webnovel

70.

Sambil tarik sarung tangan hitam ke tangan, mata Mateo fokus memandang ke depan. Melihat anak buah dia yang sedang berdiri di depan sebuah kereta hitam melalui cermin depan keretanya.

Patutnya dia ikut sama dengan mereka, tapi dia drive sendiri lepas ajak Xiana tengok wayang sama. Dia tak sedar masa dah lewat dan terkeluar dari jadual asal.

Oleh kerana dia telah lewat dan tak boleh berpatah balik ke rumah kerana takut buang masa, habis je tengok wayang dia terus gegas ke sini tanpa hantar Xiana balik terlebih dahulu.

Jadi sekarang, Xiana tengah tidur dekat tempat duduk sebelah pemandunya itu. Mungkin terlalu letih kerana satu hari ni keluar.

Selesai dia prepare kan dirinya, Mateo palingkan kepala untuk pandang Xiana buat kali terakhir sebelum dia keluar.

Pada masa yang sama seseorang muncul dari luar lalu buka pintu kereta untuk Mateo. Buatkan Mateo terpaksa pusing dari terus memandang Xiana dan keluar dari kereta tu.

"Semua dah ada dekat sini ke?"tanya Mateo sewaktu bergerak keluar dari kereta.

"Ya tuan..."balas lelaki bertopeng mulut dan bertopi hitam di kepala yang buka pintu kereta tadi pada Mateo.

Mateo mengangguk kepala dengan muka berpuas hatinya. "Tunggu sini...tengokkan Xiana sekejap."arah Mateo.

Lelaki tadi beri anggukan patuh pada Mateo tanpa berkata apa-apa.

Sambil tarik jaket hitam dekat badan supaya rata, Mateo maju ke hadapan dengan langkah yakin tanpa rasa gentar.

Jalan saja Mateo ke depan, muncul lima lelaki dekat belakang, mereka berada dalam satu barisan pada masa yang sama jalan mendekati rumah.

Setiap seorang pegang beg dan peralatan dekat tangan. Dan semuanya mengenakan pakaian warna hitam dan bersarung tangan hitam. Selain Mateo dan Kian, yang lain bertopeng mulut.

Seperti Mateo, mereka semua pasang muka dingin dan renungan serius di wajah. Tak ada sikit emosi yang ditunjukkan semasa masuk ke dalam rumah mewah tiga tingkat itu.

Di kereta, Xiana yang masih tertidur itu di temani oleh lelaki bertopeng mulut dalam kereta.

10 minit berlalu begitu sahaja. Kian and the gang tak keluar-keluar lagi.

Dan masa tu mungkin kerana letih atau mengantuk, lelaki yang sepatutnya awasi Xiana ikut terlelap.

Lima minit selepas pengawal tu terlelap, Xiana pula tersentak bangun dari tidurnya.

Sambil terkedip-kedip hendak sedarkan diri, Xiana pejam celik matanya beberapa kali sebelum duduk tegak dari sandar dia pada kerusi tu.

Terpinga dia bila tengok sebelahnya bukan Mateo. Tapi sebaliknya lelaki bertopeng mulut dan bertopi. Dia tak terkejut atau takut sebab dah terbiasa dengan lelaki-lelaki bersut hitam atau bertopeng hitam ni. Senjak dua menjak ni dia dah lali bertemu dengan mereka.

Dan semakin terpinga dia bila sedar yang dia ada dekat depan sebuah rumah. Xiana jengahkan kepala dia kanan dan kiri hendak lihat sekelilingnya yang asing tu.

Buat apa pulak dia dekat sini?

Bukan ke ini kediaman pemegang saham syarikat Vidmizir?

Xiana tanggalkan seatbelt yang dipakai dari badan dia dengan senyap sambil pandang sekelilingnya bersama kerutan di kening.

Mana Mateo?

Kenapa lelaki ni temankan dia?

Ada sesuatu dah berlaku ke?

Dan masa itu la lelaki yang terlelap tadi terkutik lantas sedar dari lenanya apabila dengar bunyi bergerak-gerak Xiana.

Xiana yang perasan lelaki bertopeng mulut duduk tegakkan kepala terus bersuara. "Kenapa awak ada dekat sini?Mana Mateo?"

Lelaki bertopeng mulut tu diamkan diri.

Ada sesuatu beritahu Xiana jauh dalam sudut hatinya ada benda tak kena sedang terjadi.

Perlahan-lahan mata Xiana gerak dari lelaki bertopeng mulut dan bertopi depannya ke luar tingkap kereta dimana rumah tiga tingkat berada.

Impossible!

Mata Xiana terbuka luas taktala realiti menghentak kesedaran dia.

Mateo tak ada.

Ini rumah pemegang saham syarikat.

Itu bermakna...

Sh*t!

"Cik Xiana si-" baru lelaki tu nak bercakap Xiana dah bukak pintu kereta dan meluru keluar dari situ.

Tanpa membuang masa Xiana pecut lari ke arah pintu rumah banglo tu. Dia dah tak fikir apa-apa lagi masa tu. Apa yang dia tahu, dia kena hentikan apa saja rancangan Mateo masa itu.

Dekat belakang Xiana, lelaki dalam kereta tadi sudah mengejar.

No!Please no!

Mateo tak boleh buat semua tu!

Xiana tolak pintu kayu itu ke dalam dan berjalan masuk begitu saja. Melangkah saja dia di ruangan mewah tu perkara pertama yang Xiana nampak ialah suasana gelap tanpa berlampu, Xiana lihat sekitar tingkat bawah itu sebelum naik ke tingkat atas.

Masa tu detak jantung dia berdegup kuat sampai ke telinga dia boleh rasa degupan tu sebab terlalu takut. Hujung jari jemarinya sudah sejuk sedingin ais.

Bila dia naik tingkat atas Xiana ternampak sebuah pintu terbuka tidak tertutup namun berlampu. Dia gerak ke sana untuk lihat apa dalam bilik tu.

Sekali tu berdiri je dia depan pintu bilik tu, terkedu terus Xiana bila tengok apa yang berlaku dalam bilik tu.

OH MY GOD!

Di dalam bilik tu, Mateo sedang berdiri depan sekujur tubuh yang tergantung di siling.. Sementara beberapa lelaki berpakaian serba hitam ada di sekitar ruangan itu.

No!

Belum sempat Xiana hendak maju ke depan dan menjerit untuk halang, satu tangan muncul dari belakang lantas memeluk sekeliling pinggang dan menekup mulutnya.

"Arggggghhhhhhh!"jerit Xiana dengan trauma sambil meronta hendak bebaskan diri.

Mereka pembunuh!

Kepalanya di geleng laju mahu bebaskan mulutnya.

Mereka yang ada dalam bilik tu berpaling ke arah pintu bilik itu bila perasan ada kelibat sedang berdiri dekat situ. Sebaik mereka pandang semua dekat situ berhenti bergerak.

"Tak!!Arghhh!"jerit Xiana penuh histeria dalam tekupan tangan itu dengan kaki dia sudah tersepak-sepak udara hendak bebaskan diri dari cempungan itu.

Matanya tak teralih dari Mateo dan yang lain dalam bilik tu.

Sampai hati mereka buat semua ni!

次の章へ