa? Sya tak pernah kenal pun dia ni abang?" tanya Farisya lagi.

"Wajah dia macam Doll lah abang. Cantik gilaaa." Farisya senyum riang melihat wajah milik Waney yang seperti patung.

"Itu lah Waney yang abang selalu cerita dekat kau." Balas Fauzan dengan senyuman. Matanya melihat adiknya yang turut kagum dengan kecantikan perempuan pujaannya.

"Wah.. Patutlah abang tak pandang langsung anak kawan-kawan mama dulu." Farisya mula faham kenapa abangnya selalu tolak anak dato' datin yang datang dulu.

'Lepas lagi lah mama nak dapat calon menantu anak dato'.. Abang dah ada calon yang 3x ganda lebih cantik dari anak mereka tau mama.' Farisya bisik diri sendiri.

"Memang lah. Dia first love abang kot." Balas Fauzan dengan senyumannya masih mekar.

"Kenapa tak bawa jumpa mama?" Farisya duduk semula di birai katil bujang abangnya.

"Dia susah untuk di pikat lah Sya. Dia lebih suka study dari bercinta."Balas Fauzan yang sedikit kecewa.

"Alaa abang. Bercinta lepas kahwin lagi bagus tau. Bagus juga kak Waney tu, lebihkan belajar dari bercinta cintun ni." Balas Farisya dengan sengihan di bibirnya.

"Sekurang-kurangnya, dia tak seperti anak-anak kawan mama and papa." Farisya senyum kepada abangnya sebelum dia bangun dari katil.

"Tapi kan abang.. Perempuan macam akak Waney tu, mesti ramai yang suka kan?" Farisya pandang abangnya beberapa saat sebelum dia melangkah keluar dari bilik abangnya.

"Sebenarnya, ramai yang bencikan dia Sya." Fauzan bisik pada dirinya. Matanya masih menatap wajah Waney yang senyum manis di dalam frame.

'Saya sentiasa bersama dengan awak, walaupun dengan jarak yang jauh.' Matanya masih tumpu di wajah Waney sebelum matanya melihat smartphone di sebelah frame. Senyumannya terukir apabila dia membuka skrin handphonenya. Terpampar gambar Waney yang lagi duduk sendiri di dalam cafe.

次の章へ