webnovel

Bah. 6: Goyang ditiup bayu santai

Aisyah menjemput Haris seperti yang dijanjikan. Haris mengarahkan Aisyah memandu ke uptown dan Aisyah memarkir kereta sambil bertanya kerana kehairanan, "Doktorpun, suka lepak kat situ, ke?"

Aisyah tidak menyangka Haris turut mengemari kawasan seperti itu dan sama dengan citarasanya.

"Haah. My friend always bring me there," jawab Haris yang terkenang akan saat-saat dia meluangkan masa bersama-sama rakannya itu. Terlihat di wajahnya terselit kerinduan akan gerangan itu. Mereka mendapatkan duduk di sebuah kedai makan.

Aisyah segera membuat pesanan, "Dua char kuey teow seafood, sayur campur goreng satu, kurang minyak tau."

"Macam biasa, pastikan tak ada daging lembu dan seangkatannya." Aisyah memberikan perincian lagi untuk pesanannya.

"Okey," balas pelayan kedai itu.

Haris terdetik suatu ingatan saat mendengar Aisyah membuat pesanannya ke pelayan kedai itu. Dia terkenang akan ingatannya bersama-sama kawannya itu.

"Minum?" tanya pelayan itu lagi.

"Air teh o suam satu," balas Aisyah sambil mendapatkan pesanan dari Haris pula, "Doktor?"

"Sama," balas Haris sebaik tersedar dari lamunannya.

"Aisyah, kau order benda yang sama macam kawan aku tu." Haris berkata dengan bersahaja.

"O~, ya?" soal Aisyah yang tidak mempercayai kata-kata Haris itu.

"Sebab Luq..." ujar Aisyah yang hampir memberitahu Haris akan arwah tunangnya itu namun sempat dihentikannya.

"... Luqman yang selalu order macam tu setiap kali kami datang makan kat sini after work," sambung Aisyah hanya di dalam hatinya.

"Luq? Siapa?" soal Haris yang tertarik dengannya sebaik Aisyah tersasul tentangnya.

"Tak ada siapa. Kawan lama," ujar Aisyah pantas dan cuba menyembunyikannya.

Mereka menantikan pesanan mereka dan suasana antara mereka kekok kerana tiada bahan untuk mereka bualkan. Tiba-tiba, mereka disapa seseorang.

"Aisyah?" sapa seorang lelaki.

Aisyah menoleh ke gerangan yang memanggil namanya itu.

"Wei, Hakim!" seru Aisyah yang tidak dapat menyembunyikan keterujaannya sebaik mengecam Hakim.

"Aisyah! Lepak tak ajak aku," tegur Hakim sambil mendapatkan duduk di kerusi di sisi Aisyah.

"Mana ada aku lepak?! Aku teman bos aku makan ni," jelas Aisyah.

"Bos kau? So, ini, ke, bos baharu kau tu?" ujar Hakim sambil mengamati gerangan yang duduk di hadapan Aisyah itu.

"Ini ke, bos kau, yang annoying tu?" bisik Hakim di samping Aisyah namun masih mampu didengari oleh Haris.

"Haah," balas Aisyah dengan berbisik juga.

"Annoying? Aku annoying?" sungut Haris dalam fikirannya.

"Hai, aku Hakim! Kau mesti Doktor Haris," ujar Hakim memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Haris.

Haris mencapai tangan Hakim dan menggenggam eratnya sambil berkata, "A~~, hai!"

Mereka saling merenung tajam mata antara satu sama lain dan suasana antara mereka terasa tegang dan dingin.

Mereka menikmati makan malam bersama-sama. Hakim dan Aisyah rancak berbual sesama mereka dan membuatkan Haris terasa disisihkan serta kekok duduk semeja dengan mereka. Dia turut merasakan dirinya seperti orang ketiga antara mereka berdua dan terselit bibit iri dalam dirinya melihat kemesraan antara mereka.

Tiba di rumah, Haris mencampak topangnya ke tepi dan berjalan sendiri terinjut-injut tanpa topangnya ke biliknya. Sebaik memasuki biliknya, dia menutup pintu bilik dengan menghempas keras pintu itu akibat kegemasan. Dia melambungkan badannya ke atas katil.

Dia bersungut mengenangkan keakraban Aisyah dan Hakim itu serta segala prasangkanya tentang perkara yang telah diceritakan oleh Aisyah mengenai dirinya selama ini kepada Hakim.

Aisyah yang baru memasuki rumah, kaget ketika Haris menghentap pintu itu. Dia kehairanan dengan kelakuan Haris malam itu. Kelakuan 'mood-swing'nya semakin tidak menentu. Dia memasuki biliknya dan merehatkan badannya yang terlalu penat itu kerana perlu melayani karenah Haris yang bermacam rupa itu.

次の章へ