webnovel

Siapa?

Marina duduk di atas sofa di satu sudut di lobi pangsapurinya bersendirian. Dia melihat jam dinding besar di kaunter pertanyaan yang menunjukkan pukul 10.14 minit pagi. Hatinya resah menunggu Inspektor David yang belum sampai-sampai lagi ke pangsapurinya seperti yang dijanjikan. Pagi tadi, Inspektor David menghubunginya dan memintanya untuk berjumpa di lobi pangsapuri Seri Damai. Kejadian semalam benar-benar membuatkan Marina runsing. Seumur hidupnya, tidak pernah dia melihat letupan yang sebegitu dasyat. Apa lagi ia melibatkan diri dan keluarganya. Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian ini. Mungkin musuh Dr Adam. Jika benar, kenapa? Setahunya tidak pernah Dr Adam bermusuh atau menyakiti hati sesiapa. Ataupun ada sesuatu yang dirahsiakan oleh lelaki itu selama ini. Entahlah, dia sendiri tidak pasti. Hampir tiga minggu dia tidak menghubungi Dr Adam kerana kesibukkan kerja. Marina yang sedang asyik berfikir tersentap apabila seseorang memanggilnya dari belakang. Lalu dia pun menoleh.

次の章へ