webnovel

Chapter 21 : Duri dalam Daging.

Knock!

Knock!

"Masuk.."arah Seth sewaktu tunduk membaca dokumen dengan mug berisi kopi di tangan. Di wajahnya terpasang cermin mata. Disebabkan rabun malamnya masih tidak terubat, dia sentiasa kenakan cermin mata bila malam.

Seorang nanny baru terjegul di depan pintu itu. Seorang wanita 30-an yang namanya belum diingati oleh Seth. "Tuan...tuan muda Sylas sudah terlena. Saya minta diri untuk balik."maklum nanny itu sewaktu memandang lelaki yang berdiri di belakang meja kerja itu dengan berhati-hati.

Sambil hirup kopi dari mug itu, Seth memandang butiran di dokumen itu. "Mm.Terima kasih untuk kerja hari ini.."katanya dengan nada mendatar.

Nanny itu tunduk meminta diri sebelum tutup pintu itu semula dan tinggalkan ruangan tersebut senyap kembali. Namun beberapa minit kemudian, keheningan bilik itu dicemari dengan bunyi deringan telefon.

Hal itu buatkan Seth kerling ke telefonnya yang terletak di sebelah laptop. Dan bila dia Nampak nama pemanggil, terus dia letakkan mug ke meja dan capai telefonnya tanpa berlengah.

"Hello?"sambut Seth dengan dingin, Pandangan terarah pada skrin laptop dimana carta kewangan dan graph berada.

"maaf kerana lewat menghubungi tuan."ujar si pemanggil.

"it okay...so macam mana?Kamu dah buat apa yang saya arahkan?"tanya Seth saat berdiri tegak dan mencekak tangan sebelah pinggang. Pandangannya di tala pada arah pintu pejabatnya di penthousenya itu.

"Sudah tuan. Seperti yang tuan arahkan. Telah saya selidiki tentang Cik Naera Aleena. Berdasarkan siasatan saya, Cik Naera Aleena tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki selama 4 tahun sebelumnya. Namun 4 tahun selepasnya Cik Naera Aleena didapati berkenalan dengan Kade Hades yang dikenali melalui laman sesawang rumah sewa. Sejak itu mereka tinggal di apartment yang sama sejak 4 tahun itu."beritahu pemberi maklumat tersebut kepada Seth.

Bila Seth dengar nama Kade, dia terus berdengus mengejek. Senyuman sinis meleret terukir di hujung bibir. "Kamu pasti lelaki itu adalah Kade Hades?"soalnya inginkan kepastian.

"Ya tuan. Sekiranya tuan mahu akan saya emailkan semua maklumat mengenai hak milikan apartment dan penyewanya. Serta beberapa gambar."

"It okay..saya percaya. Terima kasih untuk maklumatnya."ujar Seth.

"Baik tuan!"

Panggilan di putuskan sesaat kemudian.

Lantas Seth gerak menaip sesuatu di atas papan keyboard laptop. Mencari artikel mengenai kematian ayah Naera. Nadeem Alec. Dan bila ia muncul di skrin, beberapa artikel terpapar di situ. Dia tekan satu daripadanya. Semua butiran disitu sama seperti yang Naera pernah ceritakan. Tapi kenapa dia tidak pernah tahu mengenai hal ini?Kenapa dia tidak pernah tahu selama ini Kade sudah berhubung dengan Naera.

Bila Seth masuk ke laman Utama rasmi Triad Convenant, Seth selidik nama projek yang dihandle oleh Kade sendiri. Dan paling lewat adalah kes 8 tahun lepas. Ianya adalah Syarikat Di Clove sendiri. Melihat butiran yang tertera di situ, Seth dapati Kade adalah ketua projek yang bertanggungjawab untuk kuasai saham Di Clove dan lucutkan jawatan Nadeem Alec dari syarikat sendiri. melihat laporan yang tertera di situ, Seth tersenyum sendiri.

"Well...well...tengok siapa yang jadi duri dalam daging sekarang ni.."ujarnya sewaktu capai telefon dan dail nombor Naera. Mahu menghubungi setiausahanya itu kerana dapat tahu sesuatu yang seronok untuk di kongsikan. Agak-agaknya apa reaksi Naera nanti ya kalau gadis itu tahu yang lelaki bernama Kade selama ini adalah punca kenapa ayah Naera bunuh diri?

Tut!

Tut!

Tut!

Nada dering panggilan berbunyi buat seketika. Selepas menunggu beberapa saat panggilannya di jawab. Yang mana buatkan hatinya melompat gembira kerana dapat mendengar suara Naera semula. Tapi tidak lama ia di jawab, panggilannya putus secara mengejut.

Hairan dengan hal itu, Seth pandang skrin telefonnya. Keningnya berkerut bila melihat panggilannya sudahpun terputus. "Aik?Putus?"tanya dia sendiri. "Tak apa...tunggu esok. Tahu la apa aku nak buat.."sungutnya sebelum letak telefonnya semula ke meja. Kertas kerjanya tadi di capai lalu di teliti semula.

Namun pada masa dia mahu kembali membaca butiran di kertas itu, perhatian Seth terpesong pada maklumat yang dia terima sebentar tadi. Kade duduk serumah dengan Naera?Lelaki tua tu?Empat tahun?Wah!Pandai betul cencorot tu cover semua ni dari dia ya!

SRAP!

Renyuk kertas tak bersalah di tangan kiri Seth apabila lelaki itu mengepal jari jemari dengan erat tanpa sedar sewaktu termenung.

"Tak guna betul!"getus Seth bersama renungan tidak suka dan kening mencerlung hendak marah. Takkan dia biarkan saja hal ini berterusan! Dia akan pastikan Naera jauh dari parasit tu serta merta.

次の章へ