webnovel

Bab 2

Tengku Rayyan berhentikan kereta betul-betul di depan pintu kafe milik aku.Aku keluar masuk dan terus masuk ke dalam kafe memandangkan aku masuk kafe terlalu lambat.Aku terus menuju ke arah dapur dan mula menghias pelbagai jenis kek.

Setelah 2 jam berada di dapur,aku mula melangkah ke kaunter bayaran.Aku mengambil alih tugas Aliya yang sedang sibuk mengambil pesanan.Hari ni,Haris bercuti.Jadi,Aliyalah yang akan mengambil alih tempat Haris.

Tiba-tiba mata aku terpandang kelibat seseorang yang memakai dress paras peha dan tampak elegan.Aku kenal sangat dengan perempuan itu.Juwita.Teman wanita Tengku Rayyan.Tapi,aku tak tahulah sama ade Tengku Rayyan dengan Juwita ni dah putus ke belum.Aku kenal Juwita ni pun sebab Tengku Rayyan bawa dia pulang ke rumah Tengku Zati untuk diperkenalkan Kepada Tengku Zati sebagai teman wanitanya.Aku baru nak berpusing,tetapi,Aliya memanggil namaku.

"Qarlisya"

Aku palingkan muka.

"Kenapa?"

"Ade orang nak jumpa kau"

"Siapa?"

"Perempuan yang pakai dress paras peha tu"

Aliya tunjukkan di tempat Juwita.Aku mengeluh.Dah agak dah yang Juwita ni nak jumpa dia.Mesti pasal perkahwinan antara aku dan Tengku Rayyan.Aku menuju ke tempat Juwita.

"Silakan duduk"

Aku akur.Aku duduk di depan Juwita.

"I dah terima kad jemputan tersebut.I dah agak yang dia dah suka orang lain since kitaorang couple lagi.Cuma I tak sangka yang orangnya adalah you"

"Saya minta maaflah.Bukan niat saya nak rampas Tengku Rayyan daripada awak.Perkahwinan ni pun atas permintaan Tengku Zati.Awak kenal Tengku Zati kan?Kata-kata dia tiada siapa boleh bantah.Tapi,kalau awak nak bersama dengan Tengku Rayyan juga,saya akan cuba berbincang elok-elok dengan Tengku Zati"

Ucapku panjang lebar.Harapnya Juwita fahamlah keadaan dia.

"I tahu tu.I terima apa yang Tengku Zati buat tu.I faham.Tujuan I datang sini pun sebab nak jelaskan hal sebenar dekat you.I tak nak you salah faham pula.I dah tak ada apa-apa lagi dengan Tengku Rayyan.Kami cuma Kawan sahaja.Sebab dia dah ada orang yang dia sayang sepenuh hati.I harap you terimalah dia dengan ikhlas.Dia selalu cerita yang baik-baik tentang you.I nampak dari cara dia bercakap,dia memang betul-betul cintakan you"

Aku hanya menunduk.Tersentuh jugalah aku dengan apa yang dikatakan oleh Juwita.

"Kek yang you buat ni sedap.Nanti kalau boleh I nak tempah kek ni untuk birthday I nanti"

"Boleh je.Saya berikan dulu kad nama saya.Kalau rasa nak tempah kek tu,call je saya"

Juwita mengangguk.Kemudian dia mengerling jam.

"I dah lambat ni.I kena gerak dulu.See you next time.Bye!"

"Bye"

Kemudian susuk tubuh Juwita makin lama,makin hilang.

Tepat jam 6 petang,aku keluar dari kafe dan mengunci pintu kafe.Aku berlalu ke arah keretaku.Tiba-tiba mataku tertancap pada bunga di atas keretaku.Aku capai sejambak bunga ros dan membelek jika ade ditinggalkan kad atau pesanan.Aku mengambil kad yang terselit dan mula membaca.

'This rose to my ros.Love you,sayang.

Rayyan'

Aku masuk ke dalam kereta dan meletakkan bunga tersebut di sebelah tempat duduk pemandu.Tengku Rayyan menggunakan pangkal namanya.Ros Dania Qalisya.Nampknya Tengku Rayyan bersungguh-sungguh mahu pikatnya.

次の章へ