webnovel

66.

Seperti biasa. macam hari-hari yang lain. Rutin setiap kali nak tidurkan Xiana. Mula-mula tunggu Xiana siap mandi segala bagai. Lepas tu kena teman Xiana tengok tv sekejap. Lepas tu tanpa sebab Xiana akan ke hulou dan hilir ruang apartment tu macam resah akan sesuatu sedangkan tak ada apa yang perlu di resahkan pun. Tak lama lepas tu, dengan sendiri Xiana akan duduk diam termenung dekat beranda luar. Dekat setengah jam macam tu Xiana akan masuk dalam dan duduk pandang skrin tv yang tak menyala.

Serius masa first time memang sakit sebab tak boleh nak tidur lama. Sekejap-sekejap tu terjaga kalau ada dengar bunyi. Takut wei! Bukan takut hantu ke apa. Takut kalau masa terlelap tu, Xiana akan bangun dan lakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Ada satu malam tu, disebabkan terlalu penat, dia langsung tak sedar pun. Tup-tup dengar benda pecah. Bila bangun-bangun je nampak Xiana pegang kaca pecah dekat tangan cuba nak kelar leher sendiri.

Tak gila ke namanya tu! Nasib baik la sempat halang.

Seminggu dua...kemudia sebulan. Benda tu dah jadi biasa buat Ryan. Lama-lama tu dah tak rasa sakit atau penat. Ibaratnya dah macam rutin untuk Ryan hadap semua tu. Jaga orang yang ada masalah kecenderungan untuk bunuh diri ni bukan senang. Kita nak bagi effort tu susah sangat. Kita dah try banyak kali untuk bantu, tapi kalau pesakit tu sendiri tak nak cuba bantu diri sendiri, tak ada siapa boleh tolong.

Untuk selesai masalah tu, pesakit mesti sentiasa di temani oleh seseorang.

"Dah belum?"tanya Ryan dekat pintu slidding door. Dia hanya sandar ke pintu tu sambil perhatikan Xiana dongak memandang langit malam sejak setengah jam lepas.

Xiana diam membisu. Dia terlalu asyik menatap bulan penuh pada malam itu.

"Dah lewat sangat ni...tak elok berembun lama-lama macam ni Cik Xiana. Boleh jatuh sakit nanti."pujuk Ryan lagi.

Xiana turun dari bangku plastik tu dan gerak masuk ke dalam. Ryan pandang langkag Xiana sehingga la wanita itu masuk ke dalam. Setelah itu slidding door itu di tutup.

"Mari makan ubat dulu. Lepas tu masuk tidur. Kalau tuan Mateo tahu Cik berjaga sampai lewat pagi, masak saya dengan dia.."ajak Ryan yang gerak ke meja kecil dekat ruang tamu tu. Satu peket plastik kecil yang terisi dengan pil di capai.

"Perlu ke saya makan ubat ni?Saya bukan gila awak tahu.."Xiana tadah tapak tangan kanan dia ke Ryan.

"Mana ada orang gila mengaku dia gila.."jawab Ryan dengan selamba semasa koyakkan plastik sebelum tuang isi ubat ke atas tapak tangan Xiana.

Tanpa berkata apa-apa Xiana sepak tulang kering kaki kanan Ryan. Suka hati je nak label dia orang gila. Ubat dekat tangan di tuang ke dalam mulut sekali gus.

"Tak sakit pun."lawan Ryan sambil suakan gelas berisi air kosong kepada Xiana selepas lihat wanita itu telan dengan susah payah pil-pil itu.

Xiana capai gelas tu lalu teguk air kosong tersebut bersama-sama ubatnya. Habis je telan, dia serahkan gelas tu pada Ryan semula. "Boleh ke saya sembuh dengan makan semua ubat ni nanti?"tanya dia sambil seka mulut dengan belakang tangan.

Ryan tunduk meletakkan gelas tadi ke meja sebelum berdiri pandang Xiana semula. "Kalau cik nak sembuh boleh je..."

Xiana pandang muka Ryan sebelum turun memandang dada bidang lelaki tu. Termenung sekejap dia tanpa sebab. "Kalau saya sembuh boleh ke saya jumpa keluarga saya semula?"bisik dia dengan perlahan.

Rambut itu di usap Ryan dengan perlahan. "Boleh. Suatu masa nanti..."jawab Ryan dengan perlahan.

"Hidup lagi ke saya bila masa tu tiba.."Xiana angkat kepala memandang Ryan.

Luruh hati Ryan lepas dengar. Soalan itu buatkan otak dia terus blank. Macam mana la dia nak jawab ni.

"Tidur la...jangan banyak fikir. Mati tu ketentuan Tuhan. Bukan kita manusia yang tentukannya. Cik berhenti la sekejap dari berfikir tentang mati...tak tidur saya nanti kan"

Xiana ketawa kecil lepas dengar. "E-huargh-lok la tu.."kata Xiana sambil menguap.

Ryan pegang lengan Xiana lalu tarik Xiana keluar dari ruang tamu dan pimpin wanita itu masuk ke bilik tidur. Dia baringkan Xiana dan selimutkan badan tu sebelum duduk dekat kerusi selalu dia duduk , iaitu sofa kecil warna biru sebelah katil. Duduk la dia dekat situ sehingga Xiana terlelap. Nanti lepas terlelap dia akan keluar untuk duduk dekat ruang tamu sehingga la Kian datang untuk take turn dengan dia.

次の章へ