webnovel

Realiti

Sampai sahaja di bilik Lyn terus mengemas bagasi ,bersedia untuk keberangkatan pulang ke Malaysia namun dimindanya masih terfikir pengakuan Arman tadi,'Nak kata tak benar, macam benar sebab mana mungkin orang tahu pasal kawan aku kat kampung,pula tu kawan waktu kecil?.Kalau betul dia Shah kenapa baru sekarang nak bagitahu?.Dia nak apa sebenarnya?Apa nak buat cerita drama jam 7 ptg TV3 atau drama bersiri korea nak sembunyi identiti kemudian nak romantik gitu? Mana ada budak kecil tahu pasal jatuh cinta gitu.Main-main betul tuan Arman ni.Kalau betul sekali pun dia Shah, dah bertahun so kena hadap realiti hidup.Aku bukan kenal dia dewasa,masa kecil ya kawan. Dan jika betul dia Shah banyak rasanya soalan aku nak tanya pada dia. Apa jadi pada Tok Mail dan Opah Nab?Kenapa tak pernah balik since 25 tahun lepas? ishhh banyak kot benda nak di tanya. Malas la nak fikir, baik tidur sementara ada masa ini, lagipun sekejap lagi dah nak kena beransur ke airport untuk check-in flight pulang',akhirnya Lyn membuat keputusan untuk merehatkan minda dan fizikalnya untuk meneruskan perjalanan pulang yang agak lama di flight nanti.

'Boleh dia kata aku ini buat lawak!.Apa muka aku ini ada macam badut sarkis atau joker ke? apa ingat aku hadap sangat nak jadikan dia someone dalam hidup aku.Aku jer yang terkenangkan dia. Dia? rasanya lama kot lupa kat aku ini',Arman berbicara sendiri menyesal dan agak marah pada diri sendiri.Perasaannya penuh dengan pelbagai rasa tapi semuanya yang negatif iaitu kesal,amarah,sedih juga kecewa. Pengharapan pada pengakuan itu tidak seperti yang di harapkan apa yang di lihat tadi bahawanya dia telah 200% gagal total.Menyedapkan hatinya dia bermonolog sendirian,"Buat macam biasa, Naik flight balik Malaysia dan seperti biasa jalani kehidupan harian ,esoknya dan juga lusa serta hari seterusnya buat juga benda yang sama sehingga keadaan kembali seperti sediakala". Hanya masa yang menentukan segala.Arman sebenarnya agak malu kerana pengakuannya di tolak mentah-mentah oleh Lyn dan oleh kerana itu dia sebenarnya marah pada dirinya sendiri.

Dalam kenderaan menuju ke airport kelihatan Lyn dan Arman berdiam sahaja, di penerbangan mereka berpisah duduk kerana tiket Arman adalah business class dan Lyn hanya ekonomi.

Setelah hampir 14 jam di dalam penerbangan.Di lane 2 International arrive kelihatan Iqbal yang telah sedia menunggu mereka. Tiba-tiba kedengaran deringan dari telefon bimbit Lyn dan terus di sambut Lyn bila di screen mempamirkan nama Ikmal,"Assalamulaikum,ye Ikmal serious dah ada kat airport?Angah kat Lane 2 International arrive.Okay Angah tunggu".Setelah di letakkan panggilan berkenaan Lyn lalu memberitahu Arman."Maaf tuan Arman ,adik saya ambik saya.Esok jumpa di office ya tuan".Arman menjawab ringkas,"See you tomorrow then".Arman lalu membuka pintu kereta dan mengarahkan Iqbal untuk membawa dia pulang.

'Fuhhh...lega hati ini, terasa agak awkward',minda Arman berbicara sendiri sambil matanya memandang ke luar sebentar dan kemudian di alihkan ke hadapan melihat jalan menuju arah pulang kerumahnya.

次の章へ