Tepat jam 7.30 malam, Xiana sampai ke apartmentnya pada hari ni. Sampai saja di tingkat rumahnya itu, Xiana jalan seorang diri merentasi koridor tu dengan kepala tunduk ke bawah. Badan dia satu hari ni penat sangat. Sampai tak larat. Sakit-sakit dan sengal-sengal semua anggota badan dia. Seperti orang baru kalah perang, Xiana jalan ke depan dengan kepala tunduk memandang ke lantai.
"Ana.."panggil suara lelaki dari arah depan.
Xiana yang tahu siapa empunya suara itu angkat kepala dengan lemah lantas memandang ke hujung koridor itu. Apa lagi pulak ni?
"Asal kau tak jawab call aku?"tanya Danish dengan tangan dalam poket seluar.
Tanpa berkata apa-apa Xiana tunduk keluarkan kunci rumahnya. Capai saja kunci itu dia gerak ke pintunya untuk masuk. Tapi Danish hadang pintu tu.
"Bagi aku duit..."minta Danish sambil berhayun kanan dan kiri tak tenang.
Xiana pandang kosong ke adik lelaki bongsunya. "Aku tak ada duit..."jawab dia dengan mendatar.
"Alah...bagi je berapa yang kau ada.."desak Danish dengan tidak sabar.
Kening Xiana berkerut tak faham. "Danish..apa yang dah jadi dengan kau ni?"
Danish berderam marah. "Jangan nak banyak cakap boleh tak...bagi je la aku duit...sekarang!"bentak dia depan muka Xiana.
Mata Xiana naik turun menilik adik bongsunya dengan risau. Melihatkan tingkah laku adik lelakinya itu cukup beritahu dia yang Danish telah guna 'barang' yang tak sepatutnya di gunakan. "Kau ambik dadah ya?"soalnya dengan nada tak percaya.
Dengan berang Danish terus rentap handbag Xiana. "Banyak cakap la kau ni! Susah sangat ke nak bagi duit tu!"
Xiana cepat-cepat pegang beg tangan dia lalu di tarik dekat kepadannya semula. "Apa ni! Lepaskan! Danish! Berhenti! Kau tak sedar apa kau buat ni!"tegah Xiana.
"Aku nak duit! Kau faham tak! Aku nak duit!Arghhh!"terus dia sondol bahu Xiana dengan bahunya kuat-kuat tanpa lepaskan beg tangan tersebut.
Tersandar keras Xiana dekat pintu itu sebelum terduduk dekat lantai apabila beg tangannya terlepas dari cengkaman dia.
Dengan tidak sabar, Danish tuang semua isi beg tangan Xiana ke lantai. Dan bila dompet Xiana terjatuh, dia campak beg tangan tu ke bawah lalu tunduk mengutip dompet itu pula. "Kan senang kalau kau bagi je aku terus duit." ujar dia semasa buka dompet tu lalu keluarkan semua duit yang ada dalam dompet tu. "Thanks..."ucapnya sebelum jatuhkan dompet tu ke riba Xiana yang sedang bersimpuh lalu berlari pergi dari situ.
Xiana yang ada dekat lantai tu hanya diam membeku di situ. Sumpah dia tak larat betul. Rasa nak mati je pun ada!
Ya tak ya! Tiba-tiba saja dia rasa bersemangat semula.
Mati?
Kan...mungkin kalau dia mati, semua sakit ni akan pergi. Kalau dia mati orang akan berhenti sakitkan dia. Dari dia hidup dekat dunia ni dan tak henti-henti di sakiti, baik dia mati!