webnovel

Bah. 13: Don't fight the feeling

Aisyah menyedari perubahan riak wajah Haris kepadanya selepas aktiviti itu. Haris kelihatan suram dan dingin kepadanya membuatkan dia rasa bersalah atas usikannya itu. Dia berjalan mendampingi Haris.

"Marah, ke?" soal Aisyah ketika mereka berjalan bersebelahan saat mereka menuju ke lokasi aktiviti yang seterusnya.

"Taklah," balas Haris bersahaja.

"Pasal apa yang saya katakan tu, ..." ujar Aisyah yang cuba memperjelaskan kata-katanya sebelum ini.

"Aku tahu, it's just a prank." Haris menyampuk dan memberhentikan Aisyah dari memperjelaskan hal itu dengan lebih lanjut.

"A~~, doktor tahu." Aisyah berkata lembut dan terselit rasa serba salah kerana telah mempermainkan Haris.

"I'm knew it. What I expecting to?" gerutu Haris dalam fikirannya saat mendengar Aisyah mengiyakan kata-katanya. Terselit kehampaan di wajahnya namun dia cuba berlaku tenang dan bersahaja.

"Sorry, doktor." Aisyah mengucapkan maaf akan kelakuannya itu yang mungkin menyinggung perasaaan Haris.

Haris tidak berkata apapun. Mereka berjalan beriringan untuk seketika tanpa bersuara dan suasana kekok timbul di antara mereka.

Tiba-tiba, Haris memanggil lembut akan Aisyah dan memecahkan suasana canggung itu, "Aisyah, ..."

"Huh..." ujar Aisyah lalu menoleh dan menatapi wajah Haris sambil menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Haris.

"Tak apalah,"dalih Haris selepas dia sedar kata-kata yang akan diucapkannya itu akan menimbulkan kecanggungan antara hubungannya dan Aisyah kelak.

"Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena, ke?" tanya Aisyah yang bimbang akan Haris.

"Tak ada. Tak ada apa," ujar Haris yang cuba menyembunyikan niatnya itu.

"Kalau aku tanya pasalnya, dia pasti akan denied. Tapi kalau aku katakannya, nanti dia awkward dengan aku, macam mana?" comel Haris dalam fikirannya. Dia berniat untuk menanyai Aisyah tentang anggapannya mengenai Hakim sama dia menganggap Hakim sekadar teman atau lebih daripada itu. Tapi dia membatalkan niatnya selepas memikirkan kemungkinan yang terjadi jika dia mengatakannya.

Haris hanya menatapi wajah dalam diam. Akhirnya, mereka tiba di lokasi yang seterusnya. Mereka tiba di kawasan untuk permainan paintball shooting.

Saat mereka mendaftar masuk, mereka disapa sekumpulan pekunjung lain.

"Hai, nak join kami as the opposite team since you guys juga ada 5 members too?" sapa seorang dari mereka yang mengenakan kemeja Hawaii bercorakan bunga-bungaan.

Kebetulan sekumpulan pekunjung lain itu sedang memerlukan pemain lain sebagai pasukan lawan kerana mereka berkeras tidak mahu berpecah ke dua kumpulan lain yang akan menyebabkan mereka membentuk kumpulan yang terlalu kecil dan satu darinya akan kelebihan seorang ahli.

"Why not?!" balas Aisyah bersemangat dan tersenyum manis serta ceria.

"Alright!" ujar lelaki berkemeja Hawaii itu sambil menjabat tangan Aisyah sebagai tanda menyokong kerjasama mereka itu.

Selepas mereka mengenakan seragam pemain, mereka berkumpul di pintu masuk gelanggang permainan itu. Mereka berbaris menghadap pasukan lawan dan saling bertentangan mata dengan penuh persaingan.

"Hei, awek?! I'm Bobby. You?" sapa gerangan yang mengenakan kemeja Hawaii tadi yang berdiri di tengah-tengah dan bertentangan dengan Aisyah.

"Aisyah," jawab Aisyah bersahaja.

"Aku Hakim," laung Hakim kasar yang tergugat dengan usikan nakal Bobby terhadap Aisyah itu.

"OOPS! Your bf got jelly," sindir Bobby sambil tersengih sinis kepada Hakim.

"We just friend," balas Aisyah selamba tanpa berfikir panjang.

Haris tersengih saat mendengar pengakuan Aisyah itu.

"Whatever. By the way, this Aiman, Syukri, Fikri, and Sarah. Semua are single-mingle kecuali Fikri and Sarah. You knew what I means," ujar Bobby dengan nada bergurau.

"Kamipun is bunch of singles." Aisyah berkata selamba sambil tergelak kecil.

"Ini Finna, Haris and Amir." Kemudian Aisyah turut memperkenal ahli pasukannya.

"Amir ni, macam familiar. Macam Amir dari band Pandemics (Pan de mics). Kan?" tanya Sarah sambil melihat gerangan Amir dengan lebih dekat.

Kumpulan band Pandemics atau dengan nama lainnya Pan de mics yang bermaksud 'Bread of mics' yang diilhamkan oleh Amir yang merujuk kepada roti dari mikrofon yang bererti rezekinya diperolehi dengan musik yang dinyanyikan dan dilaungkan dengan kuat di mikrofon selama ini. Sebelum dia mencipta nama sebagai penyanyi yang terkenal, dia hanyalah penyanyi kugiran jalanan yang terpaksa mengikat perut dengan makan roti setiap hari. Dari situ, dia mengilhamkan nama kumpulannya.

Namun, nama lain kumpulan Pandemics lebih disukai oleh syarikat rakamannya begitu juga dengan peminatnya. Pandemics yang bermaksud wabak yang menyebak meluas sehingga ke pelosok dunia. Justeru, nama Pandemics pada kumpulannya bermaksud mereka akan memelopori dunia seperti pandemik dan lebih dikenali serta digemari oleh pendengarnya.

"Tajamnya pelihatan dia. Dia boleh cam kau dengan sekali jumpa je," omel Aisyah sambil menoleh ke Amir di hujung barisan itu,

"Ini mesti peminat setia, kan?" soal Aisyah sambil tersengih-sengih.

"Jadi betullah ni, Amir??" tanya Sarah dengan penuh keterujaan.

"Aku yang bersama-sama dia selama beberapa hari kat Balipun, tak cam dia. Sampailah kami balik KL. Baru aku tahu dia artis terkenal. Stupid me. Dengar lagu mereka tapi tak pernah tahu rupa penyanyinya. Bengap," gerutu Aisyah dalam fikirannya saat mengenangkan dirinya yang tidak mengetahui Amir sebagai penyanyi lagu-lagu yang selalu didengarinya.

Amir hanya tersenyum kekok.

"Sarah, nanti after game, boleh selfie dengan Amir. Sekarang jom kita main dulu," ujar Aisyah sambil memintanya kembali ke pasukannya.

"Okey, jom kita memulakan game kita!" laung Aisyah bersemangat.

Mereka memasuki gelanggang dan mendapatkan tempat di kubu masing-masing. Permainan bermula.

次の章へ