webnovel

Chapter 51 : Resah!

Siaran di televisyen tidak dihiraukan, malah apa yang berkumandang darinya tidak didengar kerana fikirannya menerawang ke perkara lain. Mana tidaknya sudah masuk jam 10 malam, namun khabar berita dari gadis itu tidak didengarnya sejak siang tadi.

Jenuh dia menunggu Naera menemui dia untuk makan tengah hari. Tetapi gadis itu bukan saja tidak muncul malah panggilannya turut di reject. Pesanan ringkasnya jangan di tanyalah. Kalau panggilan sudah tidak berjawab, memang tidak berbalas la pesanan yang di hantarnya!

Berasa jengkel dengan perasaan resahnya, Kade capai telefon dari meja kopi dan berniat untuk menghubungi Naera. Namun baru sahaja dia mahu menyentuh butang hijau pada skrin, pintu apartment terbuka.

Naera berjalan masuk ke dalam apartment dengan mata terarah pada lantai dan langkahnya menyeret malas.

"Mana awak dah pergi?"soal Kade serta merta bangun dari sofa dan menghadap Naera.

Tidak menghiraukan pertanyaan itu, Naera terus gerak menuju ke bilik tidurnya. Dia tiada mood hendak bercakap dengan Kade selepas apa yang dia tahu siang tadi. Lelaki di depannya ini bukan lagi kawan dia!Tetapi lelaki asing yang berhutang nyawa dengan dia!

"Naera!"panggil Kade apabila dirinya tidak di hiraukan. Dia ikut akan langkah Naera. Berasa hairan dengan layanan dingin yang diberikan. "Awak dengar tak saya tanya ni?"

Seinci sebelum Naera sempat mahu memegang tombol pintu, pada masa itu la bahunya di pegang dan tubuh dia dipaksa berpaling ke belakang semula oleh Kade. Bersemuka saja dia dengan Kade, renungan benci terus terarah pada lelaki itu.

"Kenapa dengan awak ni?"soal kade dengan kening mencerlung.

Kasar-kasar Naera tepis tangan Kade dari bahunya. Buatkan Kade tersentak. Air muka lelaki itu berubah kelat.

"Kenapa awak tanya saya?"soal Naera bernada sinis. "Apa kata awak saja yang beritahu saya kenapa dengan saya sekarang ni!"katanya dari balik ketapan gigi.

Kade buat muka.

Benci betul!Naera berpaling semula hendak masuk ke bilik. Dia mahu keluar dari apartment ni!memang tidak la dia nak terus menginap dan satu bumbung dengan pemusnah hidupnya sendiri!

Kade menghalang Naera sekali lagi. Dia kini menghadap pintu itu dan tolak Naera jauh sedikit dari bilik tersebut. "Apa yang tak kena dengan awak ni?Saya tanya awak elok-elokkan?Yang awak nak menyentap kenapa?Awak tahu tak saya risaukan awak sepanjang hari ni."

Naera berdengus mengejek, dia silangkan tangan ke dada dan pandang sinis ke Kade. Kagum dia dengan lakonan lelaki ini Kalau ada anugerah pelakon terbaik. maybe Kade la calonnya. "Apa?Risau?Awak?"soalnya sebelum ketawa buat-buat.

Kening Kade mencerlung tajam. Dia pandang tidak faham. Dah kenapa Naera ni?Tak pernah-pernah Naera nak buat perangai dengan dia. Kenapa tiba-tiba je berubah sikap? "Sesuatu berlaku ke?Kenapa awak macam ni?"

Semakin merinding bengang dia dengar soalan demi soalan yang diajukan Kade. Lelaki ini sudah tahu tapi masih berpura-pura tidak tahu!Such a great actor. Big applause for him. "Shut the f*cked up!"sebutnya.

Membutang mata Kade seperti lelaki itu baru menelan biji durian. "Naera..!"panggilnya bernada tegas.

"Keep all the sh*t out of your mouth. It piss me off! Do you know that?"soal Naera.

"What?"soal Kade dengan terkejut. Mulutnya terbuka sedikit kerana begitu terpempan.

Naera beri renungan 'seriously' kepada Kade.

"Saya tak faham Naera...boleh tak awak jelaskan kepada saya. Apa yang sebenarnya sedang terjadi sekarang ni?Kenapa awak berubah sikap tiba-tiba begini terhadap saya?Saya buat salah apa-apa ke!"

AHA! Muncul pun soalan yang dia nantikan selama ni! Sengih meleret mengejek terjungkit dihujung bibirnya. "Oh...now you ask what your mistake?Habis selama empat tahun ni...apa?Tak sedar langsung apa salah yang awak dah buat?"tanya Naera.

"Hah?"nganga Kade.

"Well...memandangkan awak dah tanya. Biar saya beritahu awak."Naera dekati Kade dan dongak sedikit untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

Terundur Kade dibuat jarak mereka. Dia sedikit demi sedikit undur hingga belakang badannya bersandar pada muka pintu bilik Naera. "A-ada apa ni Naera?"soalnya gementar sendiri tanpa alihkan mata dari renungan dingin Naera.

Dua inci dari muka lelaki itu, Naera pun bersuara. "Saya tahu segalanya Kade Hades. Saya tahu apa yang awak telah lakukan 8 tahun yang lepas"beritahunya.

Seperti langit menghempap diri dan jantung dia mahu gugur dari tangkainya, Kade menahan nafas terkejut dengan mata menjegil bulat merenungan Naera tanpa berkedip buat beberapa saat. Dia buat muka 'oh sh*t' tidak terkawal kerana begitu terperanjat.

"Surprise..suprise."sengih Naera dengan jahat.

次の章へ