webnovel

Chapter 12 : Son Vs Father

Namun baru sahaja Seth hendak pulas tombol pintu bilik tersebut, telefon bimbit dalam poket seluar mula berdering secara tiba-tiba. Buatkan Seth tersentak dari perasaan muramnya itu. lekas-lekas dia keluarkan telefon dari poket lantas melihat ke skrin kaca.

Tertera nama 'Renold Donovan.'

Sebelum dia jawab panggilan itu, Seth buat muka tidak suka lalu gerak menolak pintu biliknya ke dalam. Sebaik saja pintu di tutup, barulah dia jawab panggilannya.

"Hello..?"sapa Seth dengan malas. Ini lain tak bukan mesti dia sudah ketahuan!

"APA KAMU FIKIR KAMU CUBA LAKUKAN HAH?!"jerkah suara pemanggil itu tidak semena.

Terpejam terus mata Seth sebaik mendengarnya. Senak dada dia!

"Siapa izinkan kamu untuk membeli semula Di Clove!"bentak ayahnya di dalam panggilan serta merta. "Kamu tahu tak apa yang kamu telah lakukan!Syarikat tu tunggu masa saja hendak lingkup?Dan kamu apa?Beli?Gila ke!"

Secara refleks, Seth jauhkan telefon itu dari telinganya buat seketika sebaik tempikan lantang ayah dia membingitkan gegendangnya. Haih!Orang tua ni kan!Perlu ke menjerit-jerit. Nak mati cepat agaknya. Sedar tak diri tu ada hypertension? Heart attack nanti baru tau!

"Kenapa dengan ayah ni?Perlu ke menengking-nengking macam tu sekali?"soal Seth apabila dia berdiri di depan katil lalu menarik tali leher tanggal dari kolar kemejanya. "Bukannya Seth pekak"

"Mana ayah tak menengking!Ayah dapat tahu kamu beli syarikat Di Clove tu tanpa pengetahuan ayah?Hey!Kngat syarikat kita ni pusat kebajikan ke!Nak tolong semua orang! Adakah kamu lakukan semua ini sebab hendak balas dendam terhadap ayah di atas kematian Sylar?Huh?!Kamu menentang ayah kerana kematian abang kamu?Begitu?"

Terus erat jari jemari Seth mencengkam telefon di tangan kanan sebaik mendiang abangnya di ungkit. Keningnya mencerun tajam. Kenapa la ayahnya tidak pernah berhenti dari membencikan abang sulungnya?Orang tu sudah pun tiada lagi dalam dunia ni?Tak boleh ke baik sikit jadi ayah tu. Nak membenci saja jadi orang tu!

"Seth hanya buat apa yang patut"keluhnya.

"Buat apa yang patut kepala otak kamu!Dari kamu bazirkan duit itu untuk syarikat hampir muflis tu better kamu labur pada perkara yang memberi keuntungan!"bentak ayahnya lagi dalam panggilan seberangnya.

Keluhan panjang lepas dari hidung Seth apabila dia dengar ayahnya berkata begitu. "Ayah...Seth hanya hendak betulkan semula kesilapan yang ayah telah lakukan terhadap Di Clove."

"Apa lagi yang kamu hendak betulkan?Syarikat itu memang patut lingkup dari awal lagi!Salah mereka sendiri sebab cuba mencabar perniagaan kita. Tak usah lagi kamu susahkan diri untuk pulihkan Di Clove! Titik!"

Mula dah ayahnya ini!

"Ayah please.."

"Kamu tak nak batalkan pelan kamu ini?"

"Seth tak boleh ayah..."

"Fine!Kalau itu kehendak kamu. Ayah tengok sampai bila kamu boleh bertahan tanpa semua wang dan harta keluarga kita. Kamu hidup la bergantung pada syarikat hampir lingkup tu. Jangan cari ayah sekiranya kamu dalam masalah!"

Enggan memanjangkan perbualan itu, Seth terus putuskan panggilan. Telefonnya dicampak ke atas katil dengan jengkel. Lalu dia mencengkak pinggang saat nafasnya naik turun dengan kencang.

Sudah berapa kali dia hendak beritahu kepada ayahnya yang dia nekad hendak pulihkan semua syarikat yang ayah dia telah lingkupkan beberapa tahun yang lepas. Kenapa la orang tuanya ini masih juga berdegil?Ingat menganiaya orang itu perkara yang betul ke?

Selepas tiga buat syarikat telah di pulihkan, kini giliran Di Clove pula Seth hendak perbetulkan. Dia enggan ayahnya terus menerus jalankan perniagaan dengan cara yang salah dengan merosakkan masa depan perniagaan orang lain lagi. Kerana itu Seth ambil keputusan untuk beli syarikat yang pernah jadi mangsa perniagaan keluarganya.

Hanya cara ini saja dia boleh tebus balik semua kesalahan ayahnya dan tunaikan amanah terakhir mendiang abangnya.

"Haish!Serabut betul la!"deram Seth semasa buka butang kemeja kasar-kasar. Lalu dia terpandang akan buku yang tergeletak kemas di atas rak di penjuru biliknya. Terus surut angin amarahnya apabila teringat akan sesuatu yang tersimpan dalam buku tersebut.

Tanpa berlengah, Seth pun jalan mendekati rak itu dan mencapai buku tadi keluar dari rak. Beberapa helai muka surat di selak secara rambang sebelum ia berhenti di suatu page dimana sehelai kertas yang terlipat kemas terselit pada celah buku itu.

Surat itu di capai Seth. Tulisan kemas dan berpelekat bunga masih melekat sempurna pada sampul tersebut. Ianya tertulis nama pengirim untuk yang dikirim kepada.

Jelas-jelas ia tertera, 'Dari Naera Aleena kepada Seth Cain'

Cakap la apa saja terhadap dia, obsess, angau, buang tebiat dan sebagainya. Apa Seth tahu, dia hargai surat ini kerana si pengirim adalah crush dia juga. Bak kata orang, cinta pandang pertama itu tidak mudah di lupakan. Dan itu la yang dirasai oleh Seth.

Sejujurnya pada malam itu dia ingin beritahu hal sebenar kepada Naera mengenai perasaannya terhadap junior beza dua tahunnya itu. Tapi semuanya tidak kesampaian. Mulanya dia telah pun berputus asa untuk lupakan Naera dan perasaan suka dia.

Namun setelah melihat Naera ada di sini, dia tidak tahu hendak buat apa. Apa yang pasti, dia mahukan penjelasan dari Naera, apa sebenarnya alasan Naera tinggalkan dia begitu saja tanpa khabar berita dan menghilang dengan tiba-tiba pada malam tu?

Dan samaada dia dapat penjelasan itu secara rela melalui Naera atau tidak. gadis itu takkan ke mana-mana lagi!Dan dia akan pastikan hal itu.

************************************

Hi Buddies!

Here...new chapter for you guys.

Selain tu nak beritahu, jadual update Tinta kali ni.

Kalau hari bekerja, update akan dilakukan pada setiap waktu malam.

Hujung minggu, kalau boleh sehari suntuk la...dari siang ke malam.

So note ya Buddies semua.

Tunggu apa lagi. Siapa yang belum follow, mari boom wattpadd Tinta ramai-ramai. Meh check novel lain gak!

Vote jangan tak vote!

Kalau suka tinggalkan comment jugak.

次の章へ