Hari ini, Kian and the team akan datang ke syarikat Vidmizir sebagai wakil syarikat Mateo untuk melabur. Menggunakan alasan hendak menjadi rakan kongsi, Mateo rancang untuk jadi sebahagian dari pelabur syarikat iaitu menjadi pemegang saham paling banyak dalam syarikat Vidmizir ni.
Tapi hal ini tidak diketahui oleh Desmond. Apa yang Desmond tahu, general syarikat Mateo adalah owner syarikat sebenar. Padahal Mateo adalah owner sebenar.
Menggunakan maklumat yang Xiana peroleh mengenai para pelabur yang ada di dalam syarikat ni, Mateo telah dapatkan setiap seorang pelabur itu lalu gunakan kepercayaan mereka untuk berlabur pada syarikat Mateo sendiri. Dengan itu dia pusing semula modal dari saham para pelabur-pelabur tersebut untuk melabur ke syarikat Desmond. Dengan itu Mateo tidak gunakan sebarang wang atau aset yang dia miliki untuk jadi pelabur dalam syarikat Desmond.
"Kami sangat berbesar hati. Terima kasih memilih kami sebagai rakan kongsi anda."ucap Desmond sambil berjabat tangan dengan general manager Mateo setelah mereka selesai tandatangan perjanjian.
"Saya berbesar hati kerana anda sudi menerima kami sebagai rakan pelaburan anda.." ucap general manager Mateo. Encik Jackson.
Kian yang berdiri di sebelah kanan Encik Jackson hanya diam memandang Desmond.
"Jika tak sibuk, apa kata tuan keluar makan tengah hari bersama dengan saya sebentar lagi."aju Desmond yang sedang senyum sampai ke telinga sebab senang hati.
Encik Jackson tarik tangan dia dari cengkaman Desmond lalu menariki senyuman nipis. "Maafkan saya. Sekiranya saya tak sibuk saya dah terima pelawaan Encik Desmond."
"Oh tak mengapa..saya faham."Desmond seluk tangan ke dalam poket seluarnya selepas itu.
"Kalau begitu saya minta diri dulu. Selamat siang."pamit Encik Jackson sambil beri tunduk meminta diri pada Desmond.
"Ya."Desmond ikut tunduk memberi hormat pada pelaburnya. Mana tak hormat wei! Lelaki ni adalah pelabur terbesar yang pernah dia dapat dalam sejarah dia bekerja dalam syarikat ni. Untung banyak la dia lepas ni! Makin ramai la yang akan buat kerjasama dengan dia nanti.
Kian dan kumpulannya yang terdiri daripada lapan orang bergerak keluar dari bilik mesyuarat itu dalam keadan berbaris dua-dua merentasi koridor itu dengan derap langkah berat dan yakin mereka. Setiap seorang di situ membuat muka serius dingin tanpa ekspresi mereka.
Sedang mereka jalan, muncul Mateo dan Xiana dari hujung selekoh sedang membincangkan sesuatu di kertas yang dipegang oleh mereka.
Bertembung saja mereka dekat depan selekoh tiga lorong itu, dengan serentak, kumpulan itu dan pasangan tersebut berhenti.
Mata Xiana tak berkedip bila tengok kumpulan lelaki bersut di sebelah mereka waktu itu.
Mateo beri anggukan sapa pada mereka sambil tersengih sinis meleret lalu berjalan pergi begitu sahaja tanpa berkata apa-apa.
Sementara mereka di situ, sedaya upaya kawal diri untuk tidak tunduk hormat pada bos mereka memandangkan mereka semua sedang undercover. Pelik pulak nanti kalau ada orang nampak mereka tunduk dekat Mateo yang bukan sesiapa dalam syarikat ni.
Sambil jalan, Xiana pandang ke belakang sewaktu kumpulan lelaki tadi belok ke arah bertentangan dengan muka kehairanan. "Bukan ke itu Kian?"bisik Xiana dengan perlahan. Apa lelaki tu buat dekat sini?"Kenapa dia ada dekat sini?"
Mateo dekat sebelah hanya meneliti kertas projek yang mereka dapat. Tidak hiraukan soalan tersebut.
"Berapa banyak projek yang syarikat ni di terima bulan ni?"dalih Mateo. Sebenarnya, dia tak beritahu Xiana apapun tentang rancangan ni. Jadi Xiana langsung tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.
Xiana buat muka bila soalannya tidak di jawab. Tapi dia pandang jugak buku catatan dia lalu di selak ke muka surat lain. "Mm..untuk bulan ni ada tiga projek..."
"Dia orang dah mulakan operasinya ke?"tanya Mateo lagi.
"Dua dari padanya dah mula, yang satu lagi belum lagi..."selak Xiana lagi ke muka surat lain dan membaca isi catatannya.
Mateo angkat kepala dan pandang ke depan dengan renungan jahat dia di balik cermin mata dia. "Dapatkan aku pelan projek ni." minta dia.
Kepala Xiana tersentak dongak memandang Mateo. "Semuanya?"
"Ha'ah...ketiga-tiganya."
Xiana tunduk mencatat to-do-list di dalam buku catatannya. "Lagi?"
"Set up restoran untuk makan malam nanti." aju Mateo lagi.
"Jam berapa?"tanya Xiana sambil tunduk mencatat segala tugasan yang dia perlu buat. Memandangkan Mateo adalah orang atasan still dia kena profesional di tempat kerja.
"8 malam..."
"Dengan siapa?"tanya Xiana. Dia perlu detail sebab nak tahu kalau lelaki suasananya kena la macam ni, kalau wanita kena la macam tu.
"Kau."
Terus berhenti Xiana dari berjalan lepas dengar. Elok dia nak tulis terus dia turunkan buku catatannya ke bawah lalu pandang tak percaya ke belakang badan Mateo dekat depannya itu. "Huh?"nganga dia dengan muka tak percaya. Salah dengar ke apa ni?
Mateo pun ikut berhenti dari berjalan lepas perasan Xiana tak ada dekat sisinya. Dia palingkan badan ke belakang dengan kening terangkat. "Asal?"
"Awak nak dinner dengan saya malam ni?"soal Xiana dengan nada tak percaya sambil jungkit kening tinggi-tinggi.
Mateo mengangguk kepala."Ha'ah..ada masalah ke dengan tu?"balas dia dengan muka tak faham.
Sambil buat muka tak faham Xiana tunduk tulis nama dia dalam catatan tu. Ada ke patut. Kalau nak ajak dia dinner patutnya Mateo la yang aturkan makan malam ni, bukannya dia. Baik tak payah kalau macam tu. Sama je la kalau mereka makan dekat restoran atau dekat rumah.
Tak romantik langsung!