webnovel

Keluarga Moyang Sebelah Bapa Kenzie

"Ashley?" 

Ashley merasa bahunya disentuh oleh seseorang. Oleh kerana dia tidak sedar yang bahunya disentuh, badannya bertindak balas dan dia terlompat di tempat duduknya sendiri kerana terkejut. Ashley lantas berpaling ke arah orang yang memanggil namanya.

"Kau kenapa termenung, Ash? Apa yang kau fikir ni?" tanya Raquel.

Ashley pula yang bingung. Dia memandang sekelilingnya dan dia sedang duduk bersama dengan Raquel dan Ted di dalam dewan untuk taklimat. Baru Ashley sedar yang dia sebenarnya sudah masuk ke dalam dewan sejak tadi.

Ashley mengingati lagi kejadian tadi, di mana dia telah berjumpa dengan Kenzie. Setelah Ashley mengambil kertas itu dan mengucapkan terima kasih, seperti lipas kudung dia berlari meninggalkan Kenzie di sana.

Ashley juga tidak sanggup menatap wajah lelaki itu kedua kali, jadi dia hanya mampu menunduk sepanjang masa dan sebaik saja dia duduk di tempat duduk, fikiran Ashley terus menerawang jauh. 

Otaknya tidak habis-habis berfikir; Apa perasaan Kenzie lepas dia nampak saya di sini? Dia sedarkah yang saya akan mula belajar di kolej ni lagi? Adakah dia akan rasa gembira atau marah? Atas alasan apa pula yang dia gembira nampak saya di sini? 

Sepatutnya saya periksa yang dia ada atau tiada di kolej ni... Kenapalah saya perlu ada di kolej yang sama dengan dia? Kenapa selepas lima tahun saya berusaha untuk lari dari dia, berusaha untuk melupakan semua memori lama, dia datang pula? Macam mana saya nak lupakan semuanya kalau begini?

"Ashley, kau menghayal lagi? Boleh pula kau menghayal masa saya tanya kau?" kata Raquel pula.

"Kau ada jumpa Kenzie tadi?" tanya Ted tiba-tiba, membuatkan wajah Ashley bertukar menjadi merah. Sekali lagi, Raqeul terus menampar belakang kepala Ted. Ted mengaduh kesakitan sambil menggosok belakang kepalanya.

"Cuba kau berhenti cakap nama tu!" leter Raqeul.

Ted tidak banyak cakap dan hanya menunjukkan muncung itiknya yang kecil. Tangannya tidak berhenti mengusap belakang kepalanya yang diketuk. Perlakuannya jelas menunjukkan Ted seperti seorang budak kecil yang baru saja dimarahi oleh ibunya.

"Kau okey, Ashley? Kejap lagi sudah mahu mula taklimat ni. Jangan pula masa tu, kau menghayal lagi. Nanti kau terlepas lagi dengar maklumat yang kena bagi," kata Raqeul. Tidak pasal-pasal pula yang dia menjadi macam mak nenek, menasihati Ashley yang macam hilang arah iu.

Ashley pula hanya mengangguk lemah. Dia menjadi lemah semangat kerana dia tidak sanggup berjumpa dengan Kenzie lagi. Setelah lima tahun berlalu, Ashley ingat yang dia sudah boleh menerima kenyataan namun bila dia berjumpa dengan Kenzie hari ini, barulah Ashley sedar yang sebenarnya dia masih belum melupakan Kenzie.

Aduh, jadi saya nak buat apa lepas ni?

Takkan saya asyik nak lari saja dari dia?

Tapi apa salah saya sampai saya kena lari dari dia?

Sedar tidak sedar, dewan itu mula dipenuhi dengan para pelajar baru yang sudah siap mendaftar. Taklimat pun segera dimulakan tanpa gangguan. Terkadang dewan itu penuh dengan gelak tawa kerana cerita lucu yang dikatakan oleh para taklimat. Malah terkadang terdengar juga suara gamat para pelajar yang menyahut dengan bersemangat.

Ashley sedang mendengar taklimat dengan khusyuk. Namun perasaan yang sangat kuat mendorongnya sehingga Ashley menoleh ke bahagian pintu besar di sebelah kanan dewan itu. memandangkan Ashely duduk di bahagian tengah, dia senang melihat pintu itu. 

Sangkanya tiada apa-apa di bahagian pintu itu namun tidak disangkanya, dia melihat sesusuk tubuh yang tinggi sedang bersandar di tiang pintu itu dengan gaya tangannya disilangkan di dada. Wajah dingin itu masih sama seperti apa yang Ashley ingat sejak lima tahun lalu dan tidak pernah berubah. 

Kerana lelaki itu berdiri membelakangkan cahaya, cahaya matahari dari luar bersinar dari belakang lelaki itu, memancarkan satu aura baru ke arah lelaki yang berwajah dingin itu. Tentunya suasana ini membuatkan lelaki berwajah dingin itu bersinar macam malaikat di mata Ashley.

Hanya beberapa saat saja mata Ashley menatap wajah dingin lelaki itu. Seorang pelajar perempuan mendekati lelaki itu dan kelihatan sedang menunjukkan sehelai kertas kepada lelaki berwajah dingin itu. 

Wajah Ashley yang tadinya hanya biasa-biasa saja kini sudah bertukar menjadi berwarna merah merona. Ashley terus menunduk dan cuba menenangkan jantungnya yang terus berdegup kencang. Suara dari pentaklimat di depan sudah tidak dihiraukan lagi. Kalau perempuan itu tidak datang tadi, mungkin Ashley akan terus-menerus menatap wajah lelaki itu tadi...

Ingin rasanya Ashley berlari keluar dari dewan itu dan pergi sejauh-jauhnya. Dia tidak sanggup mahu berada di tempat ini lagi. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa di sana juga dia nak pergi? Kenapa bukan ke belakang saja? Kenapa dia saja nak mendera hati saya ni?? 

Ashley terasa ingin menangis saja namun tiada air mata yang keluar. Jiwanya menjerit namun hanya dia saja yang mampu mendengarnya. Kalau ada lubang besar di depannya saat ini, mungkin Ashley sanggup untuk bersembunyi di sana daripada bersemuka dengan Kenzie.

***

***

Kenzie menatap perempuan itu saat dia berlari pergi. Lajunya dia berlari macam kena kejar hantu.

Kenzie memandang perempuan itu hilang setelah masuk ke dam dewan. Dia sangat terkejut bila melihat Ashley ada di sini. Sejak lima tahun yang lalu, Kenzie tidak mahu berjumpa dengan Ashley lagi.

Orang terakhir yang ingin Kenzie berjumpa di dunia ini ialah Ashley.

Tapi kenapa dalam banyak-banyak tempat, Ashley harus ada di sini.

Sejak Ashley berpindah hari itu, Kenzie tidak pernah lagi mendengar berita mengenai Ashley. Kenzie tahu Eden masih berhubung dengan Ashley tapi Kenzie tidak pernah bertanya tentang Ashley.

Kenzie tidak tahu pula yang Ashley berpindah ke sini. Tapi apa boleh buat. Keluarga Kenzie berpindah ke sini juga atas dasar perniagaan.

Kenzie mengeluh kecil sambil mengusap rambut di bahagian kepalanya. Terus saja memori lima tahun lalu terimbas di mindanya. Jelas dan tiada satu pun yang dia lupakan...

"Heh, sudah lima tahun... Kenapa saya perlu ingat lagi?"

Kenzie pun bergerak menuju ke dewan. Walau berat macam mana pun hati dia untuk melihat Ashley lagi, Kenzie perlu mengurus aktiviti mereka hari ini. Kenzie ditugaskan untuk mengurus pendaftaran bagi pelajar baru di kolej mereka.

Taklimat pada pagi itu pun bermula. Pelajar baru yang mendaftar juga agak banyak dan hampir memenuhi dewan besar itu.

Kenzie berdiri di tepi pintu sebelah kanan dewan. Di sana, dia bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Matanya asyik memandang ke arah guru yang sedang memberi taklimat di depan. Matanya fokus memandang sekeliling untuk memastikan yang semuanya berjalan dengan lancar.

Kenzie mengabaikan mata-mata pelajar perempuan yang asyik menjeling ke arahnya. Dengan gaya malu-malu, mereka akan ketawa kecil sambil bercakap sesuatu tentang Kenzie.

Kenzie tidak ambil peduli. Dia sudah biasa menjadi bualan orang. Sejak dari sekolah menengah lagi.

Ketika itulah, mata Kenzie berhenti tepat di mana Ashley sedang duduk. Kenzie pun tidak sedar yang dia memerhati gadis itu.

Tiba-tiba, Ashley mendongak ke depan. Dengan cepat Kenzie memandang ke depan juga. Dia mula mengutuk diri sendiri dalam hati. Apahal pula saya boleh tengok perempuan tu lama-lama ya? Entah sudah kenapa dengan saya ni!

Kenzie sedar yang kini Ashley sedang memandang ke arahnya namun Kenzie membatukan diri di sana. Hanya memandang ke depan dan bukannya ke tempat lain.

Ketika Kenzie berasa tidak selesa dengan pandangan itu, ketika itulah seorang kawan perempuannya datang kepada dan menghulurkan sekeping kertas kepadanya.

Kening Kenzie berkerut melihat kertas itu. Dia segera mengambilnya dari tangan perempuan itu dan berkata, "Tak apa... Ini biar saya yang urus. Kau stay di sini."

***

***

KERANA Ashley berlainan kelas dengan Raquel dan Ted, sepanjang hari ini Ashley keseorangan. Nasib baik Ashley pandai menyesuaikan diri di kalangan pelajar baru yang sama kursus dengannya.

Untuk hari ini, Ashley sudah mengenal beberapa orang rakan baru. Mereka ialah pelajar yang tergolong dari keluarga yang sederhana seperti Ashley tapi mereka sangat baik dan peramah.

Tiba waktunya pulang, Ashley menunggu Raquel di bahagian tempat letak kereta. Sempat lagi Ashley mengucapkan selamat tinggal kepada tiga orang kawan barunya; Laura, Anjel dan Connie.

"Bye, Ashley. See you tomorrow!" teriak Connie sambil melambai kecil ke arah Ashley. Laura dan Anjel pula hanya tersenyum dan berdiri di belakang Connie.

Ashley tersenyum kecil lalu dia melambai ke arah Connie. "Bye!!!!"

Ashley menunggu Raquel dan bila dia tidak melihat Raquel di mana-mana, Ashley bergerak ke pondok kecil yang ada berdekatan. Ashley merungut dalam hatinya kerana cuaca yang panas dan Raquel pula yang lambat datang.

Ashley memandang sekeliling dan melihat pelajar-pelajar lama juga sudah hendak pulang. Terdapat dari mereka yang membawa kenderaan sendiri dan ada yang pergi ke perhentian bas. Sebilangan kecil dari mereka hanya berjalan kaki untuk pulang.

"Oh, Ashley?"

Ashley menoleh ke arah suara yang menyebut namanya. Dia melihat wajah seorang lelaki yang macam dia kenal tapi Ashley lupa siapa. Lelaki itu tinggi dan mempunyai senyuman ramah di mulutnya.

Lelaki itu terus mendekati Ashley dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Lama tak jumpa. Kau ingat saya lagi, Steven..."

Mata Ashley terbuka besar sedikit mendengar nama Steven. Terus saja perasaan gembira menyerap masuk ke dalam hatinya. "Steven? Eh... Kau pun ada di sini?" Dia pun tidak lupa menyambut huluran tangan Steven untuk bersalaman.

Steven ketawa kecil pula. "Saya tak sangka boleh nampak kau di sini. Saya ada nampak nama kau dalam kaunter pendaftaran. Ingatkan orang lain, rupanya memang kaulah. Sudah lima tahun kita tak jumpa. Kau dah banyak berubah. Kau makin hot dari yang dulu."

Giliran Ashley pula yang ketawa. "Ish, apalah kau ni, Steven. Saya macam biasa saja. Kau tu yang berubah. Makin tinggi dan makin handsome. Mesti kau dah ada girlfriend ni, kan?"

Steven menggeleng mendengar usikan Ashley. Sungguh banyak berubah Ashley setelah lima tahun tidak jumpa. Sekarang Ashley sudah pandai nak mengusik orang.

"Saya mana ada girlfriend, Ashley... Kau ni memandai saja nak tuduh orang."

"Eh, takkan orang handsome macam kau tak ada girlfriend pula?" usik Ashley lagi.

"Kenapa asal handsome saja mesti ada girlfriend. Dari manalah kau dapat idea tu," kata Steven pula. Kata-kata Steven itu membuatkan Ashley ketawa saja.

"Tapi saya memang tak sangka lah kau ada di sini, Ashley. Rupa-rupanya, kau pindah ke Sabah juga. Saya ikut Kenzie pindah ke sini setahun yang lalu. Baru saya tahu yang rupanya keluarga moyang sebelah papa Kenzie tu berasal dari sini."

Terkedu Ashley mendengarnya. Keluarga moyang sebelah papa Kenzie juga berasal dari sini... Keluarga sebelah bapa saya juga berasal dari sini... Oh God, takdir apalah yang bawa dia ke sini.

"Oh yakah... Saya tak tahu pula yang kamu berdua ada di sini. Hari ini baru saya tahu korang ada di sini," Ashley berkata dengan senyuman kecil menghiasi bibirnya.

"Baguslah kalau hari ini kita jumpa. Kalau kau rasa ada apa-apa masalah di sini, kau boleh datang tempat saya. Saya boleh tolong apa-apa saja since I'm your senior. First year di sini agak susah, tahu," kata Steven.

Ashley tersenyum kecil. Sejak dulu, Steven selalu baik terhadap dia. Kalau Ashley ada masalah, Steven selalu menghulurkan bantuan kepada Ashley walaupun Ashley tidak perlukan bantuan dari dia.

"Steven!"

Serentak dengan itu, Ashley dan Steven menoleh ke arah orang yang memanggil nama Steven. Kelihatan Kenzie yang sudah bersedia untuk pulang itu memerhati ke arah Steven.

Wajah dingin itu tidak berubah walaupun dia mengalihkan matanya, menatap ke arah Ashley.

Jantung Ashley berhenti berdegup melihat pandangan itu. Aduh, kenapa jantung saya nak buat hal sekarang ni?

Steven tersenyum pada Ashley dan berkata: "Kenzie dah bawa pulang tu. Kami pulang dulu. Kau tak nak pergi sapa Kenzie? It's been five years already."

Ashley memandang sekejap ke arah Kenzie lalu dia memandang ke arah Steven pula. "Saya sudah jumpa dia tadi. Tak apa, korang pulanglah dulu. Saya masih tunggu kawan untuk pulang sama-sama."

Ashley mengeluh dalam hati. Entah pertemuan tadi boleh dianggap baik atau tidak. Apa-apa pun, walau sudah lima tahun berlalu, Ashley masih tidak tahu apa yang Kenzie fikirkan tentang dia. Dia masih marah pasal hal itu kah?

Steven mengangguk. "Bye, Ashley!" jerit Steven sambil melambai sambil dia berjalan ke arah Kenzie.

Ashley membalas lambaian itu dengan senyuman manis. Dia menatap Kenzie beberapa saat sebelum Kenzie dan Steven beredar dari sana.

Hmm, wajah Kenzie masih tidak pernah berubah sejak dulu. Sentiasa dingin...

"Ashley, jom pulang!" jerkah Raquel tiba-tiba membuatkan Ashley tersentak. Tidak sedar pula dia menghayal sehinggalah Raquel datang.

"Oh, kau dah sampai? Ingat kau nak tidur di sini sampai esok. Jom lah!!" kata Ashley. Dia mencapai begnya dan bergerak ke kereta.

Terkebil-kebil Raquel mendengar kata-kata Ashley. "Tak guna punya kawan. Boleh dia perli saya macam tu! Saya lambat 30 minit saja pun..."

Susahlah buat cerita slow romance ni..

Actually kita belum smpai kemuncak lagi...

Kita masih jauh dri yg kemuncak...

So, di sini saya umumkan, crita ni akan

jdi fast forward.

*Fast forward 50x

bbeatyybrrcreators' thoughts
次の章へ