"Arghhhh,malasnya nak bangun!!!',sungut Lyn sendirian sambil merenggangkan badannya yang masih terbaring di katil.'Today cuti solat, baring lagi la',Lyn lalu berselimut semula di katilnya sambil itu kepalanya ligat mengingati schedule Arman sambil tangannya di hulurkan ke meja tepi katil untuk mencapai telefon bimbit bagi melihat sharing calendar dan ternyata seperti jangkaanya tiada keperluan yang memerlukan dia ke pejabat awal. Di letakkan kembali telefon di tepi bantal lalu dia memaksa dirinya bangun untuk bersiap ke pejabat.Ikutkan hati mahu sahaja dia manyambung cuti namun bila di fikirkan bebanan kerja yang harus di siapkan dan juga yang keesokkan harinya adalah public holiday dia bingkas bangun kerana ingin memperolehi hari cuti yang tenang tanpa gangguan ketuanya itu. 'Settle siap-siap esok enjoy makan dengan kesayangan',bisik hatinya sendirian.
Keadaan lalu lintas lancar dan traffic yang baik hari itu,jalan menuju ke arah bangunan pejabatnya agak lenggang dan Lyn juga tidak perlu bersesak di dalam lift seperti hari kebiasaan dan melangkah masuk ke pejabatnya kelihatan hanya beberapa orang pekerja yang bekerja, mungkin ramai yang bercuti bagi menghabiskan cuti tahunan yang berbaki dan tidak boleh di bawa ke tahun depan. Dengan santai dia melangkah menuju ke mejanya. Kelihatan dari depan pintu pejabat Arman, Iqbal keluar dengan membawa aura negative dan muka yang suram serta kelat bagai cicak tertelan kapur,Lyn terus menegurnya,"Awat Iqbal?"."Boss bad mood",balas Iqbal pendek mengakhiri bicaranya kerana tidak berani bersinggah lama di situ. Dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik menunggu driver yang di sediakan berdekatan pantry.Perangai Arman yang tegas dan panas baran amat terkenal pada sesiapa yang bekerja dengannya. Beliau adalah seorang yang sangat menitik berat akan prestasi kerja dan akan memastikan seminimal mungkin kesilapan atau kesalahan dalam setiap projectnya jika boleh 100% kejayaan. Intercom berbunyi dan kedengaran suara Arman,"Lyn bawa file Mr Philip Yen sekarang".Dengan pantas Lyn mencapai file yang di maksudkan dan menuju ke pejabat Arman.Setelah pintu di ketuk dan file di berikan, Lyn berpaling untuk keluar bagi menyambung tugasan lain yang perlu di siapkan. Kedengaran suara Arman yang menyuruhnya duduk sebentar,"Sekejap saya mahu pastikan tiada kesilapan pada kertas kerja ini, kemudian kamu boleh binding dan minta Iqbal hantar terus ke pejabat Mr Philip urgent",arahan di berikan tanpa memandang sedikit pun pada Lyn berada hadapannya.Sangat berbeza perangainya dari masa mereka berdua di London tempoh hari. Kelihatan Arman telah kembali ke perangai lamanya. Menunggu la Lyn dengan sabar duduk di kerusi berhadapan dengan Arman melihat beliau membaca dan meneliti dokumen tersebut. Agak kebosanan menunggu, mata Lyn mula nakal melihat sekeliling dan mencuri pandang si ketuanya yang kelihatan sangat sibuk membaca dan menanda akan kesilapan atau perubahan yang perlu di baiki olehnya.'Ehmmm tengok depan begini, rupa CEO aku ini boleh tahan juga- macam anak arab pun ada macam hindutan pun ada yelah hidungnya tinggi dan mancung,mata pulak bulat dengan iris mata yang berwarna coklat cair,alis kening agak tebal macam lelaki yang sejati,misai pula agak tipis (kurang hormon lelaki kot) dan rambut masih lebat untuk lelaki seusia dia, badan pun still maintain',fikir Lyn di fikirannya- akal dan hatinya memberikan analisi sendirian.Dan seolah tahu dirinya diperhatikan ,saat itu juga dia melihat Arman berkalih arah memandangnya "Apa yang saya tanda sila perbaiki, tak payah bawa pada saya semula tapi pastikan semua lengkap dan tiada kesilapan!,hantar sebelum jam 3 petang",Arah Arman sambil tangannya menyampaikan dokumen itu kepada Lyn."Ada apa-apa lagi tuan?",tanya Lyn sebelum beredar."That all for now",ringkas jawapan Arman.Kemudian kedengaran lagi sambungan bicara Arman,"Pastikan email yang Mr Smith hantar kamu buat e-filling dan compile semua dan hantar pada saya, then minit mesyuarat juga hantar pada saya semua. Tahun depan akan ada seorang setiausaha baru yang akan membantu kamu",Arman menyampaikan sedikit berita gembira pada Lyn dan ternyata berita itu sedikit sebanyak di balas oleh Lyn dengan senyuman yang menampakkan lekukan di kedua pipinya yang comel dan agak mengebu itu. Bagaikan dipanah hatinya,jantungnya berdebar kencang melihat reaksi Lyn pada waktu itu,Arman tanpa berkerlip mata seakan tidak mahu saat itu berlalu. Lyn yang sangat bersahaja dan tidak lokek dengan senyuman agak terharu dengan berita itu ya la, tahun depan itu cuma sehari sahaja lagi.'Yes, kurang sedikit beban kerjaku',kata itu terucap di fikirannya sahaja namun dapat di lihat di airmuka nya yang berseri gembira. Lyn berlalu pergi meninggal Arman yang seakan terpaku melihat Lyn melangkah keluar dari kamar pejabatnya.
'Damn,senyuman itu!,Tak tercapai akalku,macam mana la nak hilangkan perasaan ini',ungkapan itu bermain di fikiran Arman,di tumbuk-tumbuk dadanya perlahan menidakkan getaran di jiwa tika itu. Matanya memandang ke mejanya yang penuh dengan dokumen yang perlu di siapkan. 'Fokus Arman, kerja dahulu.INGAT buat macam biasa sahaja,kau kan dah kena reject hari itu',Arman memarahi dirinya sendiri.
Mungkin bagi Iqbal CEO mereka bad mood , bagi Lyn hari ini adalah hari yang gembira baginya. Senyuman di bibir dan lekukan di pipinya tidak lengkang pada sesiapa yang melihatnya hari itu.