Seminggu kemudian....
Knock!Knock!
Bianca yang ada dalam pejabat buat tak dengar. Malah dia humban kasar barang di dalam kotak tu tak ada mood. Masih marah dengan apa yang menimpa dirinya.
"Ketua..."suara tu kedengaran tak lama bunyi ketukan pintu.
Bianca jeling tajam ke arah Xiana. "Asal! Nak ketawakan aku la tu!"
Xiana berdiri dekat situ dengan rasa serba salah. "Maaf...saya datang cuma nak tanya, ketua perlukan bantuan saya ke?"
Berderau darah Bianca lepas dengar. Dia pandang marah ke Xiana. Entah kenapa dia rasa Xiana hanya berpura-pura baik dengan dia. Rasa seperti semua ini lakonan buat dia. "Boleh tak berhenti macam kau kisah pasal aku! Kau ingat aku suka dengan perangai lemah lembut kau tu?"
Dalam keadaan teragak-agak, Xiana dekati meja itu lalu meletakkan hadiah farewell untuk Bianca. Mungkin nanti bila dekat tempat kerja baru Bianca perlukannya. "Ini adalah maklumat yang saya peroleh untuk rujukan ketua nanti bila dah sampai sana. Saya harap ia
membantu.."
Elok dia tengah letak barang dalam kotak, Bianca berhenti untuk pandang pendrive itu. Dengan muka bengis dia capai pendrive tu lalu di campak ke dinding sekuat hati. Habis berderai pecah pendrive tu. "F*ck off can you! Aku tak perlukan apa-apa dari kau!"jerkah dia sekuat hati.
Xiana mengecilkan badan dia sikit sebab takut terkena dengan balingan itu sebelum kembali memandang Bianca. Memang la dia tak suka Bianca tapi tak adalah sampai tahap dia benci pada Bianca. Kalau bukan kerana Bianca, dia mungkin tak semahir seperti apa yang dia jadi sekarang. Kalau bukan kerana Bianca serahkan semua kerja pada dia dan buatkan dia belajar macam mana nak handle suatu tugasan, mungkin dia tak ada ilmu sebanyak ni.
"Terima kasih untuk semuanya Cik Bianca. Tanpa cik mungkin saya tak berada di sini sehingga sekarang."Xiana beri tunduk hormat pada Bianca dengan ikhlas.
Bianca pandang tak percaya ke Xiana. Kenapa ya, Xiana masih jugak berlembut dengan dia setelah apa yang dia lakukan pada Xiana. Tak pernah la dia jumpa manusia spesis seperti Xiana ni. Ramai yang dia jumpa akan marah dan lawan dia semula.
"Aku takkan minta maaf untuk apa yang aku lakukan dekat kau kalau itu yang kau nak dengar dari aku.."balas Bianca tak lama selepas itu.
Xiana berdiri tegak semula lalu tersenyum. "Saya tak kisah. Patutnya saya yang minta maaf sebab gagal jalankan tugas sebagai assistant cik dengan baik..."
Bianca menjuling mata menyampah sebaik mendengarnya. "What ever...dah berhambus dalam bilik aku sekarang."
Xiana tunduk beri hormat buat kali terakhir sebelum berjalan keluar dari pejabat itu. Keluar saja dia dari situ, telefon bimbitnya ikut berdering. Terus dia tunduk menyeluk tangan ke dalam poket kot yang dipakainya. mengeluarkan telefon melaluinya sebelum dia sentuh butang hijau dan membawa telefon itu ke telinga.
"Selamat pagi cik Xiana...Tuan Desmond minta cik hadirkan diri ke dalam pejabat beliau." maklum suara lelaki dalam panggilan yang dikenali sebagai setiausaha CEO sendiri.
Kening Xiana terangkat lepas dengar. "Beliau nak jumpa saya?"soal dia dengan nada tak percaya.
"Ya betul..."
Tak faham kenapa lelaki tu tiba-tiba nak jumpa dia. Tak pernah pulak CEO minta berjumpa dengan dia selama ni. Kali terakhir jumpa pun masa Bianca naik hantu dekat koridor. Lepas tu mana dah dia jumpa.
"Baik...saya akan ke sana sebentar lagi." jawabnya.
Sejurus itu panggilan itu diputuskan.
Xiana gerak masuk ke pejabatnya untuk capai buku catatannya terlebih dahulu sebelum bergerak untuk ke pejabat CEOnya itu.