webnovel

Chapter 28 : Mother of The Son

Bangun dia disambut dengan tilam yang empuk dan suasana hangat di sekeliling ruangan itu. Naera membuka mata dalam keadaan terpisat-pisat buat seketika sebelum terjaga sepenuhnya. Menyedari dimana keberadaannya dimana, dia tidak terus bangun dari perbaringan.

Naera malah hanya baring di situ mengerling sekeliling bilik yang luas dan mewah itu. Katil tempat dia lena adalah king size, bilik itu di lengkapi dengan meja kerja, set sofa, perapian serta tv plasma hitam yang Panjang lagikan mahal. Lalu matanya terarah pada bingkai gambar keluarga yang ada di tepi night stand katil itu.

Ianya gambar Seth dan keluarga lelaki itu. Tak boleh nak tipu, lelaki The Donovan semuanya attractive, tak dari ibu yang cantik, si ayah yang seakan tidak ditelan usia dan dua anak lelaki yang seperti copy paste parents mereka. Tapi sayang.keluarga ini jahat.

SPRANG!

"SAYA MAHU KAMU HENTIKAN SEMUA NI!HENTIKANNYA!!!!"bentak suara lantang yang kuat tiba-tiba. "Kamu benar-benar mahukan semua ni?Hah!"

Terkejut dengan bunyi bising itu, kepala Naera dengan pantas memandang ke arah pintu. Kening terangkat tinggi, matanya terbutang luas. Dah apa pulak tu?

"Cukup Teressa!Jangan nak buat hal dekat sini...kita boleh bincang lain kali!"suara Seth menyusul.

"Bincang apanya?Kamu tak mahu jawab call saya, tak mahu datang bila saya panggil kamu!Dan sekarang kamu telah declare pada ayah kamu sendiri mengenai rancangan kamu untuk bangunkan semula Di Clove dengan pelabur-pelabur berpengaruh tu?Adakah kamu cuba lingkupkan periuk nasi keluarga kamu sendiri!"

Tanpa berlengah Naera turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik itu dengan lekas. Ingin tahu apa yang telah terjadi. Sekali selepas dia keluar, dia didapati berada di tingkat atas, dan Sylas turut berdiri di koridor itu. Buatkan Naera kaku sekejap taktala mata mereka saling bertentangan.

Sylas yang kebetulan mahu turun ke tingkat bawah untuk bersarapan sama terkandas di situ sebaik melihat kehadiran ibunya di situ. Tidak mahu jadi mangsa amarah mereka, itu yang dia tercegat di depan anak tangga itu.

"Ada apa ni?"bisik Naera sewaktu cangkung di sebelah Sylas.

Sylas beri jari satu di depan bibir kepada Naera sebagai isyarat kepada Naera supaya senyap.

Serta merta Naera ketap bibirnya lalu mengangguk kepala.

"Aku bukan nak lingkupkan periuk nasi syarikat keluarga aku...aku cuma nak betulkan semula kesilapan ayah. Kau sendiri tahu apa yang ayah telah lakukan terhadap mereka yang ayah mufliskan syarikat mereka?keluarga mereka terjejas, anak-anak mereka kehilangan tempat bergantung ...keluarga kita sudah mempunyai lebih dari cukup untuk sara hidup...tapi mereka?Kalau kita biarkan mereka tertindas, nanti mati kita tak tenang. Sudah la tu...dah tua-tua ni buat-buat la banyak kebaikan."pesan Seth bernada tenang.

Naera yang dengar tertarik sendiri akan perbualan itu. Dia pandang ke anak tangga di depannya dengan renungan termenung. So?Seth memang tidak menyebelahi Renold?Anak tentang ayah sendiri!?

Haih.

Sebab inilah Naera perlu jauhkan diri dari Seth. Supaya tidak jadikan lelaki ini anak derhaka terhadap ibubapa sendiri. Dan sekarang lihat!Apa dia dah buat?

Memang la Naera bencikan Renold dan keluarga lelaki itu, tetapi tidak bermakna dia akan lakukan hal sama seperti yang dilakukan oleh Renold terhadap keluarganya. Dia tidak suka pecah belahkan keluarga sesiapa.

Apa yang Naera mahukan adalah kebenaran untuk bersihkan nama ayahnya. Itu saja. Kemudian dia akan teruskan hidup dengan normal tanpa rasa serba salah lagi. Jaga ibunya hingga ke hari tua dengan taat.

Tapi siapa pulak Teressa ni?

"Kamu tahu apa?Jangan pandai-pandai nak nasihat akak. Sedangkan kamu sendiri pun sama. Kamu ingat akak tak tahu kamu rampas Sylas dari akak supaya akak tidak miliki apa yang Sylas bakal miliki...tak begitu?"

Menahan nafas terkejut Naera sebaik mendengarnya. Dia terus tekup mulut sewaktu palingkan kepala ke Sylas.

He what!?

"Apa kau merepekkan ni...aku tak hamak la dengan harta Sylar..aku hanya hendak lindungi Sylas dari kau yang tamak tu."

"Ahh!Lantak situ!Akak tak nak dengar apa-apa lagi. Apa akak tahu kamu hentikan apa saja cubaan yang kamu hendak lakukan!"

Selepas itu bunyi hempasan pintu kedengaran. Buatkan suasana penthouse itu menjadi lengang yang tegang.

Sampaikan Naera sendiri tidak sedar dia telah menahan nafas sejak tadi. Dia perlahan-lahan tilik Sylas. Nak pastikan anak itu tidak apa-apa. Sungguh kasihan. Kecil-kecil lagi sudah tersepit di antara isu keluarga dan ibu sendiri.

"Kamu tak apa-apa Sylas?"tanya Naera dengan kekok.

Sylas yang sudah terbiasa dengan semua itu tidak beri sebarang reaksi yang obvious. Dia hanya berdiri kaku di situ dengan ekspresi dingin tiada perasaannya. "Mereka selalu begitu." sebenarnya dia sendiri tidak berapa gemar dengan ibunya itu.

Sylas lebih prefer akan pakciknya. Sekurang-kurangnya pakcik dia tidak la selalu kata dekat dia yang dia ni bawa malang seperti ibunya lakukan. Kalau dia tinggal bersama ibunya, ibunya selalu kata suruh dia diam. Sebab kalau dia bercakap orang lain akan mati. Sama seperti apa yang berlaku pada ayahnya sendiri. Sebab itu dia tidak berani hendak bercakap dengan pakciknya. Dia takut kalau sesuatu terjadi pada pakciknya itu.

Bersama perasaan tidak sukanya, Naera bangun dari cangkung lalu gerak ke bilik semula. Dia capai kot serta handbag yang terletak di kaki katil dan keluar dari situ semula untuk ke tingkat bawah. Memang nak kena tau Seth ni!

次の章へ