webnovel

Chapter 14 : Shopping Mall

Naera bangun keesokan paginya dengan perasaan segar bugar dan semangat yang positif, Sebab lepas dia buka mata yang dia sedar dia tidak lagi berada di dalam pejabat atau Bersama dengan Seth, ianya sudah cukup untuk memberitahu Naera yang dia sudahpun bebas dari lelaki itu, Dan tiada lagi rasa takut yang menyelubungi dirinya.

Dia gerak masuk ke bilik air dan keluar selepas 10 minit kemudian. Naera mengenakan skinny jean dan baju light green. Sebaik keluar dari bilik tidur, dia atur langkahnya ke dapur yang mana didapati kosong dan sunyi sepi tanpa bunyi.

Hmm...maybe maksunya tiada di rumah.

Oleh kerana dia bangun pun sudah hendak masuk makan tengah hari, Naera selongkar peti sejuk dan cabinet untuk mencari apa saja yang boleh mengisi perutnya yang kosong sejak semalam lagi, Tapi tiada apa-apa pun yang dapat dimakan. Jadi Naera ambil keputusan untuk keluar membeli sedikit makanan dan barang dapur untuk kegunaannya nanti.

Tanpa berlengah, Naera capai dompet dari bilik tidur dan keluar dari rumah itu. Sebelum tu sempat juga dia pastikan semua pintu terkunci. Dan kemudiannya dia berjalan kaki untuk ke supermarket terdekat.

Mujur la waktu itu waktu lengang. Jadi tidak la ramai sangat pengunjung di supermarket tersebut. Naera pun tidak ambil masa yang lama untuk cari susu dan cereal buat beliannya. Seusai dia peroleh apa yang dimahukan, Naera buat bayaran di kaunter dan gerak semula keluar dari tempat itu untuk pulang ke rumah.

Seronok punya pasal fikir nak makan apa, Naera yang berjalan sambil menyanyi kecil di laluan pejalan kaki itu di ekori sebuah kereta dari belakang. Kenderaan itu bergerak dengan perlahan sahaja untuk tidak menyaingi langkah Naera.

Britt!

Britt!

Getaran telefon dari poket skinny jean menghentikan langkah Naera. Dia seluk tangan ke poket seluar lalu bawa telefon itu ke depan muka. Setelah menyedari siapa yang menghubungi dirinya, dia berdecit benci akan empunya panggilan itu.

"Ish!Baru nak lapang sekejap, Dah call?"getus Naera sambil menyentuh butang merah pada skrin itu. Memutuskan panggilan yang diterima. Lantas dia tersenyum puas ketika mahu menyambung perjalanannya semula.

Ketika itu, sebuah black range rover berhenti mendadak di tepi jalan itu berdekatan dengan Naera. Buatkan gadis itu melompat terkejut serta merta kerana bunyi seretan tayar yang dibrek mengejut.

Secepat kenderaan itu berhenti, secepat itu jugalah pintu kenderaan itu terbuka dan dua lelaki keluar dan acukan pistol ke Naera.

Takut punya pasal, secara automatic Naera jatuhkan apa saja yang ada ditangan dia untuk angkat surrender diri, darahnya berderau laju naik ke otak sampai sakit uratnya berdenyut kencang .

What the hell!Siapa dia orang ni?Apa mahu mereka dari dia?Apa yang dia dah buat sampai siap nak acu pistol ke dia?Pelbagai soalan demi soalan bermain dalam benak Naera sewaktu dia pandang akan dua lelaki di hadapannya ketika ini.

Dan persoalan itu terjawab apabila muncul lelaki ketiga dari kenderaan itu. Sepasang kaki yang Panjang jejak kaki ke jalan itu sebelum berdiri sepenuhnya di depan pintu tersebut.

Mulut Naera terbuka luas taktala dia hampir mahu terliur melihat akan lelaki bercermin mata gaya lama semasa di sekolah menengah tinggi dahulu. Damn!Susah la dia kalau macam ni!

"Hello, Naera. Puas ambil angin?"sapa Seth dengan renungan dingin di mata dari balik gelas putih cermin mata itu.

Naera menelan air liur dengan takut. Hanya beberapa jam saja dia sudah tertangkap?Seriously?

次の章へ