webnovel

46.

Dua minggu kemudian....

"Eh...kau ada dengar cerita tak pasal projek besar yang kumpulan Ketua Ken dengan Joshua handle tu?"

"Asal dengan projek tu?Bukan ke tengah buat?"

"Ada tu ada...tapi betul ke yang projek dia orang telah dibatalkan sebab klien dah tukar kontrak dengan syarikat lain?"

"Kau dengar jugak?Itu la aku nak tanya...aku dengar asalnya idea projek ni dari syarikat luar, tapi company yang curi idea dia orang"

"What...serius la.."

"Iya...dua-dua projek ni. Ketua Ken dengan Joshua sekarang tengah pening sebab idea asal projek ni memang mereka yang punya, tapi syarikat lain mengaku itu idea dia orang dulu.."

"Habis tu macam mana?"

"Lepas dia orang siasat, Ketua Ken dan Joshua dikatakan salah sebab meniru. So syarikat luar sekarang dah saman syarikat ni..."

"Huish...kau biar betul.."

"Iya...lepas berita ni tersebar, ramai klien projek yang lain tarik diri serta merta dan ambil semula duit yang dia orang dah bagi dekat syarikat ni..."

"Habis tu macam mana dengan keadaan syarikat kita sekarang?"

"Kau rasa kalau ramai klien dah tarik diri dan tak ada siapa nak melabur dalam syarikat ni apa yang akan jadi?"

"Muflis la kalau macam tu.."

Bual staf wanita di depan sinki bilik air sambil touch up solekan mereka.

"Dah la jom gerak.."

"Jom..."

Bersama-sama mereka gerak keluar dari bilik air tersebut sambil menyambung perbualan.

Xiana dekat dalam tandas hanya diam pasang telinga sejak tadi.

Perbualan itu buatkan Xiana teringat akan kertas kerja asal yang dia berikan pada Mateo tempoh hari. Tak tahu pulak itu rancangan Mateo. Lelaki tu jual maklumat syarikat ni pada syarikat lain sampaikan syarikat ni yang kena fitnah. Entah kenapa dia rasa serba salah lakukan semua ni sedangkan yang salah sekarang ni adalah keluarga Desmond.

Drit!Drit!

Melompat terkejut Xiana lepas dengar bunyi deringan telefon tu, ingatkan dia punya, rupa-rupanya orang yang yang ada dekat tandas sebelah dia.

"Hello?"suara perempuan menyapa telinga dia tak lama bunyi deringan tu mati.

Terus Xiana jengahkan telinga dia nak pasang telinga. Macam kenal tapi siapa punya suara ya?

"Keadaan syarikat agak tak stabil sekarang..."

Dengan siapa pulak akak sebelah dia ni bercakap?

"Beberapa orang pelabur dah tarik diri lepas berita mengenai menciplak idea syarikat lain tersebar."

Ohh...ini mesti setiausaha director tak pun presiden. Biasanya cuma setiausaha mereka saja yang beri report memandangkan presiden dan director sendiri jarang ada dalam syarikat.

"Kalau lama-lama macam ni kita boleh lumpuh tuan..."

Xiana pasang telinga lagi dengan tekun.

"Macam mana kalau ada orang lain tahu tentang benda tu?"

Benda tu?Xiana pandang terkejut ke dinding depannya.

"Kalau ada yang tahu tentang benda tu, saya tak rasa kita boleh kekalkan semua ni..."

Apa benda tu?Cakap la?Xiana dekatkan lagi telinga dia ke udara.

"Saya bukan apa tuan...saya cuma risau kalau pihak lembaha pengarah tahu yang Encik Desmond tu bukan Encik tapi Cik...habis hilang kepercayaan mereka nanti."

EHHH? Xiana terus tekup mulut menahan nafas terkejut lepas dengar. WHAT THE HECK!

"Jangan risau...tiada siapa-siapa di sini selain saya."

Xiana buat muka lepas dengar. Tak ada siapa-siapa?Habis tu dia yang tengah duduk dekat sini apa pulak.

"Baik...saya akan laporkan semuanya pada tuan. Baik.."

Perbualan itu kemudiannya tamat tak lama kemudian. Dan staf wanita tadi kedengaran keluar dari tandas sebelum jalan melintasi pintu tandas Xiana tanpa rasa syak wasangka begitu saja.

So?Tuan Desmond yang handsome dan diagung-agungkan oleh masyarakat adalah seorang wanita yang berubah menjadi lelaki?

Tapi untuk apa?

次の章へ