Bertanya tentang kekuatannya?
Linley memandang ke arah Baruch. Selepas terdiam sejenak, Linley lantas menjawab. "Saya Dewa Penuh!"
Riak terkejut muncul di wajah Baruch dan dia lantas mengeluh dalam pujian. "Linley kamu seorang Dewa Penuh tetapi kamu mampu menewaskan Asru dengan mudah. Ini benar-benar tidak dapat dibayangkan. Bagaimana kamu mencapai tahap sebegini?"
Buat seketika, Linley tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.
Terdapat banyak faktor yang membenarkan dia, seorang Dewa Penuh memiliki kuasa sebegitu hebat.
"Oh." Baruch nampaknya menyedari dia telah bertanya soalan yang tidak patut ditanyanya. "Lupakan sahaja. Memandangkan kamu merupakan Dewa Penuh yang hebat, sebaik sahaja kamu menjadi Dewa Tertinggi, kamu pasti akan menjadi pakar sebenar puak Naga Lazuardi kita. Disebabkan itu, ada beberapa perkara yang saya akan beritahu kamu dengan lebih awal."
Linley mendengar dengan teliti.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください