webnovel

Chapter 45 : Syarat Bertaruh

Kejam?

Tidak berhati perut?

Atau anak derhaka?

Dia tidak tahu hendak bezakan semua itu lagi. Dan sama sekali tidak mempedulikan semua istilah itu kerana dia sudahpun nekad untuk membuat keputusan ini. Walaupun semua ini ada risiko dan taruhan yang tinggi. Hanya cara ini saja dia dapat selesaikan semua permasalahan yang timbul selama bertahun lamanya.

Bunyi kersikan dari kayu api yang terbakar di perapian memenuhi ruang tamu mewah bercahaya malap dan kelam itu. Bunyi cengkerik dan ungags malam kedengaran dari slidding door yang dibiarkan terbuka menghadap pemandangan kolam renang di luar sewaktu dua orang itu sedang berada diruang tersebut.

Seth meletakkan fail tebal di atas riba Naera sebelum duduk di samping gadis itu. Ya. Dia tahu apa yang dia bakal lakukan akan susahkan hidup ayah dan nama baik keluarga dia. Disebabkan sayanglah dia nekad untuk ambil keputusan ini.

"Apa ni?"tanya Naera dengan kening berkerut. Dia capai fail itu lalu di buka muka depa. Dan ayat pertama yang tercatat pada headline dokumen serta merta buatkan kepalanya tersentak memandang ke sini. "Ini bukan ke-"

Seth mengangguk kepala. "Seperti yang awak perlukan, itu adalah bukti dokumen bahawa ayah tidak pernah lari dari bayar cukai atau penyalahgunaan dana. Catatan akaun serta penyata bank yang original yang ada di fail itu jelas memberitahu bahawa ayah awak adalah seorang lelaki yang jujur dan amanah. Selain tu ada juga di sertakan bukti kesalahan syarikat Caldwell yang telah dilakukan untuk menjatuhkan ayah awak dari hak milikannya di Di Clove."jelasnya dengan nada mendatar.

Nafas Naera tersekat-sekat. Dadanya naik sesak hendak mencari Udara selepas mendengar kenyataan yang ayahnya memang tidak bersalah. Selama ini orang telah mencemuh dan memandang rendah akan keluarga dan ibunya. Selepas penantian selama bertahun lama, akhirnya dapat juga dia peroleh semua bahan bukti ini.

"Jadi selepas ini boleh la awak buka kes ini semula untuk bersihkan nama baik ayah dan keluarga awak. Dengan ini awak boleh ambil alih Di Clove secara sah."tambah Seth lagi sambil termenung memandang ke satu arah tanpa sebab. "Sebagai taruhannya, seseorang perlu menanggung kesalahan ini"

"Apa?"Naera pandang tergamam ke Seth. Fail diribanya itu di tutup sebelum di letakkan ke tepi.

Mata Seth mengerling ke Naera tanpa gerakkan kepala atau badannya. "Ya Naera. Untuk selesaikan kes ini, seseorang perlu di persalahkan."katanya.

Mata Naera mula berkaca. Bibirnya mula terketap nipis dan menggeletar apabila dia dapat rasakan sesuatu tidak akan berakhir dengan baik. "Siapa?"

"Awak rasa siapa?"soal Seth. Takkan la dia hendak letakkan kesalahan ini kepada ayahnya yang tua dan sedang sakit itu?Atau Kade yang selama ini sudi menjadi kambing hitam demi menjaga maruah ibunya?Atau Teressa yang sama sekali tiada kaitan dengan keluarganya sebaliknya mangsa keadaan abangnya saja!

Air mata Naera mula bergenangan dan hendak jatuh keluar dari kelopak. Dia berbelah bahagi. Kini baru la dia menyedarinya. Dia fikir sekiranya dia peroleh bukti dan kenyataan yang dapat bersihkan nama ayahnya semula semuanya akan selesai dan kembali pulih. Tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Tidak kira apa sekalipun yang dia lakukan, ayahnya tidak akan kembali hidup, dan ibunya tidak akan menjadi normal semula.

"Jadi saya dah fikir Panjang mengenai hal ni.."Seth capai tangan Naera lalu diramasnya dengan lembut. Ayah dia tidak pernah terima dia dalam hidup lelaki itu, ibunya tidak akan terima dia sekiranya dapat tahu dia yang bocorkan rahsia ayahnya sendiri. Jadi baiknya biarlah dia saja yang tanggung semua kesalahan ini.

"No..."geleng Naera yang serta merta faham apa yang dimaksudkan Seth. "Awak tak perlu lakukan semua ni"masa itu la air mata jatuh menitisi ke pipinya.

"I need to. Saya perlu tebus semula kesalahan ayah saya...terhadap awak dan ibu awak.."balas Seth. Kalau la Naera tahu alasan sebenar kenapa ayah Naera dilingkupkan dan ibu Naera sakit jiwa. Pasti Naera akan bencikan diri sendiri dan salahkan ayah Naera.

"Saya tak boleh biarkan awak yang dipenjarakan Seth...tolong jangan buat saya macam ni.."terus Naera peluk Seth dan sembamkan muka ke ceruk leher itu. "Pasti ada cara lain..."mintanya dalam keadaan tersedu sedan. Bukan ini yang dia mahukan.

Seth hanya diam membeku sewaktu dirinya di dakap Naera. "Cara lain tu ada, tapi sekiranya saya gunakan cara lain, bukan saja sakit awak tapi saya akan sakiti ramai orang juga...."dari ayahnya kepada ibu dia, lalu Kade yang membawa kepada Teressa lalu diikuti Naera sekiranya gadis ini tahu cerita sebenar mengenai Nadeem dan ibunya.

Naera tidak dapat berkata apa-apa. Dia hanya mampu menangis tanpa suara dari balik pelukan itu. Kalau dia tak buka semula kes, nama baik ayahnya tidak akan dapat dipulihkan. Nasib keluarganya tidak akan terbela dan akan terus menerus di label sebagai penjenayah. Tapi sekiranya dia buka kes ini, Seth yang akan tanggung semua kesalahan yang Seth sendiri tidak lakukan hanya kerana hendak pertahankan ayah Seth.

"Jangan la menangis."pujuk Seth sambil sandarkan tepi mukanya ke kepala Naera. "Awak lakukan apa yang sepatutnya awak lakukan demi keluarga awak. Jangan risaukan saya.."belakang badan Naera di usap olehnya dengan kasih.

Naera eratkan pelukannya pada sekeliling tulang rusuk Seth. Kenapa la susah sangat dia hendak bersama dengan Seth?Ada saja halnya!

Letih!

***********************************

Hey Buddies.

So Tinta nak share something...

Petang tadi Tinta terima email dari Team NP. Serius beritahu, Tinta tak pernah ada niat hendak serius atau komited dalam penghasilan novel. Ianya hanya sekadar hobi saja.

But...tak tahu la macam mana novel Tinta dapat ditemui mereka.

Long short, mereka offer Tinta tentang Unique Reader Program.

Should I join it or not?

Yalah...tinta sendiri tak sure apa maksud program ni. Tinta jenisnya tak suka perkara yang leceh dan rumit.

Maybe some opinion from Buddies?

次の章へ