webnovel

Tidur...tidurrr

9 Jun 2021-Dah!! aku bukan nak berceloteh tentang esok. Aku just nak ucap, selamat hari perubatan pada kawan-kawan aku yang sebenarnya telah lama berlalu dan hari ini adalah hari derma sedarah sedunia. Wahaha....dan hari yang aku ucap akan berlalu, sejam kemudian. 😑😑😑

Apa-apa pun, aku just wish to all frontiner yang bersusah payah di waktu kita sedang lena berdengkur malam.🙇‍♀️

Tak lupa juga, pada kawan-kawan aku yang terlibat secara langsung atau tak langsung macam aku.😏😏 Yelah..bila sebut je pasal kawan-kawan dekat sekolah. Aku macam terfikir sejenak..sewaktu mereka sekolah dulu, hanya tahu bercintan bin cintun sahaja. Tapi tak semualah...karang terasa, boikot aku pulak.🙄🙄🙄 Tapi itulah, tahu-tahu, ada dah kerja dalam bidang medical. and, tahu-tahu juga dah kahwin. Hope, mereka berjaya di dunia dan akhirat. Aku doakan...Amin!!🤲🤲

Oh...sebelum lupa. Ada something yang teringin jugalah aku nak share disini, alang-alang dengar spotify di walau tengah hari. (Aku tulis paragraf ini, waktu tengah malam. Heh..)

So...di malam hari yang hening bening ini, Sesekali tengah menaip. Aku macam terfikirlah juga. Andai katalah aku update segala celoteh kemerepekkan aku di dalam Youtube. Agak-agaknya, ada ke yang nak usya. Hahahaaaa...gelak akward.😐😐

Bukan apa...dari research aku yang sesekali ini. Cara mudah nak jana income untuk diri adalah jadi youtuber. But, aku ada prinsip guys. Aku tak nak jadi youtuber yang tak memberikan manfaat pada orang. Merepek tak tentu hala. Dan...aku bukanlah jenis stay awake bila dengar ceramah yang panjang. Tak selit jenaka sikit pulak itu. Itu sememangnya bukan aku.😊😊

Aku...asal duduk sahaja. Mata pejam.😪😪 Kadang...mata aku sendiri pejam walaupun tak duduk.😴😴 Haa....ingat pulak cerita lama. So...sementara layan drama korea. (TITTLE: Let's eat season 2) Aku nak imbas sedikit kisah lama. Lapan, tujuh tahun yang berlalu.

HUHU...tuanya aku.🤧🤧

Okaylah...waktu aku sekolah, ada seorang cikgu ni.👨‍🏫 Ouhhh...jangan main-main. Even, aku nampak je cikgu ni dari jauh. Aku yang nakal mengalahkan saudara syaitan. Boleh kecut perut tau. Hu..garangnya.😡😡😡 Memang tahap kayangan. Seram tau...👻👻 bukan aku sahaja yang takut dengan dia. Even, satu blok sekolah pon boleh jadi behave students of the world. Ha...dalam banyak-banyak subjek. Dia ajar subjek Perdangangan.

🤒🤒 Waktu itu, aku ni demam. Tak sihat. Disebabkan aku tak sihat and baru je lepas makan ubat. Makan pulak, ubat batuk. Tak tahulah pulak, dos ubat batuk itu tinggi. Bila dalam kelas, time subjek cikgu garang ini. Aku try tahan mengantuk..🥴🥴

Bila tahan lima minit, aku tersenguk tidur lima saat.😪 Bila aku tahan sepuluh minit, aku tersengguk sepuluh saat.😪😪 Bila aku cuba lagi tahan untuk beberapa kali. Aku tak sedar, cikgu yang ada dekat depan kelas, dah ada dekat depan meja aku😨😨😨...Haaaa...hambik kau.

Sebab, takut punya pasal. Aku minta izin cikgu, untuk berdiri. Kononnya nak elak tidur. Disebabkan, ketulusan hati aku yang turut sama nak belajar. Aisehhh, aku pun berdiri.😥😥

Lama jugaklah aku berdiri. Memang semua gelap. Suasana yang ada di sekeliling aku, semuanya hitam kelam. Tak beberapa lama, aku dengar ada gelak ketawa. Aku tersedar...😱😱

Rupanya, aku tidur berdiri dengan jayanya. Cikgu aku yang garang, hanya mengeleng.🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️ Lagipun, masa aku minta nak berdiri. Aku dah beritahu sebab aku mengantuk. Oleh disebabkan itu, aku telah dihalau ke bilik sakit. Heh..heh...🚶‍♀️🚶‍♀️🚶‍♀️

Cerita kedua..wahahah...best pulak kes aku, yang sememangnya kaki tidur. 😁😁😁Tapi, bila dah menua dan kekurangan kolegen. Makin sikit pulak aku tidur. Kes kedua, adalah dengan cikgu garang tapi bukan cikgu yang sama. Haa...Cikgu ni, cikgu top class punya.👩‍🏫 Ajar subjek, memang subjek SPM dan PMR. Buat mana-mana yang tak tahu Spm dan Pmr itu apa. Don't worry. SPM ialah, Sijil Penampar Malaysia..hehehe...taklah.😌😌 Sijil Peperiksaan Malaysia. PMR, bermaksud Peperiksaan Menengah Rendah. Cikgu yang ajar aku ini, dia ajar subjek Bahasa Melayu.

Dalam garang-garang cikgu aku ini, tak adalah segarang cikgu yang pertama. Still boleh consider level kegarangannya.🙆‍♀️🙆‍♀️ Lagipula, dia akan garang bila bab-bab berkaitan dengan sesi pembelajarannya sahaja. Luar dari itu...biasa-biasa sahaja.

Macam mana aku boleh tertidur dalam kelas dia.🤷‍♀️🤷‍♀️ nak kata demam..tak. Sebab, sejak kejadian itu, memang taklah aku nak telan ubat batuk pil itu. Kejadian itu bermula dari perjumpaan terlarang...hahaha...dating ke? haaaa..ajenya tak.😒😒 Memang tak mungkin nak dating. Nak dating dengan siapa!! Dah, jangan diungkit kedukaan di dalam hati. Sememangnya aku solo sejak azali.😤😤😤

Perjumpaan itu, adalah perjumpaan yang diadakan tanpa asbab yang munasabab. Kau nak tahu kenapa, first's thing yang dia nak jumpa sebab flirt dengan pakwe mereka.🤨🤨 haa...ini, kalau mereka terbaca tanpa sengaja. Biarkan. Sebab, aku marah betul dengan mereka sebenarnya.😡😡 Malas nak bukak aib kesilapan mereka, aku just nak bagitahu. Mereka still tak minta maaf dekat kami...setahu akulah. Itupun kalau mereka ingat.😒😒😒 Kalau mereka minta maaf pun, bagi aku. Tak ikhlas dari hati sebab, ada kejadian yang berlaku pada malam itu yang melibatkan ahli dorm kami. Kami memang marah sangat-sangat.😤😤

Perjumpaan mereka yang tak ada hala tuju itu, kononnya nak betulkan perangai kami berlanjutan dari pukul 10 malam hingga nak dekat pukul empat pagi. Kau bayangkanlah....bilakah, waktu kami nak tidur.😕😕 Sebab aku ini, jenis susah nak bangun pagi, aku and beberapa kawan aku decided nak terus siap-siap pergi sekolah. And...disebabkan itu jugaklah. Aku tidur dalam subjek Bahasa Melayu.😪😪😪

Moral of the story..aku kena tidur sekarang sebelum aku lambat pergi kerja esok. Sekian.....

Bersambung...

Bukan apalah...somehow, kita kena manage jadual harian kita. Tidur, kenalah ambil masa yang sesuai. Jangan terlebih tidur sebab, kita akan lebih mengantuk. 🙈🙈Jangan tidur terlalu lewat, kerana membuatkan badan kita lebih berusia dari badan kita. So..tidur secara bersederhana. Bye...tidur dulu...😼😼

次の章へ