webnovel

Bah. 3 : Mengghaib...

Malah, dia memeriksa semua laman sosial kakaknya. Dia memeriksa Instagram, Facebook, Twitter dan Whatsapps kakaknya. Namun, semua tiada yang menunjukkan ke keberadaan kakaknya.

"Along, tak jawab call. Tak balas mesej, Whatsapps, Telegram. Dah PM (private message) kt IG, FB and Twitter dia. Maybe dia dah block call Angah ni. Langsung tak berjawab ni," kata Angah hampa selepas gagal menghubungi kakaknya.

"Ibu, ayah, Su, jomlah balik. Kehilangan Abang Luqman secara tiba-tiba ni maybe membuatkan Kak Long sedih sangat itu. Jadi, Along mungkin perlu masa untuk terima kenyataan dia dan Luqman memang tak ada jodoh," ujar Angah.

"Ya tu. Marilah kita balik dulu. Mungkin nanti dia telefon kita apabila fikirannya sudah tenang. Mari kita balik dulu," ajak ayah.

Ibu mengalah juga akhirnya. Mereka kembali ke hospital untuk mengambil barang-barang Aisyah dan menguruskan prosedur keluar wad walaupun Aisyah sudah melarikan diri daripada hospital.

Mereka balik ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan, mereka membisu. Semua senyap. Tiada yang berani untuk memulakan perbualan malah mereka tiada idea untuk dibualkan.

"Senyap saja semua. Aduhai, nak tanya atau tak ini?" bisik Angah di dalam hati.

"Tak payahlah. Nanti semua sedih pula," bisik Angah untuk menangguhkan persoalan yang bermain-main di fikirannya.

Mereka sampai di rumah dengan sedih dan hampa.

Suria berlari ke ruang tamu. Dia cepat-cepat menekan suis 'on' pada televisyen. Dia menonton rancangan kartun seperti biasa. Dia berkelakuan seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. Ibu yang melihat kejadian itu hanya mampu mengangguk kerana kanak-kanak seusia itu masih belum memahami keadaan yang berlaku walaupun berpetah berkata-kata.

Ibu duduk di sofa. Dia melihat setiap inci ruangan di ruang tamu dipenuhi jejak Along. Kraf tangan yang dihasilkan oleh Along menghiasi setiap ruang yang ada. Anaknya itu walau kadang-kala terlihat kasar dan lasak namun sangat lembut hatinya. Tiada apa yang dia tidak mampu lakukan.

"Along, apalah yang berada di fikiranmu?" Persoalan itu bermain di fikiran ibu.

Ibu berdiri di hadapan gambar keluarga dan merenungnya dengan lama.

"Kenapa Along buat macam ni?" jerit ibu tiba-tiba dan diikuti dengan tangis teresak-esak. Tiba-tiba ibu rebah. Ibu terduduk di atas lantai sambil badannya tersandar ke sisi sofa.

"Ibu, kenapa ini?" tanya Angah.

Ayah cepat-cepat mengangkat ibu ke bilik.

"Biarkan ibu rehat dulu. Dia tertekan sangat tu. Biar ibu bertenang dulu. Angah dan Su tolonglah apa yang patut. Jangan lupa masak makan tengah hari. Mungkin selepas bangun ibu akan lapar, jadi pastikan ibu makan sebaik bangun daripada tidur," arah ayah.

"Helo, assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Datin Julia?" ujar ayah menelefon seseorang.

"Ya, saya sendiri yang bercakap. Ini siapa, ya?" tanya Datin Julia yang hairan dengan panggilan daripada nombor tidak dikenali.

"Eh, Datin dah padam nombor telefon saya, ke? Saya, ayah Aisyah, Jamal. Saya cuma beritahu Datin Aisyah dah sedar dari koma." Ayah Aisyah memaklumkan perkhabaran itu.

"Ya. Itu saya tahu," balas Datin Julia.

"O~, jadi Datin ada melawat Aisyah, ke?" tanya ayah.

"Manalah saya tahu. Anak saya dah mati. Kenapa dia nak jumpa saya lagi?" bentak Datin Julia.

"Saya sudah tak nak ada hubungan dengan dia dan keluarga Encik Jamal, ya? Jadi, tolong jangan ganggu saya lagi. Saya menyesal merestui hubungan mereka," kata Datin Julia lagi dengan berang yang terus memutuskan panggilan itu.

"Orang kaya sombong. Macam manalah Luqman yang baik tu, boleh ada ibu macam dia? Kasihan Aisyah. Nasib baiklah Aisyah tak jadi menantu kepada orang sebegitu," bisik ayah di dalam hati.

"Bagus, Aisyah. Kau ikut apa yang aku suruh. Apa yang penting kau dah pergi jauh daripada kehidupan aku. Aku tak sudi lihat pembunuh macam kau!" ujar Datin Julia dengan megah dan bongkak.

Datin Julia merenung gambar anak tunggal dan kesayangan itu. Dia merasakan kepergian anaknya itu sangat menyakitkan. Anak yang begitu baik dan mengambil berat tentang dirinya kini sunyi. Kini hidupnya terlalu sepi tanpa anaknya yang begitu ramah.

Tiba-tiba gambar tersebut terlepas daripada tangan. Bingkai dan cerminnya berderai. Gambar itu terpisah daripada bingkai. Datin Julia mengambil gambar itu sambil membersihkan cebisan kaca di gambar itu.

Dia menyedari ada tulisan yang tercatat di belakang gambar itu. Dia pantas mendapatkan cermin matanya.

"Mama, Luqman akan sentiasa tersenyum untuk mama. Luqman akan ada sentiasa dalam ingatan mama, okey?" kata Datin Julia yang membaca catatan kecil itu.

"Luqmanku sayang, kenapa tinggalkan mama? Mama sedaya upaya memastikan kamu terus sihat dan gembira. Dulu, mama berjaya. Tapi, sekarang…" katanya yang terhenti apabila terkenang suatu peristiwa.

Tangannya tiba-tiba menggelentar.

Dia berusaha untuk membersihkan serpihan kaca yang bertaburan di lantai. Dengan tangannya yang tergentar-gentar, dia terluka ketika memegang serpihan kaca itu. Darah mengalir deras. Darah tidak berhenti-henti menitik. Datin Julia menangis teresak-esak. Dia teringat akan anaknya. Luqman sentiasa akan muncul apabila sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang pantas berlari mendapatkan Datin Julia.

"Datin, kenapa ini?" tanya lelaki itu.

Dia mendapatkan sapu tangan dari kocek seluarnya. Dia mengikat sapu tangan itu pada luka tersebut. Datin Julia memandang lelaki itu dengan harapan itu adalah anaknya.

"Baiknya budak ini. Rasanya dia ini kawan Luqman yang datang waktu pengebumian arwah. Dia inikah yang Luqman ceritakan dulu, ya?" bisik Datin Julia.

"Datin, tak apa-apa," tanya lelaki itu.

"Kamu…?" kata Datin Julia yang kebingungan.

"Maafkan saya, Datin. Tadi, saya tanya bibik tentang Datin. Bibik kata Datin di bilik dan sudah tiga hari tak makan. Itu saya risau dan terus terjah masuk bilik Datin. Maafkan ketidaksopanan saya ini," ujarnya.

"Sebabnya, saya datang untuk menyampaikan sesuatu tapi selepas Datin makan, boleh?" ujar lelaki itu lagi.

***

Aisyah keluar dari terminal ketibaan dan melihat seseorang yang menantikan ketibaannya dengan kadbod yang tertulis 'Selamat datang ♥Luqman dan Aisyah♥'. Ketika itu, dia baru teringat akan tempahan hotel yang dibuat untuk bulan madunya itu.

"Assalamualaikum, bapak. Saya Aisyah yang bapak nantikan." Aisyah menyapa gerangan yang menantikannya.

"Selamat datang, Bu Aisyah ke Bali. Bapak Luqmannya di mana, ya? Kok, engak kelihatan sih?" sapa penyambut pelancong itu.

"Dia, ..." ujar Aisyah terhenti kerana buntu memikirkan sama ada ingin memberikan jawaban yang sebenarnya atau dirahsiakan.

"Oh, ini pasti Bapak Luqmannya!" kata penyambut pelancong itu sebaik seseorang mendekati Aisyah dari belakang.

"Aisyah, awak tertinggal buku ni dalam flight tadi," sapa lelaki itu yang merupakan Hakim.

"Eh, dia bukan..." ujar Aisyah terhenti untuk memberitahu bahawa lelaki itu bukan lupa apabila disampuk oleh Hakim.

"Mana bapak tahu nama saya Luqman?" sampuk Hakim yang juga kaget.

"Bapak ini bukannya Luqmanul Arif bin Murshid?" soal penyambut pelancong itu.

"Bukan, namaku Luqmanul Hakim bin Murshid." Hakim menjawab.

"Apa ada kesilapan, ya? Maapin, ya? Mungkin ada kesilapan teknikal oleh pihak pengurusan," jelas penyambut pelancong sambil memeriksa buku catatan.

"Wah, nama mereka sangat similar. Pelik," comel Aisyah dalam fikirannya. Aisyah hanya berdiam diri dengan situasi itu kerana dia buntu tentang apa yang perlu dia lakukan bagi memperbetulkan keadaan itu.

Dia hanya tersenyum dengan situasi itu.

"Apa-apa jelah. Bapak, ayuh kita segera pergi ke hotelnya." Aisyah tiba-tiba bersuara.

"Awak, jomlah." Aisyah mengajak Hakim untuk ikut sama dengannya ke hotel.

"Serius ni?" soal Hakim seolah tidak percaya dengan ajakan Aisyah itu.

"Ya, jomlah." Aisyah mengiyakan soalan Hakim itu.

Hakim dan Aisyah duduk di tempat duduk di belakang. Mereka membisu seribu bahasa. Aisyah memandang telefon. Dia melihat gambar Luqman yang masih menjadi paparan utama di skrin telefonnya. Dengan pantas dia menukar paparan utamanya.

"Maafkan saya, Luqman. Saya tak sanggup nak tengok wajah awak lagi. Tapi tak bermakna saya jemu atau bencikan awak, cuma saya dah tak tahan dengan rasa bersalah ini. Tolong saya hapuskan semua ini," bisiknya dalam hati dengan penuh rasa sebak. Matanya berkacakan air mata.

"Saya akan tetap sentiasa mencintai awak. Awak adalah cinta pertama saya dan akan menjadi cinta terakhir saya. Saya tak mampu untuk mencintai lelaki lain selain awak, Luqman. I'm so sorry," bisiknya lagi dalam jenak mindanya.

Dia memandang sekeliling dan pemandangan di sepanjang perjalanan mereka itu dengan sebak yang menyesakkan dan mata yang berkacakan air mata. Dia menghembuskan nafas penuh lelah.

Hakim sesekali mencuri pandangannya kepada Aisyah. Dia dapat melihat kesedihan yang menghantui Aisyah itu.

"Oh ya?! Bapak Luqman. Selepas kita hantar barang ke vila, saya akan hantar bapak ke tempat sewa mobil seperti yang bapak request sebelum ni," beritahu penyambut pelancong itu.

Hakim terkejut dan segera mengalih pandangan ke penyambut pelancong yang sedang memandu dan menjawab, "Oh, okey."

Dia menoleh dan memandang ke arah Aisyah untuk mendapatkan suatu kepastian mengenainya. Mata mereka bertentangan.

"Apa?" soal Aisyah.

"Tak ada apa," balas Hakim.

Lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di vila. Selepas mendaftar masuk ke vila tersebut, mereka beransur berjalan ke vila mereka diiringi oleh penyambut pelancong itu. Kemudian penyambut pelancong itu membiarkan mereka melawati vila itu dan memberitahu mereka yang dia akan menunggu di lobi sementara mereka mengelilingi vila tersebut.

"So, vila ni ada beberapa bilik. So, awak bolehlah menginap je dengan saya kat sini," ujar Aisyah yang cuba menghilangkan rasa canggung antara mereka.

"Awak nak saya menginap satu vila dengan awak. Awak tak rasa insecure, ke?" soal Hakim yang seolah tidak percaya dengan pemikiran gadis itu.

"Saya rasa awak seorang baik. Jadi, saya rasa awak takkan buat benda-benda yang tak baik kat saya, kan?" ujar Aisyah dengan mukanya memimik wajah tidak pasti.

次の章へ