webnovel

makan malam pertama.

cempaka menarik nafas menghembus nafas,menanti kemunculan tengku ikran. bagaimanakah agaknya rupa bakal suaminya itu. hodoh macam kodok?? no... macam mana nak hadap kalau nikah nanti. harap-harap handsomelah.. sekurang-kurang sedap mata memandang. takut bebeno cempaka.

" cik cempaka rembulan sari?" tegur satu suara di sisinya.

cempaka pantas menoleh. kepalanya terangguk-angguk. wa.. ni bukan sedap mata memandang dah.. ni memang sedap segala-galanya dah. puji cempaka dalam hati. matanya galak merenung wajah tampan penuh pesona itu.

" cik.. oh..cik.." panggil ikran apabila cempaka tak berkelip memandangnya.

" owh... sorry.. sorry.. duduklah.. " amboi cempaka. laju betul ya kau suruh duduk. entah betul entah tak tu tengku ikran. kutlah salah orang. buat naya je...

" saya ikran.. selamat berkenalan." dingin ikran memperkenalkan dirinya. tangam dihulur untuk berjabat.

cempaka menyambut malu-malu.

" nice to meet you.. u can call me cempaka.."

suasana bertukar sunyi. kedua-duanya tak tahu nak cakap apa. ikran diam membeku dengan wajah dinginnya. si cempaka pula malu-malu kucing. kekok.

seseorang harus memulakan perbualan.

" terima kasih sebab sudi datang.. " akhirnya cempaka memulakan kata.

" nevermind.. umi yang suruh i datang." wa.. ikran tak payah lah cakap umi yang suruh. its not proper okey. jaga lah sikit hati bakal isteri tu.

" so apa pendapat you tentang perkahwinan ni?" straight to the point no corner-corner.

cempaka tersenyum. cantik senyumannya.

" saya terima semua aturan keluarga saya.. kalau baik kata mereka. maka saya tahu itulah yang terbaik. selagi seorang suami bisa jaga isterinya baik- baik,setia,saya akan jadi isteri terbaik." tenang cempaka menjawab. macam baca skrip pun ada.

" okeylah tu.. so kita tak payah nak rumitkan keadaan.. i tak harap banyak pada perkahwinan ni.. just please tolong jangan ganggu kerja i.. bagi i yang paling penting buat masa ni adalah kerjaya." ikran juga jujur. ya lah, dia baru nak bina nama dalam empayar tid yang diceburinya. isterinya buatlah apa yang dia suka.. asalkan tak menyusahkannya.

" owhh.. dont worry.. saya akan sokong apa sahaja yang awak nak buat." cempaka bersemangat sudah nak jadi isteri kepada lelaki kacak ini.

ikran mengangguk. nampak nya cempaka ini boleh lah diharap dan baru dia perasan. bakal isterinya tergolong dalam kategori perempuan cantik. sekurang-kurangnya kalau nak jalankan tanggungjawap laki bini tu bersemangat lah jugak dia.

" awak makanlah nanti sejuk makanan ni.." suruh cempaka. malu bila mata ikran seperti menelanjanginya.

ikran angguk.

次の章へ