webnovel

The Revenger

Esoknya, pada waktu tamat sesi persekolahan

Irfa yang sedang berjalan ‍di koridor tiba-tiba disergap oleh seseorang dia terjatuh ke lantai dan termasuk kedalam kelas kosong kemudian orang yang menyergapnya itu menutup pintu kelas tersebut.

"Woi apa kau buat, kau tak ke tahu aku ni siapa"Irfa menengking orang yang melanggarnya dengan kuat

Tenyata Aridf yang menolaknya dengan kasar, selepas itu Irfa menoleh ke atas dan melihat ada corak pada bahagian dada Aridf yang tidak membutang bahagian atas baju kemejanya.

"Kau,....kau salah seorang daripada mereka...apa kau nak....ja....jangan ganggu aku lagi please,"Irfa merayu kepada Aridf

"Jangan samakan aku dengan sampah macam tu, kau tengok betul-betul coraknya lain"Aridf membuka baju kemeja sekolah dan menunjukkan tatu pada bahagian dadanya

"Ka....kau, macam mana kau boleb ada, itu kan... " belum selesai bercakap Aridf menutup mulut Irfa dan menekan badan badannya dengan menggunakan tangan kiri

"Jangan berani sebut..... "Aridf memasukkan tangan kanannya kedalam poket seluarnya dan mengeluarkan pembaris

"Aku tanya kau soalan ni untuk kali pertama dan kali yang terakhir ...siapa yang buat Syami macam tu, aku tahu kau ada terlibat" Aridf menjeling Irfa semasa bercakap dan ternyata pembaris yang Aridf pegang itu adalah sejenis pisau lipat, dia mengarahkan pisau itu ke arah Irfa

"Jangan, jangan, please...aku,...aku takda sentuh Syami langsung pun, sumpah bukan aku, yang aku tahu cuma badan orang tu ada tatu macam kau tapi orang tu punya bentuk bulat... "Aridf menekan dada Irfa dengan lebih kuat, kemudian Irfa bercakap lagi"a.....aaku.... aku takda pilihan lain dia ugut aku, jadi aku cakap Syami banyak duit, lepas tu dia cakap suruh aku mintakkan,...le....lepas tu suruh Syami hantar dekat satu tempat ni...aku tak tahu akan jadi macam ni, sumpah aku tak tahu, please lepaskan aku"Irfa menggigil ketakutan.

Aridf menikam Irfa selepas mendengar penjelasan daripadanya, tetapi tikaman Aridf meleset dan tidak mengenai Irfa.

"Mulai dari sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi dalam sekolah ni"Aridf bangun dan mengarahkan jari telunjuknya ke arah Irfa ketika bercakap

"Aridf, jap, bo...boleh aku tanya...ke...kenapa kau sanggup buat macam ni untuk dia"Irfa tergagap-gagap ketika bercakap

"Heuuh!"Aridf hanya keluar dan menutup pintu kelas kosong itu dengan kuat,

Di luar kelas, Aridf sedang menelefon seseorang"hello, kumpulkan semua orang bahagian combat...jangan banyak tanya....lagi satu, dah jumpa belum rakaman cctv, dah dapat cam mukanya....bagus, kumpul tempat biasa, tunggu aku dekat situ"

Di dalam gudang di mana Aridf mengarahkan konco-konconya berkumpul"dengar sini semua, ini bukanlah satu misi penyelamatan tetapi ini merupakan misi pembantaian, jangan biar satu pun terlepas, buat seperti yang sudah dirancang"Aridf berucap dengan nada yang kuat.

"BAIK!"semua yang mendengar ucapan Aridf itu bercakap pada masa yang sama.

Di dalam gudang tersebut terdapat sepuluh buah kereta perisai. Semua orang yang berada di situ berserba hitam, lengkap bersenjata dan memasuki kereta perisai mengikut skuad masing-masing selepas diarah oleh Aridf, kereta-kereta perisai itu bergerak dan menuju ke suatu tempat.

Syami yang berada di hospital sudah sedarkan diri, dia hendak meminum air, dia mengambil gelas yang penuh dengan air di atas meja sebelah katilnya, tangannya menggigil menyebabkan gelas yang dipengangnya itu terjatuh di atas katil mengakibatkan katil yang dia guna itu basah, manakala gelas berguling jatuh pecah ke lantai. Syami risau akan sesuatu yang sedang berlaku.

Asyik melaksana misi pembantaiannya, tiba-tiba Aridf mendapat laporan bahawa orang yang dicarinya itu sudah di kenal pasti"bagus, jangan buat apa-apa dulu, tunggu aku"Aridf yang hanya berada di dalam salah satu kereta perisai keluar membawa bet besi menuju ke arah di mana orang yang dicarinya itu berada.

Ternyata Syami sengaja menjatuhkan gelas penuh air yang dipegagnya itu, kerana setelah sedar dia merasakan sesuatu pada bahagian kelangkangnya, dia tahu perasaan itu, kerana dia pergi ke tandas dan membuang air kecil dalam mimpinya.

"nurse saya tertumpahkan air, boleh tukarkan cadar baru, baju saya pun dah basah"Syami bagun dan pergi ke tandas untuk menukar baju baru yang diberikan oleh jururawat.

"Boleh pakai sendiri bajunya?"seorang jururawat bertanya kepada Syami

"Eh takpa saya boleh pakai sendiri"...

Setelah puas membalas orang yang memukul Syami, Aridf bercakap sesuatu"kau dah cari pasal dengan orang yang salah"

"Si...a...pa dia...sebe....narnya."salah seorang yang terlentang bertanya kepada Aridf.

"Huuuuuuuh, dah dua kali aku terima soalan tu hari ni, ok la sebagai detik-detik kau yang terakhir, aku bagi tahu,"Aridf menghentakkan bet besi yang dipegagnya di hadapan orang yang bertanya kepadanya.

"Cerita ni akan panjang, tapi aku pendekkan, aku ni lahir dengan, apa orang kata tu, instinct, lebih kurang macam tu la, benda ni aku tak boleh kawal, tapi dia datang sendiri, kalau benda ni datang, tak pernah salah, pada suatu hari ni, waktu tu aku baru pertama kali jumpa dengan dia, nampak je dia aku punya instinct berkata sesuatu dan seluruh badan aku menggigil semasa mendengar kata-kata tu, perkataan yang aku dengar tu berbunyi seperti ni 'jangan pernah sesekali meremehkan dia', so aku pun dekatkan diri aku dengan dia, nak tengok apa yang bahaya sangat, tapi lama-lama aku terjebak, aku tak boleh lepaskan pandangan aku dari dia, aku tak tahu kenapa, tapi ada satu hari tu aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dan aku faham apa yang dimaksudkan oleh instinct aku....dan ini adalah salah satunya"Aridf bangun dan berjalan pergi, semasa berjalan Aridf berkata sesuatu kepada konconya yang berada di situ

"settle"..

次の章へ