Medan Peperangan Satah sunyi dan dingin seperti kelazimannya.
Angin bertiup dan pasir berterbangan di merata tempat.
Linley, Bebe, Reisgem dan Reihom berjalan dengan santai, bersedia mencari tempat untuk berehat.
"Eh?" Reisgem tiba-tiba berpaling ke belakang.
"Ada apa?" Bebe bertanya kebingungan. Linley yang melihatkan situasi ini memalingkan kepalanya untuk melihat ke belakang mereka. Akan tetapi, apa yang dilihatnya hanyalah rumput liar yang tandus. Langsung tiada sesiapa di situ.
Sungguhpun begitu, Reisgem mengerutkan keningnya. "Rasanya seperti ada orang di sini."
Sebaik sahaja Reisgem bercakap, Linley mengesan terdapat aura dua lencana daripada perikatan mereka dari belakang. Dua aura itu terbang dengan pantas ke arah mereka. Linley melihat penuh curiga dan di tengah rumput liar yang tumbuh itu, lapan susuk tiba-tiba muncul, terbang lurus menuju ke arah kumpulan Linley.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください