webnovel

Bab 8

"don't cry "pujuk Aqis yang sedang berada di belakang aku.

Kini kami sudah beratur menunggu giliran nak naik bas. Yang scene kat kantin belum selesai lagi rasa sakit hati ni ,ni tambah sakit hati bila orang yang kat depan barisan tu tengah acah papah acah sweet.

Sial,aku tumbuk muka minah tu je kot bukannya potong kaki dia. Drama je lebih nak suruh Aqim kasihankan dia lepastu benci aku.

And kenapa Aqim kena papah dia,dia dah tak ada kawan perempuan ke sampai gatal sangat nak suruh lelaki papah dia naik bas. Ada aku koyakkan tudung dia kang. Kawan aku yang freehair ni pon tak gedik camtuh

Taste Aqim ni memang spesies budak raver ke acanner.

Kau tunggu ada lori ada batas,ada hari aku tebas kening kau biar jadi ikan kering takda kening.

"don't cry okey,don't you dare to cry!" ni nak dekat kali keberapa puluh dah Aqis berbisik pada aku supaya jangan nangis.

"kau diam weh diam. Jangan lepasni kau yang nangis aku kerjakan" ugutan Najihah membuatkan Aqis menjelingnya setajam pisau yang kita nak tikam crush yang reject kita.

"dah dah shut up girls..naik cepat" arah Izham selamba menolak tubuh kecil Alia supaya bergerak kehadapan lagi.

"pehal tolak tolak,aku masih tak settle dengan kau lagi tau ! Sebab kau aku tak sempat tumbuk muka perempuan bajet lawa tadi ey!!"

Amarah Alia dan memusingkan tubuhnya kearah Izham yang berada di belakangnya.

Akibat ketinggian mereka yang amat ketara Alia menarik tali leher Izham supaya jejaka itu menyamai ketinggiannya lalu dahi lelaki itu ditepuk sekuat hati

"ARGHHHHH!!!" jerit Izham bagai kena seksa dengan tentera zionis

"rasakan! Rasakan lo!!"kata Alia yang masih menepuk dahi jejaka itu. Izham apa lagi? Dia tahan jela, kalau Alia tu lelaki dah lama dia angkat lepastu baling jadi bola besbol

Afif pula awal awal sudah memotong barisan Izham dan Alia. Dia kini duduk di belakang Najihah. Akibat tindakan ganas Alia,dia takut kalau Najihah kena tempias ke apa

Alia bukan boleh dijangka. Niat nak pukul Izham nanti Najihah di belakangnya yang terkena pukulan tu nahas.

Kerana Alia yang tangan tak boleh duduk diam terus Afif berdiri betul betul di belakang Najihah.

"arkh!" aduh Afif bila siku Alia yang sedang menepuk dahi Izham tu terkena pinggang dia. Ni la kalau berkawan dengan orang skinny. Kat siku tu macam takda isi ada kulit durian gamaknya.

Serentak itu Najihah menoleh kebelakang setelah bertengkar dengan Aqis sebab aku.

"eh bila masa kau duduk belakang aku? Bukan ke Alia--" pertuturan Najihah terhenti bila dia saksikan perlawanan WWE antara Alia dan Izham di belakang Afif. Terkelu bibirnya ,dibatalkan sahaja niatnya yang ingin bersuara.

Afif hanya senyum nipis sambil menunduk memandang Najihah. Dalam hati berdoa syukur sempat dia lindungi gadis pujaan hati. Kalau dia terlambat protect Jihah mesti siku Alia kena kepala Najihah.

Esokkan jadi arwah budak tu

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Masuk sahaja ke dalam bas,aku hanya mendiamkan diri. Sejak kejadian di kantin tadi aku hanya menguncikan mulut dari bersuara.

Aqis di sebelah aku pula asyik bermain dengan telefon bimbitnya, aku memanjangkan tekak memandang keadaan sekeliling bas ini.

Najihah duduk di sebelah Afif tengah berebut boxer Afif yang entah macam mana ada di situ. Ni mesti kes Afif tidur rumah Izham tapi malas kemas baju last minute so dia just letak dalam beg dia.

Bapak pengotor.

Aku pandang pula kearah Alia dan Izham. Alia tengah menampal cool fever kedahi Izham. Penangan pukulan Alia kot sampai jadi camtu.

Akhir sekali aku terpandang pasangan di hadapan,Aqim dan Karmila.

Aku memandang mereka berdua dengan beribu perasaan.

Benci

Meluat.

"weh aku tak puas hati duh. Aku tak suka tengok diorang bahagia" bisik aku pada Aqis.

"alaa lek ar,karma is real. Kau tengok esok lusa Aqim tu sedarla dia terpilih kaca bukan permata. Ha time tu baru menyesal nak dekat kau tapi sayangnya kau dah tunang dengan lelaki lagi hensem dari dia"kata Aqis dan angguk laju dan tersenyum sinis

"aku doakan je"bisik aku lagi dan kami berdua ketawa perlahan supaya tiada yang tahu niat tabaik kami berdua

Bas kami berhenti perlahan bila traffic light warn hijau bertukar warna merah. Serentak itu Aqis menepuk lengan aku bertalu talu

"weh weh weh"

"apa weh pa?" terus Aqis memuncungkan bibir kearah tingkap sebelah aku sebab aku duk tepi tingkap.

Kini aku nampak ada tempat macam kandang yang penuh dengan kambing dan lembu. Ada yng tengah berak secara slow motion dan itu menyebabkan aku tayang muka jijik

"kau nak suruh aku tengok diorang berak ke ?" soal aku dan mencapai beg galas aku yang aku letak kat kaki. Botol air mineral aku capai sebelum aku buka and minum

"takla.. Kalau nak tahu tu Kamila"

Tersembur air dari mulut aku

"woi iliya kau buat penyemburan racun apa ni wehh!?"pekik Aqis sebab beg dia digantung depan aku--

"ops sorry"kata aku seraya mengelap beg nya

"kau ingat air liur kau air menyirami tumbuhan lepastu taik gigi ni baja ha!?" jeritnya dengan sur yang perlahan

"babi jugak kau kan"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Camera di phone aku jadikan cermin,terus aku sapu sikit liptint kat bibir aku supaya tak pucat. Disebabkan Harraz pergi kesat tadi jadi aku terpaksa pakai balik. Setelah itu aku simpan liptint ke dalam poket.

And baru aku perasan.

Phone siapa dalam poket aku weh!?

Aku pandang phone di sebelah tangan kiri dan kanan aku. Sejak bila pula aku ni iphone user?

Aqis yang sudah mengemas makanan yang dia melantak dalam bas terus membulatkan mata memandang aku. Eh maksud aku tangan aku

"weh! Sejak bila kau beli iphone ni!?" teruja dia. Pantang nampak barang mahal terus teruja. Aku syak kawan aku ni mata duitanla.

Aku tayang muka bosan,

"ni maybe tunang aku punya kot. Aku tersilap bawa pastu tak bagi dia" aku pula dah berdebar sakan dalam hati. Macam mana aku boleh lupa nak bagi kat Harraz weh. Sekarang ni mesti dia tengah meroyan cari phone dia.

"wow sweetnyaa" kata Aqis dengan muka bersinar.

"bukakla wei. Bukan selalu boleh check." katanya

"malaslaa, privasi ok"kata aku acah baik. Padahal aku nak check juga tapi taknak bagi Aqis join. Nanti dia terpikat susah!

"aku nak tengok muka dia jugak . Hensem ke tak tunang kau . Alaa please pleaseee" dia menggosok kedua belah tapak tangannya memandang aku. Aku pula buat muka 'tak boleh'

"dah dah jom turun"tegur Afif tiba tiba yang sudah berdiri di tepi tempat duduk Aqis.

Aku baru perasan yang kami dah sampai. Dari cermin aku perhati sekeliling suasana kolej Harraz ni.

Nampak gaya aku kena belajar bersungguh sungguh ni supaya dapat masuk kolej macam ni. Bapak cantik siot !

Turun saja dari bas,terus cikgu mengira jumlah murid yang ada sekarang. Kang hilang menangis tak berlagu cikgu nak cari.

Akhir sekali kami menyusul beberapa pelajar kolej yang akan menyertai ceramah . Aku berkepit dengan geng aku jela.

Sekarang aku hanya nak diamkan diri sebab sakit mata tengok Kamila duk kepit dengan Aqim.

Entah berapa kali hati aku hancur berderai.

Syok aku perhati diorang sampai tak perasan yang kami dah sampai ke satu ruang .

Semua pelajar dari sekolah kami mula terpegun melihat ruangan yang akan kami diami selama 3 jam ni.

"wow,bertuah kita dapat datang sini tau" kata Alia tiba tiba membuatkan aku memandangnya

"kan,selalunya cikgu buat ceramah kat dewan sekolah je" sokong aku dan tersengeh sebelum menyentuh hujung tudung aku kasi cantik sikit.

"selalunya dapat tengok dalam tv je. Kan best love story start kat sini auwww" Najihah menepuk pipinya yang terasa membahang tiba tiba bila teringat akan drama drama melayu tentang teenage love story .

"eleh " kata Afif perlahan seraya berdecit perlahan mendengar statement yang keluar dari mulut Najihah.

"weh weh abang fasi suruh masuk " kata Izham bila beberapa pelajar kolej yang ditugaskan jadi fasilitor kami menyuruh kami masuk dan mengambil tempat duduk.

Aku pandang muka 2 lelaki . Hensem weh muka diorang huwaaaa!!!

Melihat wajah abang abang yang akan jadi fasilitor kami harini membuatkan beberapa pelajar sekolah aku terutamanya perempuan berfangirling.

Siap sebut nama la apa la. Ni mesti geng instafamous ni

"eh Kings of Musics la!!" jerit salah seorang pelajar sekolah aku. Terus aku menekup telinga aku bila dia jerit betul betul belakang aku.

Mende Kings of music?

"apatu?" soal Aqis

"korang tak kenal ke 2 orang tu? Dia instafamous weh siap buat band aku memang minat diorang wei!!" jerit Azliya seperti kena sawan bila cerita pasal mamat mamat tu.

Aku agak terkedu. Wow swag gituu siap ada band. Ada rupa

"tapi band diorang 3 orang. Yang ada kat sini 2 orang je aish" rungut Damira bff Azliya tadi

"yang sorang lagi hensem lagi ke!?" soal Najihah yang turut tertarik. Najihah ni pantang nampak lelaki hensem sikit. Dia akan bertukar watak jadi gedik semacam

"eh sebabtu aku broken! Yang sorang lagi tu leader! Hensem tak boleh bawa bincang" teruja Damira lagi

"nanti tunjuk eh hihi!" kata Najihah.

"weh Damira, Azliya, ada orang panggil kau kat belakang" kata Afif tiba tiba muncul

Terus Damira dan Azliya berundur kebelakang sebab bodoh percaya dengan Afif. Afif jealous sebenarnya sebabtu dia halau dua ekor tu dengan cara halus.

Najihah pula dah menghentak kaki

"asal kau kacau!?"

"apa? " soal Afif acah blur

Aku pula hanya diam sahaja.

aku dengan geng aku ambil tempat tengah tengah untuk mengelakkan kitorang tidur sewaktu ceramah dijalankan.

"Assalamualaikum and goodmorning to all the students yang terpilih mengikuti ceramah ini. Saya Tengku Hariz panggil saya Abang Riz dan 4 orang kawan saya akan memberi sedikit taklimat untuk kamu semua pada hari ini" kata salah seorang lelaki dari 2 orang tu. Okay hensem jugakla tapi tak hensem sangat AHHAHAH

"wehh!! Jodoh aku ke tuuu aku fallin in lovelaaa!" kata Najihah sambil menggoyangkan lengan aku supaya memberi perhatian kepadanya.

Aku pandang muka Afif yang tengah bengang. Hanya aku je yang tahu Afif ada hati dengan Najihah. Aku buat muka serba salah pada Afif. Afif yang berada di sebelah Najihah hanya menggulingkan matanya

"shit" carut Alia bila Aqim dan Kamila betul betul duduk di hadapan kami berenam. Lantas Alia menyentuh lengan aku tapi pantas aku kata yang aku okey dan jangan risau sambil tersenyum

Pantas aku pandang hadapan. Erm,Aqim siap sandar tangan dekat penyandar kerusi Kamila.. Buku nota yang aku bawa keluar tadi aku gulung dan genggam sekuat hati menahan rasa.

Padahal aku rasa nak meraung dekat sini. Aku memandang mereka hanya sekilas sebelum menunduk. Entah kenapa tiba tiba mata aku bertakung dengan air mata.

"Luqman Ashraf call me Ash. Tak payah ber abang dengan aku sebab aku geli. Siapa yang tak beri perhatian boleh keluar sekarang" kata fasi yang bernama Ashraf tu. Bapak dingin.

"ew,kerek namampus" kata Aqis selamba dan memandang kakinya seketika. Tapi suara dia punya kuat tu tak boleh bawak bincang wei

"saya dengar cik , please pay some respect sebelum saya keluarkan kata kata yang tak elok didengar nanti" tegur Ashraf membuatkan Aqis hampir tersedak. Cuak gila muka,Aqis ingat takda orang dengar kot.

"kalau tak suka saya boleh get out sekarang"

"sorry!" kata Aqis tak berapa ikhlas. Wajah kerek Ashraf dijeling punya perasaan meluat.

"ha yang ni asal duk rapat rapat ni. Nampak baju macam pengawas, tapi buat perangai tak senonoh macam ni" tegur Ashraf lagi dan semua memandang Aqim dan Kamila yang berkepit pastu sentuh sana sini. Pikir bahagia la!?

Aku pula dah tak boleh tahan tengok kebahgiaan diorang. Terus aku bangkit dari tempat duduk aku mahu keluar. Aku sanggup dianggap loser sebab aku memang tak kuat.

"aku nak ke tandas jap" kata aku pada Alia. Terus aku menuruni tangga satu persatu. Pandangan semua di ruang ini aku abaikan.

Semakin laju derapan kaki aku melangkah,semakin bertambah air mata bergenang di tubir mata.

"eh yang tu nak ke mana tu?" tegur Hariz bila aku sudah menuju ke pintu keluar. Aku buat tak endah.

Sampai sahaja di depan muka pintu terus aku memulas tombol pintu .

Aku dikejutkan pula dengan wajah seseorang sebaik sahaja aku membuka pintu.

"ha Harraz ,heret budak tu masuk . Aku gurau je yang suruh keluar tu nak takutkan diorang. Tak tahu pula ada yang bebetul nak keluar " tegur Ashraf pula dan mencekak pinggang sambil menggeleng perlahan.

Semua pelajar kini bukan memerhati aku sahaja. Diorang beri perhatian kat Harraz jugak.

Harraz dah memandang aku lama sebelum mendongak memandang sekeliling tempat ceramah ni.

"weh weh tu Harraz la!!"

"ahli Kings of music!!"

"kyaa!!"

Oh,aku tak tahu pula Harraz ni ada band. Arh tak penting. Sekarangni,

Aku pula lepas tengok muka dia terus menundukkan kepala aku. Taknak dia nampak aku menangis kat sini.

" apa pandang pandang? Ada hutang ?hah?" suara dingin Harraz membuatkan satu dewan yang riuh tadi menjadi senyap.

"weh nak start dah ni " kata Ashraf pada Harraz. Menyuruh Harraz pujuk aku duduk balik tempat aku.

Harraz merenung semua pelajar sekolah aku sebelum menundukkan sedikit kepalanya.

"kau okay tak?" soalnya perlahan. Bimbang didengar orang lain.

Aku tersentak dengan soalan dia. Aku tidak beriak malah tiada respon tapi laju mulut menjawab

"t-tak okay..isk" aku mengerutkan dahi bila esakan aku terkeluar tanpa sengaja. Kantoi nangis depan encik tunang!

Terus Harraz menyentuh dagu aku supaya mendongak memandangnya tapi aku tepis bila tangan dia mula mengesat air mata aku yang mula mengalir

"semua pelajar pejam mata!" arah Harraz tiba tiba kepada semua pelajar di situ.

"malasla!" kata Hariz tiba tiba

"dia suruh pelajar ,bodoh!" kutuk Ashraf seraya menyepak kaki Hariz

Semua pelajar sekolah aku mula terkebil kebil bila mendengar arahan Harraz.

"pekak ke? Tutup ma-" belum sempat Harraz menghabiskan ayatnya semua pelajar sekolah aku mula memejamkan mata mereka.

Harraz perhati sorang sorang sebelum memandang aku balik.

"perhati,siapa buka mata, siap !"arah Harraz mendatar kearah 2 sahabatnya itu

Tbc❤

次の章へ