webnovel

Bab 25 : Sakit tak?

Dua hari kemudian....

Satu persatu kacang disumbat ke dalam mulut saat orang yang duduk bersila di atas bangku tekun menyalin nota sambil di temani rakan di sebelah yang sedang menaip sesuatu di laptop yang diletakkan atas riba.

"Zara Delisha!"pekik suara lantang dari arah depan.

Sambil mengunyah Zara memandang ke depan. Bersemuka dengan tiga lelaki yang awalnya terkenal dengan muka kacak. Kini masing-masing sudah berlebam dan bertampal dengan kain kapas luka.

"Hai Jackson..."sapa Zara.

"Ni semua onar kau kan! Kau yang buat semua ni kan!""bentak lelaki itu sebelum berhenti di depan Zara. 

Dia baling helaian kertas ke muka Zara dengan kasar sebelum memandang Daniel yang duduk di sebelah Zara. Dia ketap rahang dengan kuat kerana berasa bengang.

Zara mengutip helaian kertas yang berterabur di atas ribanya. Semua tu adalah screenshot gambar dan nama email yang dia hantar tempoh hari kepada dekan tempoh hari.

"Kenapa kau rasa ni kerja aku?""tanya Zara sambil dongak memandang Jackson.

"Hari tu...masa Kennedy tampar kau...kau seluk telefon aku...hantar semua video ni dekat email ayah aku...kemudian kau hantar pesanan dekat kawan aku untuk ambil telefon tu untuk buatkan macam dia adalah pelakunya...tengok apa kau dah buat dekat kita orang!"tunding Jackson pada rakan-rakannya sudah lebam dek dibelasah olehnya.

Zara memandang tidak berminat ke minion-minion Jackson lalu berkerut kening.

"Sakit tak?"soal Zara.

Mulut Jackson terbuka sedikit mendengarnya.

"Apa kau tanya?"soalnya dengan nada tak percaya.

"Sakit tak?"soal Zara sekali lagi.

"Mestilah sakit...kau cubalah rasa bila di sepak dan ditendang sendiri dengan juara judo universiti ni..."marah rakan Jackson.

Zara mengangguk kepala.

"Tahupun sakit...masa kau sepak senior Daniel tumbuk dia...ada tak kau fikir apa dia rasa masa tu?"soal Zara sambil memandang Jackson.

Daniel yang dengar berpaling memandang terkejut ke arah Zara. Zara buat semua ni untuk dia?

"Oh...jadi kau buat demi teman lelaki nerd kau ni?"tunding Jackson."Kalau bukan disebabkan ayah kau...dah lama aku tumbuk muka kau tu sampai pecah tahu tak!"jerkah Jackson sampai timbul urat pada permukaan kulit lehernya.

Zara menjungkit bahu.

"Well karma is a b*tch man...can't help about it..." kata Zara bernada tidak peduli.

Jackson yang sudah hilang sabar terus mencekau kolar baju Zara memaksa Zara berdiri tegak di depannya.

"Jangan kau fikir disebabkan kau perempuan aku tak takut untuk apa-apakan kau Zara."

Daniel bangun dari situ dan mahu menghalang tetapi dua orang rakan Jackson menghadangnya.

Zara berdengus mengejek lantas tersenyum mesra.

"Buatlah kalau macam tu. Sikit pun aku tak hairan."Senyuman itu terus bertukar menjadi renungan tidak suka."Tampar...pukul. Tunjuk diri kau tu hebat...berani kau kan..rakam video tanpa kebenaran?Kau rasakan kalau hal tu diketahui oleh semua student dalam fakulti ni. Apa nasib yang bakal menimpa kau?"soal Zara berbaur mengugut.

Jackson terkedu selepas mendengarnya.

"Untung-untung aku share video tu pada ayah kau...macam mana kalau berita ni sampai dekat badan liga sukan?Kelayakan kau sebagai ketua pasukan judo pasti akan dilucutkan serta merta....most important, nama baik kau sebagai best student dalam majlis pelajar akan terjejas..."jelas Zara memandangkan Jackson si otak udang depannya terlalu lembab untuk jawab soalan mudahnya.

Cengkaman pada kolar baju Zara semakin lama semakin erat dicengkam Jackson setelah lelaki tu dengar kata-kata Zara.

"Ka-kau-"tak terkata Jackson dibuatnya.

Zara menarik senyuman sinis meleret ke kanan. Ini pepatah kata, buku bertemu ruas.

"Atau apa rasanya perasaan James nanti bila tahu anak perempuan kesayangan dia telah dicabul oleh anak dekan universiti yang selama ni dia support?"kata Zara bernada tertanya-tanya.

Kening Jackson berkerut kebingungan. Dia memandang cuak ke Zara sebelum melepaskan cengkaman dari kolar Zara dengan kasar.

Zara membetulkan pakaiannya lalu kembali duduk menyilang kaki di bangku. Memandang Jackson yang berdiri di depannya bersama senyuman kemenangan dia.

"Aku nampak apa yang kau buat dekat cafeteria hari tu...rasanya kan kalau hal ni sampai dekat telinga bapak Kennedy...aku tak rasa cerita ni akan berakhir dengan baik..."

Zara sandar rehat pada bangku seperti bos besar sebelum melalukan tangan ke arah dua rakan Jackson supaya lepaskan Daniel. Yang mana mereka berdua turuti dengan patuh.

"Ka-kau nampak?"gagap Jackson.

Zara menjungkit kening tanda dia mengangguk.

"So...masih lagi nak pukul aku?"cabar Zara.

Daniel kembali duduk di sebelah Zara dengan air muka tergamam dan terkejut.

"Itu salah dia jugak sebab pakai macam tu!"balah Jackson yang tidak mahu kalah.

"Well dia perempuan..ada hak untuk pakai apa dia nak...sementara kau..tak ada hak nak cabuli dia macam tu sekali...tak malu ke?"soal Zara.

Jackson sudah kecacingan, tidak dapat berdiri tegak dan tenang selepas mendengarnya. Mati kutu untuk membalas kata-kata Zara.

"Siapa dia dengan kau?Asal kau buat semua ni?"tanya rakan Jackson.

Zara meletakkan tangan di kepala bangku dia duduk lalu menopang kepala di atas tangan itu.

"Boleh dikatakan sebab aku bosan..."jawab Zara semasa menilik wajah kacak Jackson dalam-dalam.

Daniel yang sejak tadi mendiam dan memerhati Zara boleh lihat renungan sedih di balik mata gadis itu. Hairan kenapa Zara bersedih untuk perkara benar yang dilakukan.

"Fine...kau menang. Kalau benda ni sampai dekat orang tua tu...dan ayah aku dapat masalah. Orang pertama yang aku cari adalah kau!"ugut Jackson.

Zara memandang Jackson dengan perasaan kecewa. Kenapa semua lelaki berperangai tidak guna. Tiada lagi ke lelaki yang berperikemanusiaan dan menghormati wanita. Adakah lelaki dilahirkan dan dicipta untuk menyakiti kaum wanita?Bukan ke sepatutnya mereka menjadi pelindung kaum wanita?

"Um..what ever."Zara lambai tangan menghalau ke mereka.

Jackson beredar dari situ dengan rakan-rakan lelaki itu tanpa berlengah. Meninggalkan Zara dan Daniel sendirian di bangku tersebut.

Sejurus itu, Zara melepaskan hela nafas letih. Kepalanya tunduk memandang ke bawah bersama mata terpejam rapat. Penat!

Daniel di sisi teragak-agak mengangkat tangan lalu mengusap belakang badan Zara.

"Awak buat kerja yang baik. Good job Zara." puji Daniel.

Zara mengangkat kepala, menarik senyuman nipis di bibir. Menatap wajah Daniel dengan perasaan lega. Mungkin bukan semua lelaki jahat...mungkin masih ada lelaki yang berhati murni di luar sana.

"Saya tak tahu macam mana nak balas semua yang awak dah buat untuk saya Zara..."senyum lelaki itu dengan ikhlas. Ya, dia tak tahu. Banyak Zara dah buat untuk dia sampai tak terkira budi gadis ini.

Sejak hari pertama Daniel jejak kaki di situ, Zara la yang tolong guide dia untuk ke sana sini. Zara la yang tolong dia masa dia hilangkan kad id pelajar.

Bukan tu je, Zara jugak yang tolong Daniel dari di rompak dengan pelajar lain. Tak cukup dari tu Zara yang selalu pertahankan diri Daniel bila Daniel ditindas dan di buli. Ada masa tu Daniel punya duit kena rampas dengan pelajar lelaki yang lagi kuat dari dia sampai tak dapat nak makan satu hari tu. Zara sendiri yang berikan makanan pada Daniel.

Sampai la sekarang, Zara tak pernah berhenti bantu Daniel. Dan tak pernah sekali pun Zara mengungkit mahupun minta balasan. Yang mana membuatkan Daniel serba salah dan malu.

Sambil tersenyum manis, Zara menepuk bahu Daniel.

"Satu jer yang awak boleh buat untuk saya.."

Daniel berkerut kening tidak faham.

"Apa dia?"

Zara tersenyum lebar sampai mata dia ikut tersenyum.

"Belanja saya aiskrim Baskin Robbin.."sengih Zara sambil menari-narikan keningnya.

Daniel yang lihat ketawa. Tingkah Zara telah mengamit hatinya. Terus dia cubit perlahan pipi Zara.

"Apa saya nak buat dengan awak ni Zara?"kata Daniel dengan sisa ketawanya.

Zara yang lihat Daniel ketawa berasa senang hati. Dia memandang sedih ke Daniel. Sejak dia berkawan dengan Daniel sedikit sebanyak lelaki itu sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

Selain Sarah,Daniel adalah insan yang baik terhadap dirinya.

"Bersama dengan saya untuk selamanya.." minta Zara dalam hati dengan perasaan berharap.

次の章へ