"Tak membazirlah kalau saya beli barang ni untuk bakal isteri saya juga.Awak terimalah ya?"
Haih...suka hatilah.Bak kata orang,rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Aku hanya mengangguk sahaja.
Selesai membuat pembayaran,kami meneruskan pula ke kedai kasut.Hari ni,kalau boleh,dia nak siapkan barang hantaran untuk aku hari ini.Awal-awal lagi dia dah ambil cuti hari ni.
Kami masuk ke sebuah kedai kasut berjenama.Aku duduk di tempat yang disediakan.Kalau nak tunggu Tengku Rayyan,alamatnya,berkampunglah aku dekat situ.Aku belek-belek kasut yang berdekatan denganku.Cantik-cantik kasut di sini.Harga dia je yang banyak angka.Pening kepala aku.Anak orang kaya ni suka membazir ke?Satu pasang kasut pon dah cecah ribuan ringgit.Kalau nak suruh aku beli,tunggu kucing bertanduk dulu baru beli kot.Dalam 30 minit,Tengku Rayyan muncul bersama sepasang kasut tumit tinggi di tangannya.
"Sayang...cantik kan kasut ni.Saya yakin awak mesti suka.Cuba awak pakai".
Tengku Rayyan hulurkan sepasang kasut berwarna ungu ke arahku.Pandai Tengku Rayyan pilih.Warna kegemaran aku pula tu.Aku menurut katanya.Aku cuba menyarung kasut ke kaki ku.Kasut bertumit tinggi 3 inci terletak cantik di kaki ku.
" As I imagine.It suits you well.You look gorgeous in this shoes"
Aku hanya tersenyum.Memang cantik pun.Tengok kakilah.Ceh...sempat lagi puji diri sendiri.
"Cantik memanlah cantik.Tapi,harga dia mesti mahal kan?"
Aku risau sebenarnya.Karang ade pula mulut busuk yang aku kahwin dengan Tengku Rayyan hanya sebab nak kikis hartanya sahaja.Maklumlah,aku kan orang sederhana.Tak macam Tengku Rayyan.
"Pasal harga tu tak payah risaulah.Semua nya tanggungan saya.Kalau bukan saya,siapa lagi?Awak tu bakal jadi amanah saya tahu?Jadi,saya haruslah jaga dari hujung rambut hingga hujung kaki awak.Saya tak nak awak serba kekurangan"
Panjang lebar penerangan Tengku Rayyan kali ini.Aku terdiam.Ade betulnya Kata-kata Tengku Rayyan.
"Suka hati awaklah.Lepas ni,kita baliklah ye?"
"Tak boleh lagi.Lepas ni kita ke kedai barang kemas pula"
Aku mengeluh.Dahlah lama nak tunggu dia memilih.Aku pilih,dia cakapa yang ni barang hantaran untuk aku,Jadi biar dia jelah yang pilih.Eleh...ingat aku tak tau ke yang dia tu nak cakap aku buta fesyen.Tengok jelah baju yang aku pakai sekarang.Seluar jean,blaus bunga-bunga kecil warna biru dan tudung bawal biru lembut.
Tengku Rayyan bagi kasut tersebut kepada jurujual di sebelah untuk membuat pembayarn.
"Tak baik mengeluh depan rezeki.Nanti Allah tarik balik nikmat ni.Awak nak ke?"
Sambil itu tangannya ligat membayar harga kasut itu.
Laju aku menggeleng.Aku kalau bab rezeki ni aku bersyukur je.Tapi,part yang nak tunggu je buat darah aku naik.Mamat ni pilih barang kalah perempuan.
"Bukan saya mengeluh sebab tu.Saya mengeluh sebab nak kena tunggu awak pilih barang.Awak pilih barang ni kalah perempuan tau.Adik sepupu saya pun tak macam awak walaupun dia tu suka berfesyen.Saya dah macam tunggul kayu je tunggu awak siap pilih barang.Nanti jurujual tu asyik pandang saya je.Mesti dia nak tanya yang saya ni nak beli ke tak.Macamlah saya tak tau maksud muka diorang tu.Mesti diorang tak selesa bila saya tercongok je"
Ha....amik kau.Bukan main panjang lagi aku membebel. Biar mamat tu insaf sikit.
Tengku Rayyan ketawa.Aku pandang dia pelik.Ape kena dengan mamat ni?Aku rasa aku tak buat sesuatu yang Lawak pun.Aku kerut dahi.
"You're so cute,my darling.Awak membebel sampai Cik jurujual tu pun ternganga tengok awak yang membebel macam kereta api ekspres.Dahlah laju,cakap pun panjang"
Jurujual tu pula tersipu malu bila ade orang perasan yang dia ternganga tadi.
Muka aku ni tak usah dicakaplah.Cemberut.
"Awak Janganlah buat muka masam macam tu.Saya janji,saya akan meminimumkan masa membeli barang.Smile,please?"
"Ngee"
Aku tunjuk gigi je.Senyuman yang tidak ikhlas.Tiba-tiba bunyi handfone aku bergegar menandakan ade WhatsApp yang masuk.
Kami berjalan beriringan keluar.Bunyi notification tu aku tak hiraukan.Yang penting,aku nak solat asar dulu.Bayangkan,dari sebelum zohor lagi kami dah terpacak dekat sini.
"Awak,kita solat dulu ye.Dah asar ni.Lepas ni kita sambung lagi.Yang penting solat dulu"
Belum sempat aku nak bercakap,Tengku Rayyan dah cakapkan dulu.Bagus...bagus.Memang menepati ciri-ciri lelaki idaman aku.