webnovel

Niat ingin memberi amaran sahaja tetapi berlaku lain pulak

Waktu rehat

Arnis perasan bahawa arini Balqis tidak datang ke sekolah.Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Balqis.

"Alya mana?"tanya Arnis kepada kawannya.

"Tadi dia kata nak pergi tandas tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi."jawab myra

"Haih mana lah pergi budak ni,Ain dengan Aten mana pulak?"tanya Arnis lagi apabila melihat hanya myra ada dengannya.

"Ain pergi perpustakaan sebab arini dia bertugas Aten pulak pergi siapkan ciptaan robot dia."jawab myra.

"Ouh ye aku lupa Aten amik bidang rekaan."kata Arnis.

Selepas beberapa minit mereka berdua menunggu kehadiran alya yang belum muncul lagi terus melihat kiri kanan sama ada alya ada ke tidak.Mereka berdua risau akan jika terjadi sesuatu kepada alya.

"Arnis kau perasan tak, semenjak dua menjak ni alya asik keluar dengan Amri."tanya myra kepada Arnis.

"Aku pun perasan juga yang alya asik dengan amri je,kalau nak katakan alya kejar amri mesti dia minta sokongan dari kita tapi ni tak."

"Haih,aku takut amri permainkan alya je,walaupun amri gangster tapi dia playboy.Mana pernah serius dalam hubungan."kata myra.

Arnis terdiam seketika sambil berfikir sama ada abangnya serius dengan hubungan itu atau tidak.Dia takut kawan baiknya di kecewakan oleh abangnya sendiri.

"Arnis kenapa diam?"tanya myra yang melihat Arnis terdiam selepas mendengar kata-katanya.

"Nothing."jawab Arnis

Pada masa yang sama selepas alya keluar dari tandas alya ingin pergi ke tempat kawan-kawannya berada tetapi dia terlihat amri semasa tengah berjalan.

"Amri tu alya, jangan lupa janji kita am."kata Faizul.

Amri pun bangun untuk pergi ke tempat alya,semasa amri tengah berjalan beberapa perempuan cantik datang ke arahnya mereka menghalang laluan amri untuk pergi ke alya.

"Abang amri dah lama kita tak jumpa ,saya rindu abang."kata salah seorang daripada mereka sambil memegang lengan amri.

"Biy pergi mana baby rindu biy."kata perempuan yang menghalang laluan amri.

Pada waktu itu,Alya melihat kejadian itu ,dia berasa sangat sedih.Dia berasa selama ini dia hanya dipermainkan oleh playboy bernama amri itu.Amri melihat air mata alya sudah menitis keluar ,mereka berdua saling memandang satu sama lain.Faizul yang melihat kawannya dihalang oleh beberapa perempuan terus menolongnya untuk keluar daripada terus dikelilingi oleh beberapa perempuan itu.

Apabila dapat melepaskan diri daripada perempuan-perempuan itu dia terus melihat tempat dimana Alya berada tapi malangnya alya sudah tiada di situ.

Alya yang melihat kejadian itu terus berlari dengan pantas dan pergi ke tempat kawannya berada.Arnis yang melihat alya menangis dan berlari dari jauh terus terbangun dan berlari ke arahnya myra yang terkejut melihat alya pun terus berlari ke arahnya.

"What wrong alya?"tanya Arnis sambil membawa alya ketempat dia berada tadi.

"Kenapa ni?"tanya myra.

Alya terus menangis tanpa berkata apa-apa

"Sebab amri ke?"tanya Arnis

Alya terdiam seketika dan mula mengangkat kepalanya dan melihat muka kawan-kawannya."Aku ni hanya permainan bagi dia ke, beberapa hari ni dia selalu buat aku gembira tapi hari ni aku betul-betul kecewa."kata alya

"Dia memang carik pasal dengan aku sengaja buat kawan baik aku kecewa."kata Arnis dengan perasan marah.

"Korang tunggu sini ."kata Arnis

Arnis terus bangun dan mencarik abangnya, dia berasa sangat marah pada waktu itu aiman yang ternampak Arnis sedang marah terus pergi ke arahnya.

"Kenapa ni Arnis ?"tanya Aiman

"Nak carik amri."balas arnis dengan nada yang agak menakutkan.

"Aiman teman Arnis ."kata aiman

Arnis hanya mendiamkan diri.Selepas beberapa saat Arnis ternampak amri berada di pondok apabila ternampak dia terus pergi ke pondok itu.

"Amri apa kau dah buat dekat alya ha?"kata arnis dengan nada yang kuat kali ini dia sudah hilang kawalannya sehingga berkata kasar terhadap abangnya.

Semua orang disitu terkejut begitu juga dengan aiman.Pada waktu itu amri hanya mendiamkan diri.Salah seorang daripada ahli geng amri berkata "jangan buat bising dekat sini boleh tak,memekak je" ahli geng itu tidak tahu bahawa Arnis adalah adik amri , hanya Faizul seorang sahaja yang mengetahuinya.

Arnis yang berasa geram terus berkata lagi "kau diam".Budak ahli geng tadi terus berasa marah apabila bila mendengar kata Arnis. Dia sudah tidak tahan dengan perkataan Arnis lalu dia menolak Arnis dengan kuat sehingga Arnis terjatuh ke atas batu sehingga kepalanya berdarah.

Arnis!!!!

Adik!!!!

次の章へ