Linley memandang ke arah lelaki yang berdiri di puncak pokok.
Rambut pendek peraknya itu membuatkan dia kelihatan sangat bertenaga dan berani. Jubah biru yang beralun ditiup angin membuatkan dia kelihatan tangkas dan lincah.
'Seorang pakar!' Linley dapat rasakan kuasa lelaki berambut perak ini tidak kurang hebat berbanding kuasanya.
"Saya Linley." Linley langsung tidak cuba menyembunyikan identitinya.
"Linley? Linley Empayar O'Brien?" Miller berkata dengan nada terkejut tetapi kemudian dia ketawa. "Sudah lama saya mendengar Empayar O'Brien mempunyai genius berusia 27 tahun yang mencapai tahap tinggi sebagai seorang pengukir, ahli sihir dan pahlawan. Saya tidak menjangka pada hari ini, saya akan bertembung dengan kamu. Kamu setanding dengan Haydson. Saya, Miller ingin berlawan persahabatan dengan kamu, saudara."
Linley mempunyai pandangan yang baik terhadap Miller juga.
Miller seorang yang terbuka dan berterus-terang, jenis yang Linley sukai.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください