webnovel

Kecurangan

Suatu pagi Rabu, aku keluar mencari kerja kosong. Oleh kerana Haziq agak sibuk dua tiga hari ini, aku mencari kerja sendiri tanpa pertolongan abang dan Haziq. Bagiku ini adalah perkara kecil yg aku harus buat sendiri. Selepas penat berjalan, aku singgah minum di sebuah cafe baru buka di kawasan itu. Setelah aku sudah siap memesan minuman, dari jauh salah satu meja di situ, aku nampak kelibat Haziq dengan seorang perempuan. Rupa perempuan itu sepertnya Lizzy! Pada mulanya aku hanya melihat mereka hinggalah mereka mula bergelak ketawa dan bermesra. Itu membuatkan aku bertambah sakit hati. Aku cuba menghubungi hanfone Haziq, tapi dia langsung tidak endahkan panggilan aku. Akhirnya, aku mengundur diri tanpa menunggu minuman sampai. Fikiranku masih melayang memikirkan kejadian tadi dengan kata-kata ayah tentang Haziq. Mungkin mereka ada merancang sesuatu utk jatuhkan keluarga aku. Satu lagi tentang Lizzy. Dia tidak pernah langsung menceritakan tentang Lizzy padaku. Kenapa mereka masih bertemu? Adakah mereka masih bersama tanpa pengetahuan aku? Aku juga masih keliru. Lewat malam, Haziq pulang dan terus masuk ke dalam bilik yg sudah pun gelap. Ketika Haziq masuk ke dalam bilik, tangannya mencapai punat butang lampu sisi katil. Apabila dia menekan punat butang itu, aku terjaga dan duduk ditepi katil. Dia agak terkejut melihat ku tapi dia mahu masuk ke dalam bilik air utk bersihkan diri. Bila keluar, dia merenung aku. " Kenapa bangun? Pergi lah tidur balik. Nanti abang masuk tidur.Abang nk solat dulu." "Hari ni abang ke mana dan dengan siapa?" "aik sebelum ni tak pernah tanya pun. Kenapa tiba-tiba plak ni?" dia duduk disebelahku. Aku menjauhinya sedikit tanda aku tengah dalam mod marah. Dia tersenyum melihat gelagat aku. Tapi aku tidak endah kannya. Dia mahu mencapai tanganku tapi dia baru sedar yg dia sedang dalam keadaan berwudhuk. Nanti batal susah lah pula mahu mengambil semula. Jadi dia hanya melihat mataku sahaja. Aku tidak menjawab kerana aku masih menunggu jawapan darinya. " Mana ada pergi mana. Pergi kerja dengan abang Hazim la.." Dia menjawab sambil terus menunaikan solat yg tertangguh. Tapi bagiku jawapan itu tidak memberi kepuasan pada hatiku. Memang ada udang disebalik batu. Hati aku kini terdetik kesangsian pada Haziq dan Hazim.Mungkin ada betul kata ayah mereka seperti merancang sesuatu. Kali ini aku bertekad utk ikut cakap ayah. Aku akan cuba mencari kebenaran atas tuduhan ayah pada Haziq. Selang beberapa hari, aku dapat berita dari budak-budak ayah yg mereka ternampak Haziq bersama seorang perempuan cina sedang bermesraan di sebuah shopping mall. Mulai dari hari itu, aku menerima beberapa pula berita dari mereka tentang kekerapan perjumpaan Haziq dan Lizzy. Makin lama makin akrab. Bila di soal dan di tanya pada Haziq. Katanya dia hanya berkerja dan pergi makan minum sahaja. Tidak langsung dia menceritakan tentang Lizzy padaku. Status hubungannya menjadi begitu meragukan. Aku sudah tidak kenal Haziq yg dulu. Dia banyak menghabiskan masa keluar berbanding duduk di rumah. Setelah sekian lama aku bersendiri, secara perlahan aku mula mengikuti gerak kerja ayah. Aku lebih rapat bersama budak-budak ayah sekerang. Selepas beberapa kali aku banyak luangkan masa bersama ayah, hati aku menjadi tawar pada Haziq. Mereka dan mempelajari beberapa jenis seni mempertahankan diri dan menembak setiap hari. Selama beberapa bulan aku berada di situ. Setiap kegiatan jahat ayah, semuanya ayah cuba turunkan padaku. Abang amat berbesar hati menerima aku masuk dalam kumpulan mereka. Hati aku bertambah yakin utk mengikuti telunjuk dan ajaran dari ayah. Oleh sebab itu juga, ayah telah menghadiahkan aku 3 orang pengikut utk mengekori ketika aku memerlukan. Pada saat itu aku dapat rasa, akulah 'mam' besar dikalangan 'keluarga' ayah. Tambahan aku sorang sahaja perempuan di dalam keluarga Ray (Rauf) itu. Sekarang giliran aku pula yg pulang lebih lewat dari Haziq. Perubahan diri da amat ketara dan aku juga ada perasan yg Haziq mula bertanya tentang banyak soalan. Aku hanya mendiamkan diri. Samada aku melenyapkan diri atau buat-buat tidur itulah yg aku cub lakukan daripada di soal siasat olehnya. Apabila azan subuh berkumandang, aku terus bangun dan bersiap keluar ke rumah bujang anak buah ayahku atau aku akan ke gudang barang simpan ayah di kawasan yg agak jauh dari ibu kota.

次の章へ