webnovel

Bab 02 part 2

Hi, Y'all ini adalah sambungan Bab 02 ye. 

harap y'all enjoy baca. kat sini Sist perkenalkan watak Emir. 

Nak kenal Emir dengan lebih lanjut? nantikan dalam bab seterusnya. 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Sudah dua jam Emir duduk di kerusi dekat bilik mesyuarat yang berhawa dingin itu. Punggung dan pinggang pun dah sakit-sakit kerana duduk terlalu lama. Mukanya kelihatan sedikit berkerut bila tak ada satupun idea yang dibentangkan menepati kehendaknya.

Nafas dia hembus berat lalu bersandar pada kerusi. Penat dan bosan itulah yang dia rasakan saat ini. Rasa macam dia nak tamatkan sahaja mesyuarat itu dan pulang ke kampung bertemu dengan nenda tercinta.

Namun dia tak mahu pulang dalam keadaan mereka  belum menemui kata sepakat tentang konsep terbaru majalah My-Trend iaitu sebuah majalah hiburan dan fashion yang sudah lama bertapak di Malaysia.

Sebagai director department yang baru sahaja sebulan ditugaskan di situ. Dia harus menjalankan sebaik mungkin tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh Dato Muhaizzam terhadapnya. Dato Muhaizzam mahukan perubahan sempena ulang tahun ke 20 majalah tersebut dan perubahan itu haruslah bersesuaian dengan trend masa kini dan boleh dibaca oleh pelbagai peringkat umur. 

 "Stop, Stop, Stop" Emir bersuara. 

Sara yang tadinya rancak bercerita kini berhenti. Air liur dia telan bila memandang muka bos yang jelas tidak berpuas hati dengan idea tersebut.

"Dua jam ini aje imput yang saya dapat?" soalnya serius. Pen di tangan dia buang kasar ke meja. Seorang demi seorang wajah pekerjanya dia padang.

Tak ada seorang pun berani menhawab pertanyaan itu. Pandang muka Emir sahaja pun mereka tak sanggup.

"Semua idea lebih kurang sama aje. Semua nak fokus pada arits, fesyen artis, brand terkenal sekarang, dan bla-bla. Semua tu dah ada dalam majalah kita. Saya nak sesuatu yang lain. Lain dari yang lain. Tak ada seorang pun dari awak berempat ni nak cadangan ruangan baru yang lebih mesra pembaca atau melibatkan pembaca. Takkan semua saya nak fikir?" ujarnya bukan kepalang serius lagi.

Sara, Maria, Lim, Alvin, Sue dan Elly hanya membisu. Lagi mereka menjawab, lagilah Singa Laut itu naik angin.

Melihat para pekerjanya hanya membisu. Emir menghela nafas berat lalu menolak kerusi sedikit ke belakang. Aku garang sangat ke? Seorang pun tak bernai pandang aku. Tapi kalau aku tak garang nanti dorang pijak kepala. Papa juga yang minta aku tegas. Peninglah macam ni.

"Tak apalah, hari pun dah petang korang semua pun dah nampak letih saya pun dah tak ada mood nak dengar idea-diea yang basi ni. Saya bagi masa seminggu untuk korang perbaiki apa yang patut. Semua boleh bersurai" katanya sebagai mengakhiri mesyuarat yang panjang itu.

"Terima kasih bos" ucap Lim.

"bukan bos. Tapi Encik Emir" betul Emir.

"Terima kasih Encik Emir" ulang Lim membetulkan apa yang salah.

Dia memang tak suka para pekerjanya memanggil dia dengan panggilan bos kerana bos yang sebenar adalah Dato Muhaizzam. Dia hanya orang yang dipertanggungjawabkan menjaga department tersebut dan panggilan Encik Emir adalah panggilan paling sesuai untuknya.

"Encik Emir nak minum apa-apa?" soal Sara bertugas sebagai graphic designer merangkap setiausaha Emir.

"Tak apa. Saya minum dekat rumah aje nanti" jawab Emir.

"Baiklah" Sara mengangguk.

Mereka berenam berjalan keluar meninggalkan bilik mesyuarat dengan helaan nafas lega. Mujur mereka tak ditengking teruk oleh Emir. Sebulan Emir mengetuai pasukan mereka. Tak ada seorang pun yang berani bergurau dengan lelaki itu.

"Tunggu" panggil Emir.

Langkah mereka mati bila Emir bersuara.

Mereka menoleh. Kelihatan Emir bangun dan mendekati mereka. Raut wajahnya dingin sahaja.

"Saya nak awak semua fikir why not kita ketengahkan fesyen muslimah. Maksud saya fesyen yang menggayakan baju tradisi masyarakat Malaysia, baru kurung, baju melayu, baju etnik Sabah dan Sarawak. Bukan sekadar ambil gambar. Tapi sejarah setiap kostum tu juga. Itu kelainan. Bukannya panggil model atau artis peragakan baju dan tanya perkembangan dia aje. Faham?" soalnya. Kening diangkat.

"Faham" sahut mereka serentak.

"Bagus. Sambung kerja" Emir tepuk bahu Lim lalu keluar dari situ.

Benda senang macam itupun dia nak ajar. Tetapi tak apalah dia harap dengan idea ringkas yang dia berikan mereka boleh perbaiki apa yang kurang. Dia tak mahu My-Trend tenggelam disebabkan banyak majalah-majalah baru yang lebih baik dan menarik dari mereka. 

20 tahun Dato Muhaizzam yang juga merupakan ayahnya membangunkan syarikat penerbitan ini dan My-Trend adalah majalah pertama yang mereka terbitkan 20 tahun lepas. Majalah itu bukan sahaja berharga untuk ayahnya. tetap untuk mereka sekeluarga. 

Masuk sahaja ke dalam pejabat. Dia hempas badan di atas sofa empuk. Telefon pintar dalam poket dia keluarkan lalu menghubungi nenda yang dirindui. Rasanya dah dua bulan dia tak pulang ke kampung melawat nenek tercinta.

"Assalamualaikum nek" sapanya sebaik sahaja panggilannya dijawab.

"Waalaikumussalam cucuk nenek" ceria suara Nek Minah mendengar suara cucunya itu.

"Nenek apa khabar? Sihat ke tak? Tak rindukan Emir ke? Ke Maya ada kat sana nenek dah lupakan Emir?" soalnya bertalu-talu. Cemburu pun ada juga bila Maya sepupunya pulang ke kampung untuk menjaga Nek Minah.

"Alhamdulillah nenek sihat-sihat aje. Bukannya nenek yang lupakan kamu. Kamu tu yang isbuk sangat sampai tak ingat jalan balik kampung. Mujur ada Maya ni ha teman nenek"

"Betul tu!" kedengaran sayup-sayup suara Maya mencelah.

Emir tarik senyum sambil jari menggaru-garu kening. Bukannya dia tak tahu jalan pulang ke kampung. Tetapi kerja di pejabat ni banyak sangat.

"Emir apa khabar?" soal Nek Minah.

"Alhamdulillah Emir sihat. Tapi rindu sangat dengan nenek" jawabnya., senyum tak lekang dari bibir.

Sara dan Elly yang duduk di meja masing-masing berasa hairan bila melihat bos mereka Si singa Luat itu tersengih-sengih macam kerang busuk ketika berbual di telefon. Kalau dengan mereka jangan haraplah dia nak senyum macam tu.

"Kalau rindu baliklah sini tengok nenek. Mak Su selalu tanya mana Emir"

"Wah satu kampung rindu Emir ni. Kambing, lembu, kerbau Pak Sudin tu tak rindu Emir Ke?" soalnya dengan nada bergurau.

"Apa? Kamu ni ada-ada aje" kedengaran suara Nek Minah ketawa di hujung talian.

Emir juga turut ketawa. Rasa hilang stres dalam kepala bila mendengar tawa wanita yang telah mencecah 600an itu. Neneklah penghibur hatinya dan tempat dia bermanja. Nak bermanja dengan ibunya. Ibunya sibuk memanjakan orang lain.

"Mana ada merepek. Emir selalu kut tolong Pak Sudin jaga kambing-kambing dia tu" kata Emir.

"Ya nenek tahu kamu suka buat kerja kampung. Jadi cepat-cepatlah balik lawat nenek sehari duapun tak apa" harapan Nek Minah tinggi menggunung mahu berjumpa dengan cucunya.

"InshaAllah bila kerja semua dah settle Emir balik. Nenek jaga diri tau. Maya tu jangan duk tengok fon je sampai lupa jaga nenek"

"Ya. Nenek tahu jaga diri. Macamlah tak biasa hidup seorang. Kamu sambunglah kerja. Nenekpun nak masak ni"

"Okey assalamualikum. I love you so much" ucapnya dengan penuh rasa kasih sayang.

"I love you too" jawab Nek Minah.

Panggilan diputuskan.

Emir tersengih-sengih seperti baru berbual dengan si buah hati. Dia angkat punggung dari sofa empuk berjalan ke meja untuk meneruskan kerjanya. Namun belum sempat kaki melangkah dia dikejutkan dengan suara Sara.

"Encik emir" panggil Sara.

Emir menoleh, bulat mata bila Sara berdiri di muka pintu.

"Sejak bila awak berdiri dekat situ?" soalnya hairan.

"Baru aje" Sara tarik senyum. Takkanlah dia nak cakap dia dengar Emir ucapkan I love you pada teman wanitanya pula. Pasti singa laut itu naik angin dan tuduh dia curi dengar perbualan orang lain.

"Oh. Ada apa awak jumpa saya?" soalnya lagi.

"Dato Muhaizzam nak jumpa Encik Emir sekarang juga"

"Sekarang?" Emir angkat kening.

"Ya" Sara mengangguk. 

次の章へ