Selesai sahaja akad nikah, Lyn menyalami Arman bagi membatalkan air sembahyang dan dihadiahkan dengan sebentuk cincin belah rotan. Simple sungguh majlis mereka berdua. Tiada rombongan,tiada paluan kompang,hanya ahli keluarga terdekat iaitu ahli keluarga Arman dan juga Lyn iaitu Ikmal dan Damien.
Lyn cantik memakai baju kurung modern berlabuci dengan tudung yang senoda, bermekap sederhana namun tetap ayu bila lagi dia tersenyum menampakan lesung dipipi dan Arman segak memakai baju melayu sepasang sedondong warna dengan Lyn siap dengan sampin dan songkok hitam dengan gaya masculin serta nampak tegap. Ikmal yang menjadi wali agak terpinga-pinga kerana keputusan Lyn untuk menikah semula sangat pantas lagi-lagi mereka baru sahaja kehilangan along sekeluarga, dia merasa agak janggal menerima ahli keluarga express itu. Namun jika itu yang terbaik untuk semua dia redha. Ummi kelihatan sangat gembira walaupun pada mulanya tidak bersetuju dengan syarat Arman namun kerana terlalu ingin melihat si anak berkahwin di turutkan juga, sekaligus dia terus mendapat cucu segera berusia 10 tahun. Suka sangat hatinya melihat Arman sekeluarga. Dato' Azman hanya mampu mengeleng kepala. Dalam diam dia berdoa agar Arman bahagia dengan pilihannya itu. Egonya sangat tebal, dia menyayangi anaknya itu namun kerana ada rasa malu dengan sikapnya dahulu maka dia tidak rapat dengan Arman seperti mana hubunganya dengan anak-anaknya lain.Kelihatan Aida dan Aiman berborak bersama kakak baru mereka nampak sangat mesra. Mereka semua kemudianya berlalu untuk makan bersama keluarga baru mereka di Hotel berdekatan iaitu Hotel Concorde di Seksyen 7. Allhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Ketika semua mahu beredar pulang, Lyn menyalami Ummi yang ditolak dengan kerusi roda oleh Aida kerana Ummi memang sudah tidak mampu untuk berdiri sendiri.Ummi mengajak dia dan Arman untuk tidur di rumahnya hujung minggu ini jika kelapangan kerana dia juga tahu banyak urusan harus mereka berdua selesaikan."Nanti Lyn bincang dengan Arman dahulu jika tiada aral kami ke sana", jawapan Lyn yang pada ketika itu tidak pasti lagi kerana semuanya terlalu pantas. Dia sendiri terkesima bila tuan Arman mengajaknya berkahwin atas sebab jawapan spontan yang dia berikan ketika di tanya tempoh hari. Dah selamat pun dia menjadi Mrs Arman Shah, mahu apa lagi. Harapannya agar masih ada sinar bahagia untuk dia dan semua kesayanganya.
" Tahniah dan selamat datang abg Ngah",ucap Ikmal bersalam dengan Arman."Terima kasih, jangan panggil bang ngah janggal sangat panggil Arman sahaja, rasa lebih mesra".Ikmal tersenyum mendengar kata-kata Arman itu."Welcome to the family Arman",Ikmal membetulkan panggilan dan jabatan tangan menjadi pelukan kasih seorang abang dan adik.
"Just to clarify, Arman tahu kan angah pernah berkahwin sebelum ini", tanya Ikmal."Harus la tahu, kan masa isi borang semua maklumat lengkap", jawap Arman jujur."Maksud Ikmal, Arman tau kisah silam angah?".Jujur ketika itu banyak pertanyaan serta soalan ingin di lemparkan oleh Arman namun atas dasar forget the past and move on to future membuatkan Arman menjawap tenang dan pasti,"Ikmal lihat wanita itu Haslina binti Omar, isteri saya yang sah sejak sejam yang lalu dan inshallah hingga akhir hayat saya",kata Arman sambil jarinya menunjukan kedudukan keberadaan Lyn dan pandangan matanya bercahaya dan bersinar melihat sang isteri tercinta. Isteri yang masih belum tahu bahawa si suami telah jatuh cinta sepenuh jiwa dan raganya serta sanggup bersetuju dengan syarat yang tidak masuk akal si dia.'Wah patut la jadi CEO pada usia Muda,jenis yang tak pandang belakang dan sentiasa positive,ucapan yang mampu Ikmal dikatakan hanya dalam hati kecilnya.Ikmal bukan apa takut angahnya memerlukan rawatan semula kerana sejak dua menjak dia melihat angahnya tidak seperti dirinya sebelum ini. Semua keputusan sangat drastik dan seakan dia adalah seorang yang sangat berlainan dengan Angah yang di kenali dahulu. Too bold kata mat salleh. Berani ambik risiko yang keterlaluan tidak seperti selalu dimana dia adalah individu yang sangat berhati-hati dan teliti membuat keputusan. Bukan angah yang ada di depan dia sekarang. Entah la Ikmal pun tak pasti apa yang sebenarnya telah berlaku macam cerita kartun . Nikah tak nak orang tahu, kesian kak Ana dia pun angah tak ajak' bisik hati kecil Ikmal lagi.