webnovel

Malam pertama

Seakan sebuah mimpi Kun Fayakun maka dengan izinNya 'jadilah'.Kelihatan pasangan pengantin berjalan beriringan menuju ke kereta yang diparkir. Ikmal dan Damien pulang dengan kereta MYVI jingga tidak mahu menganggu privasi mereka berdua.

"Lyn, esok tak payah kerja ya,uruskan dahulu barang-barang rumah yang mahu di bawa ke rumah saya nanti',Arman memecahkan kesunyian mereka berdua."Tak payah la bukan kami nak berpindah masuk ke rumah tuan pun, seperti perjanjian kita berdua akan tinggal bersama di rumah Along hingga Damien tamat sekolah rendah.Tapi jika tidak boleh masa terdekat ini okay sahaja, Ikmal still on leave so ada lelaki di rumah",mudah benar ucapan Lyn itu seakan-akan tidak memikirkan langsung perasaan Arman."Bukan dalam term tu ada mention both parent must be attend to all the child need if necessary",ucap Arman lagi."Itu jika di perlukan but buat masa ini Ikmal masih boleh isi part father itu so kita chill dulu",Lyn menjawap dengan sangat mudah."So what next?, tuan nak balik rumah tuan terus or bagaimana? tapi tuan kena hantar saya pulang dulu ya, dah kepenatan seharian tadi rasanya mahu tidur ",sambung Lyn lagi."Okay,okay part yang paling utama jangan bertuan or berincik dengan saya selepas ini kecuali di tempat kerja",tegas suara Arman menegur Lyn."Jadinya nak panggil apa?",pantas Lyn menyahut."Abang,sayang,darling atau apa-apa panggilan manja",tutur Arman semula matanya mula mencuri pandang Lyn di sebelahnya. Alah bukan haram pun,dapat pahala apa tengok isteri sendiri."Terlalu janggal dan pelik sebab selama ini kita bukan rapat sangat, apa kata Lyn panggil Shah sahaja lain sikit dari yang lain panggil",Lyn pula memberikan cadangan."Ikut Lyn la,Shah okay sahaja, tapi hari ini Lyn tidur di rumah Shah boleh, jangan risau esok Iqbal cuti so Shah drive sendiri ke pejabat",terus Arman bersetuju dan mengubah kata dirinya dalam perbualan dia dan Lyn."Tak ready lagi, bagi ruang untuk kita berkenalan dulu,Lyn tak boleh lagi nak terima Shah sepenuh hati lagi macam Lyn mention teman tapi mesra"."Berdosa tahu kalau isteri menolak ajakan suami", tambah Arman lagi."Kalau jadi batang kayu sahaja tak ada perasaan baik tak payah",tolak Lyn yang masih tidak selesa untuk hubungan yang lebih intim. Kemudian perbualan mereka terhenti kerana mereka telah selamat sampai ke rumah kepunyaan along.Tidak kelihatan kereta milik Lyn di veranda, Ikmal mungkin singgah ke mana-mana dahulu.Menunggu la mereka sebentar di luar kerana tidak mempunyai kunci rumah."Lyn,Shah tidur sini sahaja today,esok pagi-pagi Shah balik Damansara",kata Arman lagi kerana dia masih mahu bersama-sama Lyn tidak mahu berpisah.(Orang baru bernikah lagi-lagi dengan pujaan hati kanda)."Ehmm,boleh tapi Shah tidur dengan Ikmal la ya sebab bilik cuma ada empat, bawah bilik laundry penuh pakaian dan tempat solat, atas bilik along kami still biarkan sahaja dalam keadaan serupa,Lyn pula tidur katil arwah Darish temankan Damien",panjang lebar penerangan Lyn.'Ish budak ini tak faham-faham ke',ucapan yang hanya di fikiran Arman.Kelihatan Ikmal telah tiba, rupanya dia singgah untuk mengisi petrol.

"Arman tidur sini hari ini, so Damien tidur dengan chu yer, bagi mak angah dan pak angah tidur bilik Dalina katil queen selesa sikit",selamba Ikmal memberikan cadangan bila diberitahu Arman akan bermalam di situ."Tak payah la Ikmal, takut Damien tak biasa",tolak Lyn."Alah, apa tak biasanya angah jer yang nak sangat temankan Damien hari tu.Damien nak siapa teman hari ini?",Ikmal menoleh pada Damien sambil memberikan sedikit kenyitan mata."Dengan chu, esok Damien nak ikut chu tengok ikan besar kat KL",jawab Damien pantas seperti yang di rancang Ikmal semasa dalam kereta tadi."Thanks bro",ucapan Arman spontan.Itu dia malam pertama hahahaha.

Malam pun berlabuh jam di dinding sudah menujukan jam 10 tengah malam. Damien sudah terkuap-kuap mengantuk ,Ikmal mengajak Damien untuk tidur. Arman juga sudah menguap dan bersedia untuk tidur. Lyn yang sedari tadi seperti bermalasan untuk ke bilik tidur bangun menuju ke bilik.Arman mengekorinya."Kenapa dalam rumah pun Lyn pakai tudung,nak tidur pun memang pakai ke", tanya Arman lagi agak kehairan dan juga teruja untuk melihat rambut si isteri."Tak biasa", ringkas jawab Lyn. Dia meletakkan bantal peluk di tengah-tengah dan terus merebahkan diri untuk tidur.Terkebil-kebil Arman memandang Lyn yang seperti tiada perasaan itu.Dadanya berombak-ombak dan berbunga-bunga memandang Lyn dengan penuh pengharapan namun seperti tiada apa-apa Lyn terus memejamkan mata dan mengiring ke sisi katil dengan ucapan"Assalamulaikum dan selamat malam".'Wah dasyat gak budak ini, dibuat aku ini sebiji macam kayu jer',kecewa dengan penerima Lyn malam itu dia memujuk diri untuk tidur kerana esok harus bangun pagi. 'Tenang la hati, surut la wahai gelora jiwa yang membara",bermadah pujangga akan akal Arman sendirian sambil cuba mejamkan mata untuk lena.Sukar kot melelapkan mata bilamana si gadis pujaan cuma di sebelah dengan sedikit sahaja halangan.'Cool Arman Shah you can do it". Akhirnya terkebil-kebil sang arjuna menunggu si dara (anak dara ka) untuk bercanda mesra. Okay tak ada harapan nampaknya malam ini. Tirai malam beralih ke pagi so selamat malam dan jangan lupa bangun pagi. Nite guys.

次の章へ