webnovel

Bab 25 : Weekend Nightmare

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ketukan yang kuat di pintu bilik Noah membuatkan dia terjaga dari tidurnya. Sayup-sayup juga kedengaran suara mamanya memanggil namanya berulang kali. Dia merengus geram kerana baru beberapa jam yang lalu dia berjaya melelapkan matanya selepas terlanjur bermain game sehingga jam4.00am.

Noah mencapai telefon bimbitnya di birai katil dan memeriksa jam sudah menunjukkan jam berapa.

8.30am.

Ahad.

Ahhhh, apa yang urgent sangat di hujung minggu hinggakan dia mahu tidur pun tidak senang. Dia membentak geram di dalam hati, kalau diikutkan hati mahu sahaja dia meneruskan tidurnya dan membiarkan mamanya di luar bilik. Namun, dia bukanlah seorang anak yang derhaka. Dia tidak sanggup untuk membuatkan mamanya ternanti-nanti.

Perlahan-lahan dia turun dari katilnya dan menuju ke pintu bilik. Dia membiarkan rambutnya yang tidak terurus seperti sarang burung.

"Yes, mama...what happen?"

Noah membuka pintu biliknya dengan yakin.

"Oh, my God! Noah...you just wake up? I'm so sorry, did i wake you up?" Mata Noah terbeliak kerana terkejut bukan kepalang melihat Elisya. Bukan mamanya tetapi Elisya. Yes, Elisya on weekend infront of his door. Wth, is she doing in his house?

"Awak buat apa di rumah saya?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Noah. Perasaannya tiba-tiba membuak-buak geram melihat gadis tersebut. Tidak pasal-pasal tidurnya yang sangat berharga di hujung minggu terganggu oleh tetamu yang tidak pernah diundang. Kalau Orange yang berdiri di hadapan pintunya sudah tentu dia dengan senang hati akan memeluk gadis tersebut.

Elisya tersengih-sengih sambil bermain-main dengan hujung rambutnya, malu-malu mahu memandang Noah. Gedik. Noah memarahi di dalam hati.

"Actually, i nak breakfast with you today. So, i come early to make your breakfast with auntie but auntie said that you always wake up late. Well, thats why i knocked your door to wake you up."

Noah mendengus marah kemudian menutup pintu biliknya tapi di tahan oleh Elisya. Nonsense. Mamanya pun satu, boleh pula dia benarkan Elisya masuk ke dalam rumah dan menyediakan sarapan untuknya dan lagi penting naik ke biliknya. Damn.

"Eh, no need to mandilah. Jom, turun bawa and breakfast together. Auntie and i dah siap masak breakfast. I cook something special for you." Ujar Elisya lagi dengan aksi manjanya. Namun, Noah tidak mempedulikannya. Dia menolak daun pintu tersebut dengan kasar, tidak peduli dengan tangan Elisya yang menahannya. Nasib baiklah gadis tersebut sempat juga menarik tangannya daripada tersepit. Kalau tersepit, boleh tahan juga sakitnya. Boleh masuk wad ICU kerana Noah menghempaskan pintunya dengan sepenuh tenaga. Cukup untuk memperlihatkan betapa dia tidak menyukai kehadiran Elisya.

Tok! Tok! Tok!

Elisya masih tidak berputus asa. Dia masih berusaha untuk memujuk Noah agar turun bersamanya untuk sarapan bersama-sama. Hal tersebut membuatkan Noah semakin meluat dan geram. Jika tadi matanya masih terasa berat kerana mengantuk tetapi kini matanya sudah cukup segar. Dia duduk di birai katilnya, memikirkan cara apa yang boleh dia lakukan untuk menghalau Elisya dari rumahnya. Kemudian satu senyum terukir di wajahnya, dia mencapai telefon bimbitnya dan menekan butang dail. Dasar perempuan tak tahu malukan, biar saya kenakan awak kaw-kaw.

********

Komputer riba Orange sudah tersedia di atas meja belajarnya tetapi dia masih tidak tahu apa yang dia mahu lakukan. Timbunan buku-buku rujukan yang dia pinjam daripada perpustakaan sekolah dan daerah juga masih tersusun rapi belum dibaca. Fikirannya tepu tidak mampu untuk berfikir dengan baik.

Komik dan majalah di rak sebelah mejanya seakan memanggil-manggil namanya meminta untuk dibaca. Tahan Orange, tahan...Dia menarik nafasnya dalam-dalam, cuba untuk bertenang. Manalah tahu, mood study-nya akan datang tiba-tiba bersama dengan limpahan idea yang melimpah-ruah.

Alunan muzik deringan telefonnya membuatkan dia tersentak. Siapalah yang menelefonnya awal pagi di hari Ahad ini. Dia mencapai telefon bimbitnya dan nama 'the devil' tertera di skrin telefonnya. OMG, apa lagi yang lelaki ini mahukan darinya di hujung minggu. Tidak cukupkah dia mengenakan dirinya sewaktu hari persekolahan. Tidak bolehkah dia berehat dengan aman dan damai di rumahnya tanpa sebarang gangguan? Namun, mahu tidak mahu terpaksa juga dia menyambut panggilan tersebut. Nanti tidak pasal-pasal pula dia akan dimarahi lagi oleh Noah pada hari esok.

"Hello, apahal call-call nie?" Tanyanya sedikit geram.

"Come to my house ASAP." Noah menjawab di hujung talian, membuatkan Orange merengus marah. Dia baru sahaja mahu mencari mood untuk menyiapkan tugasannya tapi nampak gaya usahanya itu terpaksa dia batalkan.

"Why? Why should i come to your house? Do you want me to do something ridiculous again?" Kemudian kedengaran suara Noah tertawa kecil.

"I miss you or should i come to your house? Your papa must be home, right. Mama mentua sudah meluluskan saya, sekarang lets see what your papa think about me. Manalah tahu, esok-esok saya boleh bawa rombongan meminang pula." Noah berseloroh.

"Hei, don't you ever think to come to my house again, okay. Not without my invitation." Orange menjawab tegas, membuatkan Noah tertawa lebih kuat.

"Kalau begitu, awak datang ke rumah saya. Jumpa bakal mama mentua awak pula." Kata-kata Noah itu membuatkan Orange terasa mahu menangis. Kenapalah lelaki itu selalu memaksanya untuk melakukan sesuatu di luar kemahuannya dan kenapa dia selalunya terpaksa akur dengan permintaannya. Orange mendiamkan diri. Cuba untuk mencari alasan yang boleh menyelamatkan dirinya. Mama sakit, saya perlu menghantarnya ke hospital. So, i can't come to your house today, sorry. Atau. Papa tak benarkan saya keluar dari rumah, he asked me to study kan exam sudah nak dekat. Atau. Selina need me untuk bantu dia study. Atau. Our lovely cat dead. Kami perlu berkabung di rumah untuk menghormati ketiadaannya, but sejak bila mereka ada kucing pula? Damn excuse.

"I give you 30minutes to come or i'll come to your house." Noah bersuara apabila Orange lambat memberikan respond.

"No,no,no! I'll come to your house, now."

Klik. Talian diputuskan.

Orange mencampakkan telefon bimbitnya ke atas tilam kemudian bergegas untuk bersiap. Dia mengenakan t-shirt Adidas putih dan seluar jeans straight cut berwarna biru. Sedikit mekap dan secalit lipbalm pink kemudian menyemburkan sedikit perfume bodyshop Altlas Mountain Rose Eau de Toilette. Cukup. Tidak perlu mahu mengada sangat bergaya, ujarnya di dalam hati. Sebelum meninggalkan biliknya dia melihat dulu pantulan dirinya di cermin meja soleknya. Puas hati.

"Mama, papa. Orange nak keluar ke rumah Corina sekejap." Ujarnya sambil bergegas ke pintu dan mengenakan kasut converse putih miliknya.

"Corina ke Noah?" Selina menjawab selamba di sebelah En.Philip. Hal tersebut membuatkan Orange terpusing memandang adiknya itu. Pn.Amily di hujung sofa, tersengih cuba untuk menahan tawanya. Selina, awak memang nak kena! Orange menyumpah di dalam hati.

"Lebih baik berterus terang daripada terus-menerus menggunakan nama Corina, kan papa..." Selina menambah lagi. Orange semakin geram dengan adiknya itu. Kalau boleh, mahu sahaja dia membaling mulutnya dengan kasut tetapi dia menahan dirinya. Nanti silap balingan terkena pula papanya, tidakkah lebih gawat itu.

"Selina is right, Orange. Just tell us the truth. Jangan gunakan nama orang lain sebagai alasan." Papanya juga menyokong kata-kata Selina sambil tersenyum nakal. Awak tunggu pembalasan dari saya Selina, awak tunggu.

"Whatever...got to go." Hanya itu jawapan Orange kemudian bergegas keluar, lebih lama dia melayan kerenah keluarganya itu semakin menjadi-jadi lagi usikan mereka nanti.

"Jangan lupa bawa bakal menantu papa itu datang jumpa papa nanti. Tak adil jika mama kamu sahaja yang mengenalinya." Sayup-sayup dari garaj Orange mendengar kata-kata papanya. Membuatkan Orange lagi bergegas untuk beredar. Bakal menantulah sangat.

********

Noah dari tadi mundar-mandir di dalam biliknya, sesekali dia melihat jam di telefon bimbitnya. Takkanlah Orange benar-benar tidak mahu datang ke rumahnya atau ada apa-apa yang berlaku ketika dia dalam perjalanan kerana terlalu bergegas untuk mengejar 30 minit yang dia berikan. Sepatutnya dia lebihkan sedikit kepada 40 minit atau 45 minit atau 50 minit supaya Orange tidak terlalu tergesa-gesa. Noah memarahi dirinya sendiri.

Sesekali juga pintu biliknya diketuk lagi oleh perempuan psiko tersebut. Tidak habis-habis memujuknya agar turun ke tingkat bawah dan makan bersama-sama. Dia sudah menghantar pesanan ringkas kepada mamanya tetapi mamanya juga gagal menghalau perempuan tersebut. Sekarang satu sahaja lagi alasan yang boleh dia gunakan ialah Orange.

Dia bergegas ke tingkap biliknya, mengintai siapakah gerangannya yang datang. Semoga itu adalah Orange. Namun, tekaannya salah. Darahnya tiba-tiba menyirap naik ke atas kepala. Apa yang dia lakukan datang ke rumahnya? Adakah dia sengaja mencari nahas?

Noah melangkah marah keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah. Kelihatan di ruang tamu, Elisya yang sedang duduk santai dan mamanya yang sedang menyambut kedatangan Caleb dengan gembiranya.

"Wah, auntie tak sangka yang Caleb datang ke rumah hari ini selepas lama tak lawat auntie!" Ujarnya dengan sangat teruja. Keterujaan itu membuatkan Noah terpaksa membatalkan niatnya untuk menyerang Caleb.

"Noah, did you asked Caleb to come? Why don't you tell me earlier? Kalau mama tahu awal-awal, mama tentu akan masak masakan favourite Caleb."

Noah tersengih tawar, cuba untuk menyembunyikan perasaan marahnya. Apa yang membuatkan lelaki itu berani datang ke rumahnya? Noah tertanya-tanya, selepas dua tahun Caleb langsung tidak pernah datang bertandang dek hubungan persahabatan mereka yang renggang. Hari ini dia muncul tanpa diundang.

"There you are, Noah. Lama tau i tunggu you turun. See, Caleb pun terpaksa datang. I asked him to come untuk pujuk awak turun." Ujar Elisya sambil bangun mendekati Noah, cuba untuk memeluk lengannya tapi ditepis kasar oleh Noah.

"Don't touch me." Noah berbisik sinis, cukup untuk Elisya mendengarnya. Elisya terundur sedikit, terkejut dengan tindakan Noah. Dia tidak menyangka yang Noah akan bertindak demikian walaupun di hadapan mamanya.

Patutlah Caleb datang, rupanya Elisya yang memanggilnya tapi untuk apa? Supaya dia akan turun? Psiko. Ridiculous.

Bunyi enjin kereta kedengaran lagi di luar rumah Noah. Orange. Ujarnya dalam hati. Kemudian dia bergegas keluar untuk menjemputnya masuk.

Orange memandang sekelilingnya. Eh, itu bukan kereta Caleb? Dan yang satu lagi seperti dia pernah lihat tapi bila dan di mana? Dia berusaha untuk mengingatinya tapi gagal. Orange melihat pantulan dirinya di cermin sebelum keluar dan kebetulan Noah juga keluar dari dalam rumah dengan senyuman machonya. Macho ke?

Noah menantinya di hadapan pintu sambil merenungnya dari atas ke bawah dan bawah ke atas, membuatkan Orange semakin menggelabah. Apalah yang dia fikirkan tadi, kenapalah dia bersetuju untuk datang ke rumah Noah. Padahal dia boleh sahaja menanti Noah di hadapan pintu pagar dan menahannya daripada masuk ke dalam rumah dengan mengajaknya keluar ke mana-mana. Problem solved.

Seperti biasa, sudah terjadi barulah dia menyesal dan terfikir jalan penyelesaian yang lain. Damn.

Orange mengekori Noah masuk ke dalam rumah, kalau boleh mahu sahaja dia berlari kembali ke keretanya dam balik ke rumah tetapi semua itu hanyalah kemahuannya semata-mata. Mahu melakukannya? Dia tidak mampu.

"Mama, this is my girlfriend, Orange."

Orange mengangkat kepalanya cepat-cepat selepas asyik menunduk ketika masuk ke dalam rumah. Dia tersentak melihat Caleb dan Elisya yang turut berada di dalam ruang tamu tersebut. What happen? Orange memandang Noah dengan bingung.

"Oh, so its you...Oh, my God! You are so beautiful. Patutlah anak auntie boleh jatuh hati." Ujar Pn.Thalia sambil bangkit dari duduknya dan memeluk Orange. Now, what? Apa yang perlu dia lakukan?

Caleb dan Elisya saling berpandangan, tidak menyangka yang Orange akan datang. Noah tersenyum puas hati. Sekarang apa yang mereka akan lakukan?

"Noah, awak jemput Caleb and jemput your girlfriend ke rumah kita tanpa memberitahu mama awal-awal. Sekarang mama kena fikirkan kembali apa yang ada di dalam fridge dan boleh dimasak untuk tetamu-tetamu kita ini." Ujar Pn.Thalia sambil terus memeluk bahu Orange dengan mesra. Orange membatu tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

"I can help you to cook, auntie." Elisya menjawab laju sambil memandang ke arah Orange. Seakan mengatakan, i'll win her heart.

"No. No need, Elisya. I got Orange with me. Auntie dengar yang Orange ialah tukang masak yang hebat. Kan Orange?" Ujar Pn.Thalia lagi sambil memandang Orange.

Orange mengangkat keningnya sambil memandang kearah Noah. Tukang masak hebat? Noah mengenyitkan matanya memberi isyarat agar bersetuju sahaja. Dia bukannya takut kerana tidak tahu memasak, dia selalu membantu mamanya tetapi tidak pernah memasak dengan orang lain. Keyakinannya cukup rendah.

"Oh, ya...of course. Saya boleh bantu auntie." Mahu tidak mahu, Orange terpaksa bersetuju juga. Takkan dia mahu kalah dengan Elisya. Terang-terang yang mama Noah menyebelahinya dan bukan Elisya. 1:0.

"I can help you too, auntie." Caleb yang dari tadi berdiam diri, tiba-tiba bersuara.

"No need. We need to talk." Noah menjawab sebelum sempat Pn.Thalia memberikan jawapan.

Pn.Thalia memandang anaknya itu, ada sesuatu yang berlaku antara kedua orang sahabat tersebut but what? Dia perlu menanyakan hal tersebut kepada Noah nanti.

"But, kita sarapan dululah. Baru kita cerita hal lain dan fikir tentang makan tengah hari." Kata Pn.Thalia sambil memeluk lengan Orange dan membawanya ke dapur. Elisya yang tadinya bersemangat dibiarkan terkulat-kulat di ruang tamu.

"Awak berdua ikut saya ke luar." Ujar Noah sambil mendahului mereka ke luar ke halaman rumah. Dia tidak mahu dua orang tersebut ada di rumahnya. Sama ada mamanya akan setuju atau tidak.

"Apa tujuan awak berdua datang ke rumah saya?" Noah bertanya serius tanpa memandang ke arah Caleb atau Elisya.

"Kami cuma nak bersarapan dengan awak and auntie. Salah ke?" Elisya menjawab manja.

"Kenapa ajak Orange datang ke rumah awak?" Caleb tidak menghiraukan kata-kata Elisya. Hatinya membara kerana melihat Orange datang.

Noah tersengih kemudian memandang Caleb dengan sinis.

"Dia adalah teman wanita saya, suka hati sayalah nak bawa dia datang ke rumah saya untuk bertemu dengan mama. Awak sibuk kenapa?"

Caleb terdiam.

"Awak tue yang perlu menjarakkan diri daripada Orange. Jangan berani-berani mahu mendekati dia." Noah menambah lagi. Caleb tersengih kemudian mendekatkan mukanya ke telinga Noah.

"In your dream, man. Tidak kisah berapa lama dan apa pun halangan, saya tetap akan berusaha untuk memenangi hatinya."

Berdesing telinga Noah mendengarnya, nasib baiklah dia sedar di mana dia berada saat ini. At his home and his mama is around.

"Hak Orange untuk menentukan siapa yang mahu dia pilih diakhirnya." Kata-kata Caleb menambahkan lagi marah Noah tapi dia hanya tersenyum sinis. Walaupun badannya sudah bergegar menahan perasaan marah.

"Okay, fine. Tapi jangan menyesal kalau awak akan ditolak mentah-mentah, dude. Awak yang cari pasal sendiri." Balas Noah kemudian berpaling pergi tapi berhenti seketika sebelum meneruskan langkahnya.

"Both of you, berambus dari kawasan rumah saya, sekarang juga. I don't give a shit to face you during breakfast or lunch." Kasar kata-katanya kerana dia bukan jenis yang pandai berlapis dalam berkata-kata (satu lagi sebab dia digelar the devil).

Caleb mengetap bibirnya geram tapi Elisya di sebelahnya pantas menarik tangannya agar tidak melakukan apa-apa yang bodoh.

"Let me do it."

Dia berbisik kemudian berlari ke arah Noah cuba untuk mengucup pipinya kerana dia dapat melihat bayang-bayang Orange di sebalik tingkap ruang tamu sedang memerhatikan mereka. Namun, Noah cepat mengelak dengan menolak tubuhnya hingga hampir terjelopok jatuh ke tanah.

"Jangan cuba-cuba melakukan perkara bodoh, Elisya. You and me sudah lama menjadi sejarah. Don't try too much, you look like a fool to me. Stop it and move on."

Elisya berpura-pura membetulkan rambutnya kemudian menoleh memandang Caleb. Dia perlu tunjukkan kuasa kewanitaannya yang tiada siapa mampu abaikan. Dia tidak mampu untuk menerima kenyataan yang Noah mengabaikannya.

"Come on, Noah. Cuma sarapan bersama-sama. Lagipun saya yang buat sarapan itu bersama auntie. Plus, i am hungry to dead now. Please..." Dia cuba untuk membuat muka comel, manalah tahu Noah akan cair.

"Go and eat with Caleb. Please, jangan cari saya lagi."

Selesai dengan kata-katanya, Noah tidak lagi menoleh ke belakang dan masuk semula ke dalam rumah. Dia hanya keluar untuk menyerahkan beg tangan Elisya kemudian menutup rapat pintu utama rumahnya.

Dia tidak kisah apa yang difikirkan oleh mamanya, yang penting sekarang dua orang tersebut tidak ada lagi di depan matanya. Nanti dia akan terangkan semuanya kepada mamanya. Well, dia perlu membuatkan Orange selesa berada di samping dia dan Pn.Thalia dan tidak berasa terasing.

次の章へ