webnovel

5 ♡.

" Jadi macam mana dengan Hakim dia sihat tak " soal Aiddil terlebih dahulu .

" Alhamdulilah sihat je oh ya dia kirim salam dekat kau "-Saerah

Danish yang mendengar hanya menelan air liur . Bermakna betulla dia tiada peluang untuk mencuri hati Saerah ? Akhirnya makanan yang dipesan kini sudah tiba dan mereka makan tanpa mengeluar kan suara .

Saerah minta untuk pulang terlebih dahulu atas ada urusan yang perlu dia selesaikan . Danish kini lebih kelihatan muram + tertekan . Seumur hidup Aiddil ini adalah kali kedua dia melihat Danish begini . Pertama di saat Danish kehilangan orang yang dia sayang dan kedua adalah situasi sekarang ini .

Bagi Aiddil ini hanya lah permulaan masih banyak lagi perjalanan yang perlu Danish jalani jika dia mahu mendapatkan kembali Saerah . Janji Aiddil hanya satu iaitu kembali kan mereka sebagai " sahabat " bukan sebagai kekasih . Bagi Aiddil Saerah tidak layak untuk Danish bukan maksud Aiddil Danish yang tidak layak untuk Saerah . Bukan tidak menyokong tetapi Aiddil sudah melihat pelbagai kesengsaraan yang di alami Saerah .

Sebulan kemudian

Maaf kena cepatkan masa sebab ini short story .

Aiddil masih sama meneruskan planning yang dia sudah plan dari awal dan harini mereka akan berjumpa buat kali kedua selepas sudah bertahun tidak bertemu secara bersemuka . Bukan Saerah tidak pernah melihat atau berjumpa dengan Danish cuma hanya Danish sahaja yang tidak mengetahui .

11 tahun lalu .

SAERAH ♡ ³

Jumpa aku dekat tempat biasa pukul 5 petang √√

Chat yang masuk aku pandang seimbas . Pelik tiada angin tiada ribut kenapa tiba-tiba nak jumpa pula ni .

" Jangan bawa Danish or chat dia yang kau nak jumpa aku " -SAERAH ♡ ³

Memang sah dia ada masalah . Tanpa membuang masa aku bersiap-siap untuk bertemu dengan Saerah satu-satunya sahabat perempuan aku .

Setibanya aku di tempat yang sering kami berjumpa aku melihat satu sosok wanita yang sangat aku kenali dia ialah Saerah . Tapi wajah dia tidak mengambarkan dia sedang gembira mahupun sedih . Hanya kosong tiada sebarang reaksi dari dia . Tapi mengapa apa yang menganggu dia sehingga dia nampak sebegitu rupa .

" Saerah " panggilan ku dibiar kan begitu sahaja . Tanpa membuang masa aku terus duduk di sebelah dia . Tiba-tiba aku mendengar suara esakan . Takkan lah pagi-pagi dah ada hantu ? . Eh bukan tapi suara esakan itu adalah dari Saerah . Mengapa dia menangis .

" Kenapa dia buat aku macam ni ? Kenapa dia layan aku baik baik dan akhirnya dia pergi ? Kenapa dia biarkan aku bertepuk sebelah tangan ? Salah aku ke letak harapan dekat dia ? Adakah dia hanya menjadikan aku sebagai tempat persinggahan dia ? Tapi kenapa ? Kenapa Aiddil kenapa ? Kenapa suka akhirnya jadi duka ? "

Pelbagai soalan yang diberikan oleh Saerah berserta dengan esakan tangisannya . Aiddil tercengang dengan persoalan yang diberikan oleh Saerah . Apa sebenarnya yang menganggu jiwa dia sehingga dia jadi macam ni . Selama Aiddil berkawan dengan Saerah tak pernah sekali pun dia mendengar keluhan dari si gadis itu . Tapi harini dia mendengar segala keluhan dari si dia .

Aiddil memberi ruang untuk Saerah meluahkan segalanya . Dia tidak faham isi hati wanita itu . Dia juga tidak tahu untuk memujuk . Jadi lebih baik dia berdiam terlebih dahulu dan hadam dengan apa yang cuba di luahkan oleh si gadis tersebut .

" Aiddil aku ni tak layak ke untuk dia ? Aku ni terlalu naif ke sebab mudah letak harapan dekat orang yang baru aku rapat ? Aku ni bodoh sangat ke Aiddil ? Aku tak cantik ke untuk dia ? Aiddil aku salah apa sampai dia buat aku macam ni ? Aiddil a-akkku aku sayang dia " akhirnya tangisan yang cuba Saerah sebunyikan kini sudah pecah seakan apa yang dipendam terluah dengan baik walaupun perit .

Aiddil masih tidak faham siapa sebenarnya ' dia ' gelaran yang diberi oleh Saerah . Kenapa begitu kejam nya ' dia ' buat dekat wanita yang sangat naif ini . " siapa dia ' dia ' tu yang kau kata " dengan penuh berhati-hati Aiddil bertanya .

Saerah mula menarik nafas . Dia perlu kuat . Ya ! Dia perlu kuat ! Dia tak boleh kelihatan lemah di depan lelaki ini .

" Danish " jawab Saerah dengan senyuman dalam tangisan .

Bugh

Aiddil seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia dengar . Takkan lelaki itu sanggup melukan hati wanita yang dia sayang tapi bagaimana dan mengapa hal sebegitu berlaku . Pelbagai persoalan bermain di minda Aiddil .

" Aiddil " -Saerah

" Y-ya " -Aiddil

" Kau boleh tolong aku " tanya Saerah sambil tersenyum .

" insya-Allah apa dia " -Aiddil

" If one day Danish bertanya tentang aku tolong jawab aku okay walaupun sebenarnya aku tak okay " -Saerah

Aiddil hanya mengangguk kenapa semua ini berlaku dan selama itu dia melihat bertapa sengsaranya Saerah untuk melupakan satu satunya lelaki yang berjaya buat dia jatuh terduduk .

Kembali ke realiti

Masih tiada perubahan yang berlaku Saerah dengan dunia dia dan manakala Danish juga turut berada di dalam dunia dia . Aiddil ? Dia hanya tersenyum melihat kerenah sahabatnya itu . Waras ke tidak Aiddil sebenarnya ni ?

Tahu tahu saja sudah sebulan berlalu tetapi masih tiada perubahan . Pada pagi ini Danish ada meeting bersama company AH dan sudah semestinya dia perlu pergi walaupun dia masih dalam dunia nya .

Kini Danish sudah berada di hadapan company's AH . Melihat sahaja company ini sudah membuatkan dia teringat dengan kejadian dimana sepasang kekasih yang kelihatan sangat serasi sedang bergembira . Hatinya kembali sedih .

" Jom " -Aiddil

Dengan bismillah dan mulakan dengan langkah kaki kanan akhirnya Danish gagahkan diri untuk masuk ke dalam company tersebut . Setibanya di bilik meeting yang khas oleh company tersebut terlihat satu sosok yang danish amat kenali . Dia adalah Hakim .

Tok...tok...tok...

" Assalamualaikum , sorry bos saya ambil masa untuk datang ke sini "

Sekali lagi suara yang berada dipintu masuk mengambil minat Danish untuk melihatnya dan alangkah terperanjatnya dia itu adalah suara orang yang dia nak sangat tegur .

次の章へ