webnovel

Semua yang Menghalang Jalanku akan Mati!

編集者: EndlessFantasy Translation

Sequeira nampak Linley mara ke hadapan. Riak wajahnya berubah sedikit. Dia sedar betapa hebatnya orang yang sedang berada di hadapannya ini. Jika Linley sudah masuk campur, bermakna ada pemboleh ubah baru dalam urusan ini. Sequeira berkata dengan nada dingin, "Hari ini, puak Bagshaw saya pasti akan membunuh Cesar. Adakah kalian semua mahu ikut mati bersamanya?"

Namun kumpulan Linley masih tetap utuh berdiri di situ. Langsung tidak berganjak. 

"Linley, O'Brien, Bebe." Cesar memandang mereka. Kepalanya digelengkan perlahan. 

"Haha…" O'Brien mula ketawa terbahak-bahak sambil memandang ke arah Cesar. "Cesar, sudah begitu lama kita hidup dan bermacam-macam benda sudah kita lihat! Nyawa kita ini penting. Namun kadangkala, ada perkara lain yang lebih penting daripada nyawa! Hari ini… sama ada kita terus hidup bersama, atau mati bersama!"

Cesar terketar-ketar. Dia memandang ke arah kumpulan Linley. 

Kumpulan Linley tersenyum kembali padanya. 

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ