webnovel

Gunung Kematian

編集者: EndlessFantasy Translation

Linley dan Bebe diam-diam meninggalkan Istana Darah Naga. Tiada seorang pun yang menyedari ketiadaan mereka. Pada mulanya, Wharton, Taylor dan lain-lain tidak berasa pelik apabila mendapati Linley tiada di dalam Istana Darah Naga. Mereka menyangka pasti Linley sedang berlatih dalam poket dimensi.

Hanya selepas dua minggu barulah mereka mendapat tahu daripada Delia yang Linley dan Bebe sudah pun meninggalkan Istana Darah Naga.

Pengawal dan dayang biasa Istana Darah Naga pula hanya mengetahui tentang perkara ini setelah sekian lama.

Walaupun peristiwa 'kota mati' telah melupuskan populasi Empayar Rohault dan ia tidak boleh lagi menjadi sebuah empayar, tetapi terdapat beberapa orang yang masih tinggal di dalam sempadannya. Terutamanya kerana sepanjang dua puluh tahun ini, populasi Empayar Rohault sudah mula meningkat.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ